• Chapter 21

1K 50 7
                                    

Tok tok

"Masuk"

3 orang jejaka terus melangkah masuk ke dalam pejabat sebaik sahaja diberi kebenaran .

Mereka mengambil tempat duduk atas sofa masing-masing sambil memandang sekeliling .

Jejaka bermata hazel memulakan perbualan .

"Ada apa panggil ?" soalnya kepada si abang sambil memeluk tubuh .

Airiel meletakkan pen hitamnya atas meja setelah menurunkan tandatangan pada dada kertas . Fail tebal terus ditutup .

Dia memandang 3 orang jejaka atau lebih mesra dipanggil remaja yang sedang menunggu jawapannya .

Airiel menongkat dagu dengan tangan kanan sambil memerhati mereka .

"Well...aku panggil kau seorang ja tak sangka pula datang bertiga" ujarnya dengan nada sindir .

"Tanya la beruk-beruk ni , aku tak ajak pun . Mereka yang melekat sampai sini" Risley menjawab sambil menghala wajah ke arah Nathan dan Richard .

"Alaaa kami pun bosan . Takkan hari-hari nak hadap muka Freddy" Richard membalas dengan senyuman tidak bersalah .

Nathan turut tersenyum sambil mengangguk sekali tanda menyokong kenyataan Richard .

Risley memutarkan bebola mata . Untungnya naik kereta orang sudahlah free of charge .

Risley memandang Airiel .

"Apa yang penting sangat bro ?" Risley menyoal semula tujuan utama mereka dipanggil ke sini .

Richard dan Nathan turut menunggu jawapan dari Airiel .

Nyek

Bunyi pintu terbuka kedengaran membuatkan mereka semua memandang ke arah pintu bilik kecil yang terbuka dari dalam .

Seorang gadis melangkah keluar sambil membetulkan rambut perangnya .

"Airiel ... bila nak--" ayat Bella terhenti apabila perasan ada kelibat 3 manusia di bahagian sofa .

Mereka bertiga senyum . Bella turut membalas senyuman itu .

"Yaaa ... itulah sebab aku panggil kau" Airiel berkata selamba sambil melangkah ke rak untuk mengambil fail .

"Huh ?" ujar Risley yang masih lagi blur . Begitu juga dengan Nathan dan Richard memandang sesama diri .

Mereka bingung seperti kanak-kanak yang baru diajar mata pelajaran matematik bab baru .

            Bella , Risley , Richard dan Nathan beratur hadapan kaunter sementara menunggu giliran .

Masing-masing memegang buku kecuali Risley . Dia memeluk tubuh sambil menayangkan wajah meluat .

Celaka...

Tak sangka dirinya boleh terjebak sekali .  Segala caci maki kerana abangnya sibuk jadi mereka pula yang perlu menemani si gadis diungkap dalam hati .

Tunggu kau Airiel ... tunggu ....

Richard yang berdiri belakang Risley dan perasan wajah jejaka itu seperti tapai basi terus menegur .

"Bro come on laaa .... tak akan kau tak nak beli buku ?" dia menyoal sambil menayang buku yang dipilih tadi . Ianya buku rujukan subjek Sains dan Teknologi .

"Pardon me budak pandai ? Kau tahu kan aku dengan buku bukanlah kawan baik" Risley membalas dengan nada meluat . Richard memang sengaja menaikkan darahnya .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now