• Chapter 41

813 45 42
                                    

               Televisyen ditutup setelah berjam-jam menonton movies dari aplikasi yang dinamakan netflix .

Tubuh yang baring atas katil empuk mula bangun mengeliat sedikit sebelum keluar dari bilik kecil yang terdapat dalam bilik pejabat jejaka kacukan .

Dia melangkah mendekati jejaka yang sedang membelakanginya memandang panorama kota London sebalik panel kaca pejabat .

"Awak dah siap meeting ?"

"Airiel ?"

"Airiel"

"Airiel"

"Ooo Airiel"

"Airiel Zachary !"

Mendengar itu , Airiel terus mengalih pandangannya apabila nama penuhnya disebut .

"Kenapa ?" suara garau itu menyoal .

"Awak kenapa ? Dah sepuluh kali saya panggil awak" Bella mengecilkan mata melihat wajah Airiel . Muncul urat-urat sekitar lehernya seperti jejaka itu bengang . Tetapi sebab apa ?

"Aku tak perasan . Puas layan movie ?"

Bella mengangguk dan mereka mula untuk keluar dari pejabat seperti hari-hari biasa .

Sebaik sahaja mereka melalui bilik pejabat PA , Doris yang baru muncul dengan fail-fail di tangan menghentikan langkah mereka .

"Tuan Airiel , Cik Bella" dia menunduk sedikit sebelum menyambung bicara .

"Boss punya tuan suruh boss cuti"

Bella terus memandang Airiel dengan wajah hairan seperti terputus wayar otak .

"So ?" Airiel melihat jam tangan kerana bosan mendengar perkara itu walaupun dia sudah tahu awal lagi .

"So , he give you permission for holidays because he wants to meet you"

"Aku tak nak" selamba Airiel berkata sebelum melangkah laju ke dalam kotak lif meninggalkan PA nya terkebil seorang diri .

Airiel menekan butang untuk menutup pintu tetapi Doris diluar pula menahan lif dari tertutup membuatkan Airiel melepaskan nafas geram .

"Oh no you can't ! Or tuan sendiri akan turun padang heret boss" terang Doris seperti yang diberitahu tuannya .

Doris menelan air liur pahit apabila wajah Airiel bertukar tegang dalam lif . Kelihatan aura-aura negatif menyelubungi tubuh tegap itu sehingga Bella di sebelah pun berasa kecut perut .

"Move"

Doris terus menapak belakang tanda dia mengalah dan tidak lagi menahan pintu lif setelah mendapat amaran keras jejaka itu .

Pintu lif tertutup rapat dan mula menurun ke tingkat bawah iaitu tempat kaunter dan kawasan makan sekitar itu .

Mereka berdua melangkah tanpa sebarang bicara dan memasuki kereta seperti hari-hari biasa .

Dua minggu sejak peristiwa di New York dan hubungan mereka berdua semakin bertambah baik walaupun tiada apa yang special terjalin .

Wilson tidak lagi menegur atau bermesej dengan Bella setelah apa yang berlaku menyebabkan Bella turut tidak berani menegur jejaka itu .

Dia mengalih melihat Airiel di sebelah . Wajah yang terkena serpihan kaca sudah pulih seperti sediakala dan parut tidak lagi kelihatan .

"Kenapa ?" Airiel yang memandu menyoal .

"Wajah awak dah okeyh"

"It's only scar , Bella" Airiel membalas geram . Gadis itu berkelakuan seolah dia bakal menemui ajal kerana luka pada wajah .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now