• Chapter 14

1K 55 6
                                    

"Bella"

Suara garau jejaka kacukan kedengaran berselang seli dengan suara ketukan pintu .

Tuk tuk tuk

"Bella"

Masih lagi tiada sahutan dari pemilik bilik bawah .

"Memang dia tak keluar langsung ?" Airiel menyoal perlahan di luar kamar si gadis berambut perang sambil memerhati pintu yang terkunci dari dalam .

Dhea di sebelah mengangguk .

Airiel terus melepaskan keluhan . Ada apa dengannya ? Sudah masuk hari ketiga dia berkurung dalam bilik . Entah buat apa dalam bilik itu dia tidak tahu . Bila dipanggil langsung tidak disahut . Dhea pun dah puas pujuk dengan pelbagai cara . Sekurang-kurangnya dia keluar makan dan mendapatkan udara segar .

"Kenapa tuan tak buka dengan kunci pendua ?" Dhea menyoal dengan nada rendah . Dia memang jenis soft spoken jadinya kalau orang tidak dengar dengan baik pasti berasa bahawa gadis itu hanya membuka mulut tanpa suara .

"Biarkan dia" Airiel malas mengganggu ketenteraman Bella lalu melangkah pergi diikuti Dhea yang hanya menurut .

Dhea menggaru kepala yang tidak gatal . Langsung tidak faham dengan fikiran tuannya padahal ada saja cara membukanya tapi tidak mengapa kerana dia hanya menurut sahaja .

Airiel berjalan ke tingkat atas .

Tidak ingin menyerabutkan kepala kerana apa yang penting ialah Bella ada dalam bilik . Ini kerana tiada cara lain untuk keluar melainkan melalui pintu itu sahaja . Tingkap pula telah dikunci dengan kunci yang disimpan dalam bilik stor .

Jadi kalau Bella nak lari pergi mana-mana pun pasti kena keluar dari zon selesa . Lagipun Airiel sudah mengarahkan Dhea untuk sentiasa memantau kalau-kalau Bella melakukan perkara yang pelik dan gadis itu hanya menguncikan diri sahaja .

Airiel melangkah memasuki biliknya . Bucu katil menjadi tempat duduk dan dia meraup wajahnya sesaat . Airiel sebenarnya penat ...

Hidupnya tidak pernah aman . Selepas satu masalah , muncul lagi masalah baru . Habis kerja pejabat , kerja luar pejabat pula . Dengan harapan dia boleh rehat di rumah juga tidak berjaya , ada juga masalah yang menimpanya .

Betul orang kata duit bukan segalanya .

Walaupun duitnya berkepuk-kepuk dalam bank , dia tidak mahu hidup seperti ini . Mungkin orang lihat dia seorang yang sentiasa tenang dan dingin jadi menyangka bahawa dia orang paling bahagia di dunia dengan duit yang banyak , malangnya semua itu tidak betul . Banyak perkara sentiasa menimpanya sejak dulu lagi . Tiada orang tahu kebenarannya selain dirinya sendiri .

Airiel terus menghempas tubuhnya atas katil empuk . Mata dipejam rapat . Dia penat dengan dunia . Sekarang dia memerlukan rehat di hari minggu ini .

Dalam beberapa minit , jejaka kacukan terus terlelap tenang . Dia kelihatan sangat memerlukan rehat . Tidur di siang hari memang nikmat dunia yang tidak boleh ditolak .

Tidurlah Airiel ....

Kalau itu boleh buat kau bahagia.....

Untuk seketika ....

[ 03 : 24 a.m. ]

Krupp....krup...krup...

Bunyi makanan ringan dikunyah kedengaran memecahkan kesunyian dapur . Tangan runcing otu dimasukkan dalam plastik makanan ringan untuk mendapatkan isinya lagi . Apabila isinya tidak kesampaian , dia menggumam seorang diri .

"Aik ? Dah habis ?"

Plastik makanan ringan yang telah kosong terus dibaling ke dalam tong sampah .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now