• Chapter 12

1.1K 55 7
                                    

               Airiel melangkah keluar dari kereta . Pintu kereta ditutup rapat diikuti dengan pintu garaj . Pintu rumah yang terkunci dibuka dan dia mula melangkah masuk .

Rumahnya masih lagi terang dengan lampu walaupun di luar sudah bulan penuh .

Jam tangan di pergelangan kirinya dipandang . Pukul 11 malam , seperti hari-hari biasa dia sentiasa tiba di rumah pada waktu begini .

Airiel melangkah ke ruang tamu dan terlihat gadis berambut perang dengan baju tidur bercorak hello kitty sedang menonton televisyen .

Airiel tersenyum sedikit melihat corak baju itu . She totally looks like kid .

"Kenapa tak tidur lagi budak ?" Airiel menegur .

Bella yang ralit menonton movie hantu hampir pengsan . Wajahnya bertukar pucat . Jantungnya bagaikan mahu meletup apabila suara garau tiba-tiba menegurnya .

"Kenapa buat muka macam tu ? Macam hantu" Airiel mengambil tempat bersebelahan Bella . Memang wajah Bella jelas pucat .

"Awak la hantu ! Tiba-tiba ja muncul" Bella menjeling Airiel geram . Kata orang ..... dia sendiri yang hantu .

Airiel memberi riak wajah tidak bersalah sebelum memandang televisyen . Sekarang Airiel faham penyebab Bella berwajah pucat .

Bella di sebelah memerhati Airiel lama tanpa berkelip . Walaupun dari pandangan sisi , Bella masih dapat lihat dengan jelas . Airiel perasan dia diperhati sejak tadi sudah naik rimas lalu menegur .

"Kenapa ?" Airiel memandang wajah Bella tajam .

Bella terkejut lalu mengalihkan pandangannya ke arah televisyen .

"Takk--tak ada apa" Bella berkata perlahan tanpa memandang jejaka kacukan walau sesaat , dia takut .

"Really ?" Airiel menyoal sinis . Jelas gadis hadapannya menipu .

Bella dah start menipu ? Urhh ajaran siapa lagi kalau bukan dari adiknya .

"Yeahh" Bella membalas lalu memandang Airiel dengan senyuman untuk menyakinkan Airiel .

Namun senyuman itu pudar di mata Airiel . Senyuman itu senyuman palsu tetapi Airiel mengangguk saja .

"Risley datang tadi ?" Airiel menyoal . Dia perasan ada kesan tayar di garajnya tadi .

"Ya adik awak datang tadi . Dia kata dia ponteng . Betul ?"

"Herh betul la tu . Kalau dia kata dia tak ponteng sebab nak belajar tu baru tak betul"

"Erk macam tu pulak ..." Bella menggaru kepalanya yang tidak gatal . Hairan dengan sikap dua beradik itu .

Airiel hanya mengangguk sedikit .

"Boleh saya tanya ?" Bella memandang Airiel .

"Tak" Airiel membalas selamba .

Bella mencebik geram dengan perangai Airiel .

"Tak kisah sebab saya nak tanya juga blerk" Bella menjelirkan lidahnya .

Airiel memutarkan bebola matanya . Ternyata Evelyn dan Bella berperangai sama sahaja , childish .

"What it's ?"

Bella sudah tersenyum kemenangan apabila Airiel mengalah .

"Risley memang adik awak eh ? I mean kenapa dia nampak lain ... bukan dia tak macam awak tapi dia ---" belum sempat Bella habiskan ayatnya , Airiel memotong laju .

Mr Mafia's Love : The BossWhere stories live. Discover now