• Chapter 17

1.1K 56 11
                                    

"Duduk sini diam-diam , jangan pergi mana"

"Tapi---"

"Tak ada alasan lapar . Aku dah beli makanan jadi ambil di dapur"

Bella mengangguk redha .

"Orang suruh makan tingkat bawah tadi degil mahu keluar jugak"

"Bawah tu ramai dan saya tak kenal . Tempat tu tempat pekerja pulak tu . Saya bukan pekerja sini pun"

"Aku boss . Aku bagi kebenaran makan kat mana pun . Kalau aku bagi kau duduk sini maksudnya muktamad"

"Dah , aku nak kena meeting nanti aku datang balik . Bye"

Airiel terus melangkah pergi .

Bella memandang tubuh tegap itu sehingga hilang dari pandangan . Keluhan dilepaskan .

Tubuhnya terus dihempas ke atas katil empuk . Telefon dicapai dan aplikasi instagram dibuka . Mood tidak baiknya terus berubah .

Ya ampun . Apa ni !??????

Dahinya terus berkerut seribu . Page explore dipenuhi dengan gambar Airiel dan Bella di restoran makan tadi .

"Mr Zachary having a date at the restaurant ?"

Caption gambar yang terpapar elok dibaca . Mata Bella terus membulat besar . WHAT IS THIS !?

Dia memerhati gambar itu semula . Ianya ditangkap dari belakang Bella . Syukur sahaja mukanya tidak kelihatan .

Gambar itu dimuat naik sejam lepas dan mendapat beribu-ribu like dan komen . Dia yang sememangnya mempunyai masa terluang membuka dan membaca komen satu persatu .

"His gf huh ?" - @maryakecikketot_

"Wait .... what ?" - @budakcomel_21

"No he with me !" - @echaprettygirl

"Who is that girl ? Anybody know ?" - @aku.ada.di.mana.mana.

"Betray me ;" - @callmelalilililisa

"💔" - @sisendu.T_T

Dan pelbagai lagi komen yang tidak akan penah habis dibaca .

Bella menepuk dahi sendiri . Damn . Bagaimana Bella boleh lupa bahawa keturunan Zachary itu sememangnya terkenal ? Mereka pula keluar berdua jadi tentunya timbul spekulasi pelbagai pihak yang mengenalinya .

Rasanya Airiel dah tahu belum ?

Mungkin inilah sebabnya Airiel tidak suka makan di luar .

Airiel bukan sahaja terkenal kerana berjaya pada usia muda , dia juga pernah menjadi model kepada beberapa syarikat ternama seperti Adidas , Louis Vuitton dan sebagainya .

Selain daripada kerjaya yang membuatnya terkenal , jejaka kacukan bernama Airiel Zachary turut mempunyai fizikal yang baik sehingga mampu melayakkan diri dalam carta Top 30 Most Handsome Face In The World .

Dan bonusnya ialah , dia merupakan keturunan keluarga Zachary . Keluarga yang sememangnya terkenal di serata dunia sebagai golongan elite iaitu golongan atasan .

Sememangnya dia menjadi perbualan hangat dan igauan para gadis masa ini lagi-lagi mereka yang materialistik . Kaya , kacak , bergaya , berjaya dan berharta ... apa lagi yang diperlukan ?

          Porsche hitam meredahi jalan raya kota London . Bella yang duduk sebelah pemandu memandang ke luar .

Langit mulai gelap bukan kerana hujan tetapi fenomena matahari berganti bulan .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now