• Chapter 29

847 51 15
                                    

               Matahari menyinari sebahagian dari bumi termasuklah Malaysia yang berada di bahagian tenggara dalam peta dunia .

Anak mata berona coklat cair bergerak-gerak memandang siling putih yang kelihatan kabur tatkala tersedar dari dunia mimpi .

Tangan kasarnya memisat sedikit matanya sebelum menguap kecil . Tubuh yang menyarung t-shirt berlengan pendek dan seluar tracksuit melangkah ke dalam bilik air bersama sehelai tuala .

Selesai membersihkan diri dan mengenakan pakaian , kaca mata yang terletak pada atas meja dicapai sebelum melangkah keluar dari biliknya .

Kaca mata dipakai dan ......

Perfect .

Baru dia dapat melihat dunia dengan lebih jelas . Dia membawa diri ke bahagian dapur tatkala mendengar suara bising seperti mak singa mengaum tetapi bukan mak singa .

Langkahnya terhenti sambil mata melihat adegan yang tidak ubah seperti mak tiri memarahi Cinderella yang tidak membersihkan rumah .

"Kau ini kan , duduk rumah orang tapi tak reti nak jaga ! Sampah !" Linda memarahi si gadis yang sedang mop lantai rumah .

Mata coklat cairnya tertancap pula pada tubuh si gadis berambut perang .

Wajah gadis itu kelihatan tidak ceria seperti selalu . Dia hanya memekakkan telinga dan tangan tidak henti menyental lantai walaupun sudah bersih berkilat menggunakan mop .

"Aku cakap dengan kaukan perempuan ? Kau pekak ?" Linda tidak habis dengan kata nistanya seolah Bella telah melakukan jenayah besar .

Bella masih tidak menjawab . Hanya wajah pucat tanpa sebarang reaksi menghiasi wajahnya . Dia seolah mati tetapi hidup pada masa yang sama .

Linda terasa diri tidak ubah seperti orang gila bercakap seorang diri terus menarik kasar rambut gadis tersebut sehingga terdongak .

"Sakit aunty . Please stop...." rayu Bella dengan nada lemah . Tangannya cuba untuk menahan tangan Linda dari terus menarik rambutnya .

"Sakit ? Sakit lagi hati aku sebab kau punca anak aku hampir mati" suara Linda mulai meninggi seperti singa .

Amarahnya mula mengawal diri apabila teringat peristiwa lama yang hampir menyebabkan dia kehilangan satu-satunya anak lelaki yang dia ada .

Daniel yang mendengar dan melihat adegan tersebut di sebalik dinding menggeleng perlahan . Dia tidak sangka bahawa makciknya itu masih lagi tidak memaafkan dan masih berdendam pada kakaknya .

Flashback Started .

Di rumah mewah dua tingkat kota Damansara Heigh , kelihatan dua orang kanak-kanak sedang berkejaran di halaman belakang rumah berdekatan dengan kolam renang .

Si gadis kecil berambut perang berusia lingkungan sepuluh tahun melarikan diri tatkala dikejar oleh seorang budak lelaki yang digelar sebagai abang sepupunya .

Mereka berdua berhenti apabila ibu kepada budak lelaki itu muncul dari rumah mendulang biskut buat mereka bertiga .

"Lucas , Bella , Daniel , come here and take some snack" Linda memanggil anak dan anak menakannya untuk mengambil makanan .

Lucas dan Bella memandang sesama sendiri sebelum mengukir senyuman penuh makna .

Lucas menolak Bella sebelum berlari mendekati ibunya . Bella yang ditolak terus menjerit geram kerana sepupunya itu tidak pernah bermain dengan cara bersih sebelum dia turut mendekati mak cik Linda .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now