CHAPTER 13

4.8K 190 3
                                    

HAPPY READING!

   "NAH, minum." Sebotol air mineral kecil dihulurkan kepada Nadia. Nadia mengangkat kepalanya dari atas meja dan menyambut huluran Ben.

   "Thanks..."

   "Penat?" Nadia menganggukkan kepalanya. Ben senyum kecil lalu mengusap kepala Nadia perlahan. "Siapa suruh lembik sangat..."

   Nadia memilih untuk mendiamkan diri. Air mineral pemberian Ben diteguk rakus. Berbalah dengan Ben hanya membuat dia semakin penat.

   Buku latihan di atas meja diambil untuk dijadikan kipas. Entah kenapa walau dia sudah membersihkan badan dan menukar pakaian Nadia tetap rasa panas semacam. "Panasnya. Awak tak rasa panas ke?"

   "Memanglah panas. Air conditioner tak on lagi." Spontan Nadia menoleh ke arah suis. Patutlah panas tak on lagi.

   "Hoi, on suis air conditioner cepat!"

    Pelajar perempuan yang berdiri paling hampir dengar suis segera menghidupkan air conditioner seperti yang diminta Ben. Takut sangat dah tu sampai air mineral yang dipegangnya tadi langsung dibuang ke tong sampah.

   "Tak baik tau awak buat orang macam tu. Minta tolonglah baik-baik. Nanti kalau dia marah macam mana? Habis awak."

    "Suka hati akulah. Mulut aku kan? Bukannya aku takut kalau dia marah," balas Ben tidak mahu kalah.

   "Suka hati awaklah" Nadia meletakkan kepalanya diatas meja untuk berehat sekejap.

   Ben menjeling jam dinding yang berada di depan kelas. "Rehatlah kejap. Ada 15 minit lagi sebelum cikgu lepas ni masuk."

   "Tapi saya laparlah awak," kata Nadia perlahan. Perutnya diusap tanda lapar. Dia menatap Ben dengan mata berbinar.

   "Bukan pagi tadi kita dah sarapan sama-sama?"

   "Tapi saya rasa lapar tiba-tiba. Nak makan," rengek Nadia tanpa sedar.

   "Kau ni badan kecil tapi makan besar. Sekarang ni cafeteria mana buka. Kau tahan jelah. Rehat nanti kita pergi makan," kata Ben datar.

   Mahu tidak mahu Nadia terpaksa bersetuju dengan kata-kata Ben. Nadia mengambil telefonnya di dalam beg. Lantas earphone disumbat ke telinganya. "Nanti bila cikgu ada kejutkan saya tau."

   "Hmm..."

***

   "Kau nak makan apa? Aku belikan. Kau cari tempat duduk," ujar Ben datar.

   "Hmm...Apa-apa je. Yang penting saya kenyang."

   Ben mengangguk lalu berjalan ke arah kaunter cafeteria. Spontan Nadia
menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari meja yang masih kosong.

   Nampaknya meja-meja yang terdapat di cafeteria hampir penuh dengan para pelajar. "Banyaknya orang," bisik Nadia. Hujung keningnya digaru perlahan.

   Nadia tersenyum lebar sebaik sahaja dia ternampak ada meja kosong di penjuru cafe'. Dia berjalan perlahan menuju ke arah meja itu tanpa menyedari ada mata yang memerhati pergerakannya dalam diam.

***

   "Hai, new student?" tegur seorang pelajar lelaki sebaik sahaja Nadia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Nadia lantas menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kekok. Lelaki itu duduk di hadapan Nadia tanpa meminta kebenaran dari Nadia.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now