HAPPY READING!
"HAHAHAHA! Padan muka kau Benjamin! Aku dah lama biarkan kau ketawa, gembira sesuka hati kau. Bukan ini je aku akan buat Benjamin. Ini cuma permulaan."
"Selepas ini apa plan kita bos?"
Hakim membuka ikatan tali leher yang terikat kemas di leher bajunya lalu melemparkannya ke sembarangan arah. Dia duduk di atas kerusi besar miliknya dengan bibir yang tidak henti-hentinya tersenyum manis. "Kita tengok apa Benjamin akan buat. Lepas ni baru kita akan ke plan seterusnya."
"Baik bos."
"Teruskan lakonan kau. Pastikan tak ada seorang pun yang sedar tindak tanduk kau."
"Baik bos," jawap lelaki itu dengan wajah datar.
Hakim mengambil rokok berjenama Dunhill dan diapit diantara bibirnya. Sudah beberapa minggu dia secara sah berhenti bersekolah dari Caden Highschools dengan alasan malas. Sebenarnya umur dia sekarang ini dia sepatutnya sudah berada di universiti untuk mengambil sarjana muda tetapi oleh kerana dia pernah berhenti sekolah dan dibuang sekolah beberapa kali membuat dia terpaksa berada di tingkatan 6. Dia boleh sahaja tidak bersekolah tapi kedua ibu bapanya bersikeras menyuruhnya bersekolah, lagi pun dia sudah berkerja sekarang. Bukankah dia ke sekolah untuk mendapatkan perkerjaan yang bagus kelak? Jadi buat apa bersekolah jika sudah memiliki pekerjaan?
"Benjamin....Benjamin...."
***
Ben memerhati kertas-kertas yang berada di atas mejanya. Semua kertas itu merupakan senarai kerosakan dan kerugian yang telah dihadapinya. Bukan sedikit tetapi juta-juta. Untung sahaja hanya satu markas yang dibakar, jika tidak Ben terpaksa menutup 'perusahaan' peninggalan arwah pakciknya.
Berdasarkan maklumat Hamzah kes ini mungkin berlaku disebabkan wujudnya orang dalam. Ben tidak habis fikir, masih ada yang berani bermain belakang dengannya setelah memberi pelbagai kemudahan serta kemewahan kepada pekerjanya. Jika orang itu sudah dapat dikenal pasti siap sedialah untuk mati.
Ben melepaskan keluhan berat. Jujur sahaja dia penat sekarang ini. Dia mengambil telefonnya dan langsung menghubungi Nadia. Namun setelah beberapa ketika panggilan masih belum terjawap. "Mana ni?" tanya Ben.
Dia meletakkan telefonnya di atas meja dan bersandar pada kerusi. Kerusi besar itu seolah-olah menelan diri Ben sehingga Ben tidak berdaya untuk duduk dengan tegak semula. Dia memejamkan mata, merehatkan diri setelah melewati hari yang memenatkan.
KRINGG!
Dengan tidak rela Ben membuka kedua-dua belah kelopak matanya. Nama Nadia terpampang jelas di skrin telefonnya.
"Hello," ujar Ben dengan suara serak. Dia bangkit dan berpindah ke sofa panjang yang terdapat di ruangannya. Dia membaringkan dirinya disana sambil mengurut dahinya perlahan dengan tangan kiri.
"Hello Ben. Kenapa awak call saya tadi?"
"Kenapa tak angkat?"
"Saya keluar bilik tadi. Saya tak bawa phone, tu yang tak dengar," jawap Nadia. "Kenapa call?"
Lama Ben terdiam sebelum membuka mulutnya semula, "Tak ada. Saja call."
"Awak kenapa?" tanya Nadia kebingungan.
"Aku kenapa? Macam tak biasa. Dah jadi boyfriend tak boleh call pula?"
"Bukan macam tu," rungut Nadia. Ben dapat membayangkan gadis itu sedang monyok sekarang. Kenapalah girlfriend dia comel sangat? Baldi mana? "Ish, suka hati awaklah. Awak dekat mana sekarang?"
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...