CHAPTER 1

11.1K 302 10
                                    

🚫AMARAN🚫
MEMBACA KARYA INI MUNGKIN BOLEH MENYEBABKAN MUAL ATAU LEBIH TERUKNYA MUNTAH-MUNTAH. TERLALU BANYAK BABAK CRINGE DAN CLICHE BERLAKU DAN BOLEH MENGAKIBATKAN SAKIT KEPALA DAN TIDAK BERMAYA. TIDAK DIANJURKAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERMINAT DENGAN BABAK-BABAK SEDEMIKIAN RUPA. JIKA MASIH BERMINAT SAYA ALU-ALUKAN UNTUK MEMBACA. SEKIAN TERIMA KASIH.

•••

  HAPPY READING!

 "ADIK yakin tak nak daddy temankan sampai depan?"

   Nadia Maisara mengangguk dengan yakin dengan senyuman yang tidak lepas dari bibirnya."Yakin daddy. Daddy tak payahlah risau. Adik okay je."

   "Yelah. Adik hati-hati tahu. Kalau ada apa-apa terus bagitahu cikgu ataupun call daddy."

   "Okay daddy. Don't worry," pujuk Nadia.Risau betul daddy dia ni."Daddy salam. Nanti adik lambat pula nak masuk kelas."

   "Belajar elok-elok,"pesan Encik Zulkiflie.Tangannya disalam lalu dicium lembut oleh Nadia, anak bongsunya. Encik Zulkiflie mengusap perlahan rambut anaknya lalu mencium dahi Nadia.

   "Ay ay capten!"ucap Nadia bersemangat sebelum keluar dari perut kereta Encik Zulkiflie. Di hari pertama Nadia bersekolah di Caden International School Encik Zulkiflie sendiri yang menghantarnya ke sekolah. Sekali sekala katanya. Dan hari ini juga adalah hari pertama Nadia kembali bersekolah setelah hampir setahun mengikuti homeschooling disebabkan hal-hal yang telah berlaku.

   "You can do it Nadia!"kata Nadia pada diri sendiri sekadar untuk memberi kata-kata semangat. Bangunan sekolah barunya kelihatan begitu megah dan mewah, namanya juga sekolah swasta. Para murid yang juga kelihatan mula membanjiri kawasan sekolah. Nadia melihat sekilas baju uniformnya,"Okay nice!"

   Nadia menarik nafas panjang sebelum mengangkat kaki melangkah masuk ke dalam bangunan sekolah.'Mula-mula cari pejabat sekolah,'batin Nadia.

***

   Pusing punya pusing Nadia masih belum menjumpai bilik yang diberi nama pejabat sekolah."Mana ni?"Nadia menjeling ke arah jam tangannya,6.39 a.m.

   "Ehem,awak..."

   "Eh?"Nadia memandang ke arah sumber suara tadi."A...awak cakap dengan saya ke?"

   "Ya,awaklah. Dari tadi saya perhatikan awak ke hulur ke hilir.Awak ni new student ke? Cari apa?"

   Nadia tersenyum malu lalu mengangguk ragu,"Ya,saya pelajar baru dekat sekolah ni. Sa...saya cari pejabat sekolah.Tapi dari tadi tak jumpa-jumpa."

   Lelaki yang menegur Nadia itu hanya tersenyum manis,"Kenapa tak tanya?Malu bertanya sesat jalan.Jom saya temankan awak pergi pejabat sekolah."

   "Oh...thank you-thank you."

   Nadia tercengang melihat pejabat sekolah yang menjadi tujuan utama sejak tadi, punyalah besar dan jelas. Kenapa dia tak sedar? Haih...Inilah jadinya kalau tak mengguanakan mata dengan betul.

   "Nak saya temankan sampai ke dalam?" tanya lelaki yang belum Nadia ketahui namanya.

   "Tak payahlah.It's okay. Thank you temankan saya," ucap Nadia tulus.

   "Kalau macam tu saya pergi kelas dulu."Nadia menganggukkan kepalanya dan langsung masuk ke dalam pejabat sekolah.

***

   "Ben, malam ni pulang rumah.Mama dah bising-bising sebab Ben dah lama tak balik. Sakit telinga papa dengar. Kalau Ben tak balik jangan harap harta papa jadi milik Ben."

   Ben melepaskan keluhan berat. Pagi-pagi lagi papanya terus menelofonnya menyuruh dia balik ke mansion utama."Okay nanti Ben balik.Ben tutup dulu.Nak pergi sekolah dah ni."

   "Yelah...Ja-"

   'Tut'

   Ben langsung mematikan sambungan telefonnya tanpa Tengku Ilhan Amir sempat menghabiskan kata-katanya. Tidak dapat dinafikan lagi memang anak kurang ajar. Tengku Haikal Benjamin mengambil begnya yang tergeletak di atas sofa dan juga kunci motor ninja Kawasaki miliknya lalu berjalan keluar dari apartmennya.

   "Dah lama aku tak masuk sekolah," gumam Ben dengan senyuman sinis. Jika diikutkan sudah 2 minggu Ben tidak menghadirkan diri ke kelas tanpa alasan tertentu. Tapi siapa kisah?dia tak akan kena marah atau dibuang sekolah. 'Risiko' jadi anak orang kaya katanya.

   'Kringggg!'

   Nama Khai tertera jelas di layar skrin telephone Ben.Lantas butang hijau ditekan menandakan panggilan akan bersambung.

   "Bos, kami dah sampai sekolah.Bos dekat mana? "

   "10 minutes," balas Ben singkat lalu mematikan panggilan telefon. Diingatkan awal-awal Ben antara manusia yang malas nak menjawap atau berlama-lama bila menelefon. Kalau nak sampaikan sesuatu baik terus sampaikan sebelum kena sembur.

***


  Nadia memasukkan satu persatu buku teks dan buku rujukan ke dalam locker yang baru sahaja menjadi miliknya sebentar tadi dengan cermat. Hanya buku subjek Kimia dan   English yang tersisa di begnya, yang lain semua dimasukkan ke dalam locker.

   "Waktu rehat nanti baru ambil,"gumam Nadia perlahan. Dia mengambil kertas yang diberikan oleh kerani di pejabat tadi. Kertas yang cukup penting bagi Nadia kerana disana terdapat peta kawasan sekolah yang pastinya dapat membantu Nadia di hari-hari awal Nadia bersekolah di sini.

   Namun tidak tahu dimana silapnya, kertas itu terlepas dari tangannya dan terbang kesana sini. "Aduh, kertas! Janganlah terbang jauh sangat."

   'Buk!'

  "Auch... mommy- "Nadia mengusap punggungnya yang tercium lantai sekolah. Rasa takut mula menguasai diri apabila dia tersedar dia baru sahaja melanggar pelajar di hari pertamanya. Pikiran negatif mula bermain-main di minda Nadia.

   "Tak pandai guna mata ke? " Nadia mendongakkan kepala memandang si empunya suara dingin, pelajar yang menjadi korbannya di hari pertama dia bersekolah.

   "So... Sorry... "Kata Nadia dengan suara perlahan.


To be continue....

JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN


MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now