HAPPY READING!
"GOOD morning," sapa Nadia pada ahli keluarganya yang sedang bersarapan di meja makan. Suasana pagi yang meriah tapi kelibat Encik Zulkiflie masih tidak kelihatan. "Mana daddy?"
"Daddy dah pergi office. Ada kerja nak kena siapkan katanya."
"Awalnya," kata Nadia. Dia duduk di samping Putri yang sibuk mengunyah makanannya. "Pak cik Ali balik kampung kan? Jadi siapa nak hantar adik?"
"Nanti abang Zam hantar. Sementara abang kat sini, abang yang akan hantar dan jemput adik, okay?"
"Adik okay je," balas Nadia.
"Great. Kalau macam tu cepat breakfast. Takut adik lambat pula pergi sekolah."
"Aye aye captain!"
***
Sudah 15 minit Ben berdiri di samping motor berkuasa tingginya sejak dia sampai di sekolah pagi ini. Namun kelibat Nadia masih belum kelihatan, biasanya Nadia sudah berada di sekolah dalam jam-jam
begini."Mana pula budak ni? Tak akan tak masuk sekolah? Rugi aku datang awal pagi," bebel Ben sendiri. Rasa sebal dan risau mengebu-gebu dalam
hatinya.Tidak lama selepas itu sebuah kereta jenama Audi berhenti di depan pagar sekolah yang mana tidak jauh dari tempat Ben berdiri. Ben menatap kereta itu dengan serius. Macam pernah nampak... Itu kereta-
"Nadia?" ujar Ben sebaik sahaja Nadia keluar dari perut kereta dan disusuli oleh seorang lelaki yang tidak
dikenalinya.Mata Ben spontan mengecil apabila melihat Nadia mencium tangan lelaki itu sambil tersenyum manis. 'Siapa
lagi ni?' gumam Ben tidak suka.Tangan lelaki yang tidak Ben kenali itu pula naik mengusap lembut kepala Nadia. Tanpa sedar tangan Ben mengepal kuat tanda menahan
amarah.Tidak tahan menonton drama tidak berbayar Nadia dengan lelaki itu Ben pantas menuju ke arah mereka berdua sambil menggenggam erat
tali begnya. Perasaan tidak suka melihat Nadia cuba bermesraan dengan lelaki lain terutama lelaki yang tidak dikenalinya muncul secara tiba-tiba dalam dirinya. Rasa ringan je tangan Ben ingin melayang ke wajah lelaki itu tapi dia berusaha untuk mengawalnya."Nadia?" panggil Ben dengan suara yang dalam.
"Hai Ben!" sapa Nadia ria tanpa menyedari raut wajah Ben yang kelihatan seperti lantai ais.
Datar dan dingin.
"Hmm..." balas Ben. Fokus penglihannya kini tertumpu pada wajah lelaki di depannya.
"Ben, kenalkan ini abang saya. The one and only Abang Zam. Abang Zam, ini kawan adik, Ben. Tengku Haikal
Benjamin.""Oh." Lelaki yang dikenali sebagai abang Nadia itu langsung menghulurkan salam perkenalan. "Hai, Ben. Nice to meet you. I'm Aizam
Firdaus. Nadia's brother.""Benjamin," balas Ben sambil membalas salam dari lelaki yang dikatakan abang kepada Nadia itu. Aizam hanya terkekeh mendengar jawapan ringkas Ben. Macam manalah Nadia boleh ada kawan kayu macam ni?
"Adik, abang balik dulu tau. Nanti call abang kalau dah nak balik,okay?" Fokus Aizam tertumpu pada Nadia semula.
"Okay. Don't worry boss!"balas Nadia dengan sengihan nakal.
"Bro, tolong jaga adik aku. Tengok-tengokkan dia dekat sekolah. Abang risau nak biarkan dia sendiri," pesan Abang Zam kepada Ben.
"Okay."
Nadia melambai-lambaikan tangannya sebaik sahaja kereta abangnya menjauh dari kawasan sekolah.
"Aku tak tahu pun kau ada abang."
"Hah?" soal Nadia kembali dengan wajah polosnya. "Apa awak cakap tadi?"
"Kau ni..." Ben menatap Nadia dengan tatapan tidak puas hati, "aku cakap aku tak tahu pula kau ada abang. Aku ingat kau ada kakak je."
"Memang awak tak tahu, sebab abang saya tinggal dekat luar negara baru kali ni dia balik. Abang Zam dah
kahwin dan ada satu anak perempuan," jelas Nadia panjang lebar. "Yang awak ni kenapa tak masuk kelas lagi?""Aku tunggu kaulah."
"Ya ke? Thank you..."
"Tak payah nak thank you sangat. Cepat jalan. Penat je aku tunggu kau," bebel Ben dan dibalas sengihan oleh Nadia.
***
Nadia menjeling ke arah Ben yang asyik memainkan telefon tanpa menghiraukan guru wanita yang sedang membebel di depan kelas mereka.
"Awak..."
"Hmm?"
"Stoplah main telefon. Cikgu tu tengah mengajarkan," bisik Nadia
perlahan kerana takut didengar oleh yang lainnya."Nantilah. Aku tengah sibuk ni," balas Ben selamba. "Kalau aku berhenti main game bukannya aku belajar pun."
"Awak ni-"
"Benjamin, Nadia, apa yang awak berdua bualkan dekat belakang tu?Tak nak kongsi cerita dekat kami semua?"
Nadia spontan menundukkan kepalanya kerana malu ditegur oleh guru itu. Ini semua sebab Ben.
"Tak ada apa," balas Ben ringkas. Dia menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar.
"Sekali lagi saya nampak awak berdua bercakap masa saya mengajar, saya tak akan segan-segan denda awak berdua jalan itik dekat depan ni," kata cikgu itu memberi amaran. Namun bagi Ben denda itu tidaklah susah sangat. Simple sangat!
Nadia mengangkat kepalanya dan memandang Ben dengan tajam. Namun Ben hanya terkekeh dan mengusap rambut Nadia perlahan. "Tak payah marah sangat. Aku tak takut pun."
"Suka buat macam tu, kan?"
"Suka. Suka sangat," balas Ben. "Aku nak keluar dulu. Rehat nanti tunggu aku dekat cafe."
"Awak nak pergi mana?"
"Secret..." Pipi Nadia dicucuk-cucuk ganas sebelum mengeyitkan sebelah
matanya. "Bye, princess~~""Tap-" Belum sempat Nadia menghabiskan ayatnya Benbsudah berdiri dan meminta izin kepada guru yang sedang mengajar untuk keluar dengan alasan ingin ke
tandas. Tandaslah sangat...***
"Farhanie, jom pergi cafe."
"Jom!" balas Farhanie dengan bersemangat. Dia merangkul lengan Nadia dengan erat. "By the way, mana Ben dengan gang-gang dia yang lain. Dari pagi tak nampak kecuali si Ben. Itu pun kejap je."
"Biasalah, macam awak tak tahu. Dia orang ada je tapi entahlah pergi mana. Kenapa?"
"Tak ada. Saja je tanya," kata Farhanie sambil tersenyum manis. Mereka berdua kemudiannya beriringan menuju ke cafe sambil berbual-bual kosong mengenai hal-hal remaja masa kini.
"Eh, budak tiga tu dah ada dekat cafelah."
Nadia mengecilkan matanya untuk mencari keberadaan Ben. "Eh, yalah. Jom pergi sana."
"Jom."
Bersambung...
JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...