CHAPTER 37

3.1K 164 19
                                    

Nah🗑...Mana tahu ada yang nak muntah. Kwkwkw.
_______________________

HAPPY READING!

    "MANA Zack?" tanya Ben hairan apabila kelibat Zack tidak kelihatan bersama Khai.

   Khai dan Zack tinggal bersama di sebuah apartment yang telah dibeli oleh arwah Uncle Zameer khas untuk mereka berdua. Khai dan Zack merupakan anak yatim yang diasuh oleh  sejak mereka berusia 12 tahun. Dan ketika itu Ben baru sahaja berusia 11 tahun.

   Sebenarnya Zack dan Khai tua setahun dari Ben tapi mereka mendaftar dalam kelas dan darjah yang sama dengan Ben supaya mereka berdua boleh tetap di samping Ben.

   Jadi boleh dikatakan umur Khai dan Zack sekarang ialah 19 tahun bukannya 17, manakala Ben berusia 18 tahun.

   "Tak datang sekolah. Sakit kepala sebab banyak minum semalam," jawap Khai santai. Satu kotak plaster dikeluarkan dari dalam begnya.

   "Kau minum semalam?"

   "Tak. Aku keluar," balas Khai lalu menampalkan sekeping plaster pada tatu yang terdapat di belakang telinganya. Sejak memakai tatu di belakang telinganya Khai terpaksa menggunakan plaster untuk menutupi tatu tersebut namun kadang-kadang bila malas dia biarkan sahaja. Lagi pun bukannya banyak yang sedar. Pengawas yang bertugas pastinya tidak berani menegur.

    Ting!

   Khai segera mengambil telefonnya apabila benda pipih itu berbunyi.

   "Aku keluar dulu," kata Khai cepat sebaik sahaja membaca pesan yang baru masuk.

   "Hmm," balas Ben malas sebelum meletakkan kepalanya diatas meja. Masih ada masa sebelum waktu pempelajaran bermula, jadi lebih baik dia tidur.

***

   "Bila abang Zam balik sana?"

   "Esok. Kenapa?"

   Nadia memuncungkan bibirnya lalu menatap abangnya sayu. "Alah, cepatnya! Nantilah abang balik."

   "Mana boleh macam tu," Aizam tergelak kecil, "abang ada kerja nak disiapkan, Kak Azie pun dah kena kerja."

   "Kalau macam tu tinggalkan Putri dekat sini. Biar adik yang jaga Putri."

   Aizam menggelengkan kepala mendengar cadangan bernas Nadia. Ingat sikit abang awak ni tak boleh pisah lama-lama dengan anak. "Mana boleh macam tu."

   "Bolehlah."

   "Janganlah macam tu. Adik tahukan sekarang tanggungjawap abang besar. Abang sayang adik tapi I can't lepaskan or abaikan tanggungjawap abang macam tu je."

   "Okaylah," balas Nadia lemah.
 
   "Macam nilah. Apa kata adik call kawan adik datang rumah. Nanti tak bosan sangat. Esok dah boleh sekolahkan?"

   "Ya, esok adik masuk kelas macam biasa. Erm, nanti adik try call kawan adik mana tahu dia nak datang rumah."

   "Baguslah kalau macam tu. Jangan lupa ajak Ben sekali."

   "Adik tak yakinlah Ben nak datang sebab selalunya dia sibuk."

   "Cuba jelah," pujuk Aizam, "diakan bestfriend adik tak akan dia biarkan adik sendiri."

   "Alah, kelmarin pun dia datang jugakan."

   "Apa salahnya hari ni pun dia datang melawat?"

   "Abang ni! Yalah-yalah nanti adik try tanya Ben."

***

    "You, bangun. Dah nak balik ni," kata Farhanie membangunkan Khai yang tertidur sejak mata pelajaran terakhir tadi. Rambut Khai yang digunting kemas diusap perlahan.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now