• Chapter 50

1K 48 7
                                    

               Tubuh yang mengenakan gaun paras lutut warna biru gelap bercorak bintang putih melabuhkan duduk pada atas kerusi mewah .

"Lama tak jumpa cousin" tegur si kembar perempuan yang duduk sebelahnya sejak tadi .

"Biasalah sekolah asrama . Kau sihat ?" soal si gadis dengan senyuman tidak lekang dari bibir . Dia rindu untuk lepak bersama sepupu-sepupunya yang lain .

"Macam kau tengok sekarang . Kenapa kau nampak semakin jelita ? Jangan kata kau pun dah berpunya seperti abang Airiel ?" hairan si gadis kembar itu kerana gadis hadapannya bukanlah jenis suka memakai gaun seperti yang duduk hadapannya sekarang ini . There must be something .

Si gadis yang memakai gaun tersenyum palsu .

"Nothing much . Well , kau pun nampak semakin cantik sekarang Keila . About abang Airiel , kau kata tunang dia kan ?"

Keila tersenyum bangga menampakkan gigi yang tersusun rapi .

"Eve puji kenapa makhluk huduh ni ? Tengok dia dah kembang macam nak meletup dah"

Suara hadapan Keila mematikan senyuman gadis itu . Wajah terus berubah masam .

"Diamlah muka jamban" Keila memberi pandangan maut pada jejaka yang keluar lebih awal lima minit dari perut mak mereka .

Evelyn yang sudah masak dengan perangai dua beradik itu menggeleng . Tidak pernah sekali pun dua makhluk Tuhan ini bersatu hati walau dari perut yang sama .

"Siapa muka jamban ?" suara garau sebelah jejaka kembar mencelah .

Mereka mengalih pada jejaka bermata hazel sebelah Kai . Kai membisik sesuatu pada telinga Risley membuatkan mereka berdua tersenyum sinis .

"Bisik apa ni ? Bukan nak ajak" jejaka berkening tebal mengalahkan Sin Chan menegur sepupu-sepupunya yang sakan berbisik .

"Kau Sin Chan , pergi balik Jepun sana" Risley menghalau sepupunya yang terkenal dengan sifat penyibuk tidak kurang dengan Evelyn .

"Sorry ? Aku sekarang tinggal di Spain okeyh ? Lagi satu , nama aku Levi" Levi naik meluat apabila hampir semua dari kenalannya akan memanggilnya dengan gelaran Sin Chan . Bukan salahnya kerana berkening tebal okeyh !?

"Tak tanya pulak" Kai membalas selamba membuatkan mereka semua mengetawakannya .

Levi yang ingin mencarut terdiam apabila teringat dia berada di majlis makan malam keluarga .

"Please get ready , Mr Ashley Zachary is coming" laung seorang pelayan dari pintu besar menghentikan perbualan rancak semua yang berada di dewan makan .

Mereka semua tidak kira usia mula mengambil tempat masing-masing .

Pintu dibuka dan kelihatan keluarga pasangan suami isteri beriringan berjalan dengan aura berbeza . Ashley seperti biasa dengan wajah dingin dan Sharlene tidak lekang dari senyuman manis pada bibir .

Mereka berhenti melangkah , Ashley melihat setiap wajah yang berada di dewan makan itu . Terdapat dua meja yang memisahkan mereka , meja kiri ialah meja khas untuk generasi Zachary yang lebih berusia iaitu adik beradik kandung dan pasangan mereka . Di meja sebelah kanan pula khas buat anak-anak mereka atau lebih mesra dipanggil sepupu buat anaknya .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now