• Chapter 11

1.1K 60 0
                                    

Seminggu berlalu , Evelyn dan Risley telah pulang ke dorm mereka setelah cuti panjang .

Jangan tanya bagaimana wajah Evelyn masa itu , sama seperti tapai basi kerana terpaksa berpisah dengan Bella . Walaupun baru sebulan mereka berkenalan , Evelyn telah mengganggap Bella seperti kakak kandung sendiri .

Kini , di rumah dua tingkat tengah hutan mapel tinggal Airiel , Bella dan seorang pembantu rumah , iaitu Dhea .

Bella duduk dalam biliknya sambil menonton youtube .

Evelyn telah menghadiahkan telefon berlogo apple yang mempunyai 3 camera pada belakangnya kepada Bella sebelum gadis itu meninggalkannya .

Bak kata Evelyn "Rindu nanti boleh la call"

Bella menolak sekeras-kerasnya pemberian itu namun dia diugut . Jika Bella tidak mahu menerimanya , maka Evelyn tidak akan bercakap dengannya setahun . That childish girl never grow up ...

Bella tergelak sendiri apabila teringat hari terakhir sebelum Evelyn meninggalkannya . Kasihan ...

Telefon disimpan dalam kocek seluar hitam panjang yang sedang dipakainya . Bella melangkah keluar bilik dan berjalan ke arah dapur .

Selepas beberapa minit , secawan teh telah berjaya dibancuh . Bella duduk sambil menikmati air teh itu di meja dapur sambil melihat luar .

Untuk pengetahuan , dapur dalam rumah ini boleh tahan juga luasnya . Pintu dapur inilah yang selalu digunakan untuk ke halaman belakang rumah . Kalau duduk di dapur memang dapat lihat halaman itu melalui tingkap .

Bella hanya memerhati halaman belakang rumah serta pokok-pokok mapel yang tinggi sedang melambai tatkala ditiup angin .

Indah , perkataan yang dapat menggambarkan suasana di luar sana .

Setelah mencuci cawan dan mengemas dapur , Bella melangkah ke ruang tamu . Sekarang kakinya sudah sembuh sepenuhnya jadi ia memudahkan perjalanannya ke mana sahaja .

Bella menjenguk sedikit kepalanya mencari kelibat sesiapa sahaja namun tiada . Keluhan dilepaskan perlahan .

Bella melangkah keluar rumah untuk menghirup udara segar . Badannya diregangkan sedikit seperti melakukan senaman pagi walaupun sekarang sudah tengah hari buta .

Airiel ? Hari ini Khamis , semestinya jejaka itu di office . Jejaka kacukan itu mana pernah melekat di rumah . Hari-hari perlu keluar termasuklah hari cuti . Sudahlah awal pagi sudah keluar , lewat malam baru pulang .

Bella hanya buat tidak endah sahaja .

Bella sudah faham dengan jadual kehidupan Airiel . Hari-harinya hanya kerja , kerja dan kerja . Sekarang baru dia tahu kerja merupakan sesuatu yang sangat membosankan .

Sedang exercise di bawah bumbung untuk elak daripada terkena sunburn  , telinganya yang masih berfungsi dengan baik dapat mendengar suara dari garaj yang terletak di luar rumah . Berkerut dahi Bella memikirkan gelaran siapa di sana ?

Mungkin Dhea , tebak hati kecilnya lalu melangkah ke garaj .

Garaj itu boleh tahan juga panjang dan luasnya . Di dalam terkandungnya pelbagai jenis kereta terutamanya sportcar dan supercar yang limited edition .

Ada yang milik Airiel , ada juga yang kepunyaan adiknya , Risley . Melalui apa yang dilihat oleh dua beradik yang selalu bertikam lidah itu , mereka mempunyai minat yang sama iaitu terhadap kereta canggih dan berkilat .

Pintu garaj besar ini jenis kalis peluru atau apa-apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku . Jadi tidak perlu khuatir kereta mereka akan ditembak dari luar .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now