• Chapter 45

767 39 3
                                    

Bang

Tubuh berusia yang sedang membaca buku tebal penuh bersejarah terenjat bahu . Wajah terus didongak melihat wajah memerah anak sulung berdiri hadapan meja menahan geram .

Tangannya berada dalam kocek seluar seperti biasa tanpa rasa bersalah .

Kaca mata ditanggal dan diletak elok atas buku tebal yang ditutup .

"Why Riel ?" soal Ashley seperti tidak tahu apa-apa . Sebelah tangan diketuk-ketuk sedikit atas meja kerja seperti bigboss . Wajah anak sulung diperhati tajam .

"Explain" dingin suara garau itu menuturkan kata-kata . Mata tertumpu pada akhbar yang dibalingnya kuat seketika tadi .

Kening sebelah diangkat sebelum mata biru laut Ashley mengalih melihat akhbar atas meja . Akhbar yang menyebabkan pembacaannya terganggu .

"Airiel Zachary is going to engage ?" tajam suara garau Airiel membaca tajuk utama yang menghiasi halaman pertama akhbar pagi tadi .

"So ?" Ashley menolak akhbar itu agar menjauh .

"Riel rasa kita dah bincang sebelum ni" Airiel berdiri hadapan rak-rak buku tebal dengan wajah dingin . Malas mahu melihat wajah ayah sambil memikirkan adakah ayahnya itu telah lupa janji mereka ?

"Kita dah bincang dan daddy dah buat keputusan .... you are going to marry Venetia" Ashley tetap kukuh dengan pendiriannya .

Ayah mana tidak marah dengan tindakan anak teruna yang selalu dibanggakan tetapi akhirnya menconteng arang ke muka sendiri ? Mungkin awalnya dia masih boleh bersabar tetapi dengan tindakan Airiel membawa gadis bernama Bella sehingga 2 malam ke kota Venice itu , siapa tidak marah ?

"No mean no dad , kenapa susah sangat nak faham !?" tajam Airiel menahan geram . Mata tidak beralih dari rak buku sejak tadi . Kedengaran derapan tapak kaki menghampirinya perlahan dan berhenti tidak jauh darinya .

Lama Ashley memerhati tubuh anak sulung yang tegap sebelum berdehem kuat .

"What did you mean with no ? Who you to say no ?" tajam suara berusia menutur .

Airiel diam tanpa suara . Dia tahu dia telah menaikkan amarah ayahnya yang dipendam sekian lama .

"Kamu bukan siapa-siapa untuk katakan tidak . Ikut peraturan keluarga ... or you don't deserve this"

Tongkat bertatahkan berlian bercorak ular dihala pada bahu kanan Airiel . Dipukul dua kali agar Airiel sedar siapa dirinya yang sebenar .

Airiel menutup mata . Nafas diragut kasar mencari kesabaran kerana dia faham apa yang dimaksudkan .

Mata kemudian dibuka sebelum memulakan bicara .

"Riel tak nak semua ni . Please dad , this is not what I want" mata beralih pada wajah berusia sebelah . Jika tiada pilihan lain terpaksalah dia merayu untuk mengubah fikiran jejaka berdarah Itali itu .

Ashley diam . Dia dapat melihat kesengseraan dalam mata biru laut anaknya .

"Please dad , not Venetia" rayu Airiel sebelum mengalih melihat buku-buku di rak . Apapun dia sanggup asalkan bukan dengan gadis bermasalah mental itu .

Keadaan menjadi sepi seketika.

"I still with my decision . Out" ujar Ashley lalu mengalih tubuh untuk menyambung pembacaannya yang terhenti . Namun langkahnya mati mendengar balasan dari jejaka kacukan .

"You never change right ? Lebihkan nama keluarga daripada perasaan orang lain" Airiel menyisir rambut ke belakang . Wajah ayahnya langsung tidak dipandang .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now