CHAPTER 65

3K 127 12
                                    

HAPPY READING!

   "SAYANG, you nampak Nadia tak? Bos you tu ke?" tanya Farhanie. Matanya tidak henti melirik ke kiri dan kanan. Sudah sekitar 15 minit mereka berdiri di sana dan kelibat Nadia ataupun Ben langsung tidak kelihatan. Katanya sudah sampai. Tak akan pergi dating tapi tak cakap.

    "Tak ada. Cuba call."

    "Tak dapat. Dari tadi I try call Nadia tapi tak kena angkat. Cuba you telefon Ben." 

   Khai langsung mengambil telefonnya dan menelefon Ben namun tidak dapat diangkat. "Tak angkat juga."

    "Call lagi."

   TUT TUT TUT

    "Kenapa tak angkat ni?" Khai bingung  sendiri. Biasanya kalau dia yang telefon mesti Ben akan angkat walau sebenarnya dia macam bercakap sendiri. 

    "Dapat tak?" tanya Farhanie sekali lagi. Khai menggeleng. "Kita carilah. Mesti diaorang silent phone."

    "Okay," jawap Khai.

***

    Ben memegang bahunya yang sudah berlumuran darah. Camelia yang berdiri kembali setelah mendapat tendangan dari Ben tersenyum sinis dengan pisau di tangannya.

    "Kau siapa?"

   Camelia tidak membalas pertanyaan Ben. Dia semakin menghampiri Ben dengan senyuman sinis. Ingatkan dia akan mudah membunuh Ben, rupanya Ben tersedar setelah pisau yang sepatutnya mendarat di jantung Ben tersasar ke bahu Ben. Jika dia tahu begini baik dia gunakan racun sahaja. 

    Dengan perlahan Ben bangun dan memegang kepalanya yang berdenyut sakit. Pandangannya berpinar-pinar dengan darah yang makin membasahi bajunya. "Sial," maki Ben.

    "Hari ni kau akan mati di tangan aku," ayat yang begitu cliche meluncur dari bibir perempuan itu. Dia menerjang ke arah Ben untuk menancapkan pisau itu pada tubuh Ben namun tidak berjaya. Walaupun dengan gerakan yang begitu lemah, Ben berjaya melindungi dirinya. Jika dalam keadaan biasa, Ben dengan mudah dapat mengalahkan Camelia namun entah kenapa sekarang kepalanya berputar-putar dengan kondisi badan yang begitu lemah. Mesti Camelia sudah melakukan sesuatu di belakangnya.

    "Sempat kau mengelak? Tak payahlah bazir tenaga elak pisau ni. Kau akan mati juga hari ini," ejek Camelia.

    Kringgg!!!

   Telefon Ben berbunyi nyaring berasal dari poket seluar Camelia. Camelia buat tidak tahu dengan hal itu. Tujuan utamanya sekarang ialah membunuh Ben.

   "Kenapa telefon aku ada tempat kau?" tanya Ben dengan nada yang tinggi.

  "Masih sempat fikir pasal handphone? Hah," ujar Camelia.

   Kringgg!!!

  Camelia melempar pisau yang ada di tangannya ke arah Ben. Sayang seribu kali sayang, pisau itu berjaya mengenai kaki Ben.

   "Argh..." rintih Ben. Demi tuhan dia langsung tidak berdaya sekarang. Dia meraba raba di bawah katil. Berbekalkan tenaga yang tidak banyak dia mencari senjata yang dia simpan disana tetapi tidak jumpa.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now