• Chapter 49

915 42 4
                                    

           Burung berkicauan pada dahan pokok-pokok yang tinggi . Dari pandangan atas pokok kelihatan dua pasangan sedang meluangkan masa di belakang rumah agam keluarga Zachary .

"Kenapa ikan ni bulat semacam ?" Zeeya hairan dengan saiz ikan koi dalam kolam yang agak chubby dari normal .

"Bulat macam you lah baby" Freddy di sebelah mengejek gadis itu menyebabkan dia dicubit ketam .

"Sakit" Freddy menayangkan wajah merajuk sambil mengusap perutnya yang sakit .

"Sakit lagi hati ini" Zeeya menjeling jejaka itu tajam . Sakit hati kerana bentuk badan dibuat main ! Tidak tahukah perempuan paling pantang apabila segala perkara mengenai badan dibuat main !?

"Mengada" Airiel yang duduk di atas bangku panjang meluat dengan kemesraan dua makhluk itu .

"Better dari tak ada apa-apa" Bella di hujung bangku memeluk tubuh .

Airiel mengalih melihat gadis itu .

"What did you mean ?" kening sebelah diangkat .

"Nothing" Bella menggeleng menyebabkan keadaan sepi antara mereka .

Masing-masing menyepi melayan perasaan sendiri . Freddy dan Zeeya mengambil tempat antara Airiel dan Bella setelah puas bergaduh sehingga antara seorang hampir menjadi teman ikan .

"Sis" Zeeya memeluk bahu Bella .

"Hm ?"

"Kau marah aku lagi ? Sorry laa"

"Tak . Aku benci kau"

"Alaaa jangan la... kau merajuk ?"

"Hmm"

"Nanti aku belanja cadburry okeyh"

Freddy yang memasang telinga sejak tadi memanjangkan leher untuk berbisik pada Airiel yang duduk sebelah kanan .

"Weh awek kau suka manisan"

"So ?"

"Kau kan jenis jaga healthy . Tak boleh bayang macam mana hidup dia nanti" Freddy menggeleng memikirkan hidup Bella bersama Airiel .

"Kalau dia nak apa salahnya ? Lagipun kau tak ingat rumah aku sekarang penuh dengan makanan ringan ?" Airiel mengangkat sebelah kening .

Freddy mengusap dagu lalu mengangguk . Bagaimana dia boleh lupa rumah jejaka itu di London di mana terletaknya pelbagai jenis coklat yang tersimpan rapi dalam peti sejuk . Itu tidak termasuk dengan makanan ringan yang tersorok dalam karbinet lagi .

"Jadi bila ?"

"Apa yang bila ?"

"Tarikh tunang korang"

Sepi .

"Korang akan bertunangkan ?" Freddy menyoal lagi .

Airiel melepaskan keluhan perlahan .

"Aku kenal ayah aku Fred . Dia bukannya jenis cepat mengalah"

"Maksud kau ?"

"Walaupun dia restukan hubungan kami , bukan bermaksud dia terima dengan hati yang terbuka" Airiel menyisir rambut ke belakang .

Airiel melihat Freddy yang kelihatan seperti terlepas flight kerana tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkannya .

"Kau ingat apa dia kata ?"

"Ayah restukan hubungan korang tapi dengan syarat" Airiel mengulangi kata-kata ayahnya tempoh hari .

"Syarat apa yang dia maksudkan ?"

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now