• Chapter 6

1.3K 68 14
                                    

              Matahari mula turun dan bakal diganti bulan penuh . Langit berwarna jingga menghiasi atmosfera .

Lamborghini Forsennato hitam merah meredahi jalan raya dengan kelajuan gila oink-oink .

Sebelah tangannya memegang stereng kereta manakala sebelah lagi menanggalkan tali leher merah yang hampir mencekiknya seharian .

Kereta itu membelok ke dalam lorong perumahan yang telah lama tidak berpenghuni . Dalam beberapa saat , kereta itu membelok dan berhenti di hadapan sebuah gudang besar .

Airiel melangkah keluar dari perut kereta . Baju kemeja hitam dibetulkan dan dilipat paras siku . Kot kerja telah ditanggalkan dalam kereta .

Sempat dia memandang kereta sebelah sebelum melangkah memasuki gudang .

Lepas sahaja dari pintu hadapan , kelihatan jejaka-jejaka berbadan sasa sedang bermain snooker . Mereka mulai menegur apabila perasan kehadiran Airiel setelah sebulan tidak kelihatan .

"Boss"

"Wahh boss..."

"Yo boss..."

Airiel mengangkat keningnya sekali . Kaki melangkah ke tengah gudang yang menempatkan sofa serta televisyen .

Dia mengambil tempat di atas sofa tanpa menghiraukan orang disekelilingnya .

"Bro ! Long time no see ..." ujar Freddy sambil memandang televisyen .

Airiel menjeling Freddy dengan ekor mata . Rasanya mereka baru sahaja bertemu semalam malah Freddy sendiri mengungkapkan kata-kata yang sama .

Airiel tidak membalas . Sebaliknya memandang ke arah Risley yang sedang bermain telefon bimbit dengan dua orang lagi jejaka yang duduk di kiri dengan kanannya . Mereka bertiga duduk sebaris atas sofa yang sama .

Airiel mengecilkan matanya . Melalui cara mereka bertiga memegang telefon secara melintang , sah ! Pasti PUBG .

Jadinya Airiel terus malas menegur . Dia memandang arah Freddy semula lalu mula berkata .

"Ada penjelasan kukuh kenapa kerja aku macam langsung tak disentuh ?"

Gulp . Damnit man , he still remember it ! Freddy terus menelan air liur .

"Err... aku bukan tak nak tolong tapi dah adik kau pun tak nak bagi kerjasama macam mana aku nak tolong ?"

"Kau tak inform aku pun" Airiel menjeling tajam .

"Err--ak--"

"Aku yang tak buat kerja ... kerja kau tu membosankan , you also know that right ? Daripada mereput hadap kerja kau yang entah apa-apa tu baik aku main game ... boleh juga kurangkan stress" Risley mencelah tanpa mengalih .

Dua jejaka sebelahnya pula mengangguk setuju .

Airiel melepaskan nafas akur . Letih semua kerja dia perlu selesaikan sendiri .

"Yang kau bawak Zenvo aku kenapa bodo ?" tempelak Airiel sambil menjeling ke arah Risley semula . Tadi mungkin sabarnya boleh dikawal tapi apabila teringat kereta yang diparkir di luar gudang membuatkan api kemarahannya naik semula . Sudahlah kereta itu antara kereta kegemarannya .

Risley yang menyangkakan bahawa abangnya tidak perasan sudah menutup sebelah mukanya .

"Bugatti aku rosak tadi , minyak Venom habis .... brek BMW tak makan" berbagai alasan dicipta dalam masa 3 saat .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now