CHAPTER 54

2.8K 136 47
                                    

HAPPY READING!

🚫AMARAN🚫

NOT RECOMMENDED

    "LEPASKAN aku!" Jeritan lelaki itu bergema di bilik bawah tanah markas Ben. Lelaki itu menjerit minta untuk dilepaskan. Dengan mata yang ditutup dengan kain hitam, lengan yang diikat ketat membuat lelaki itu panik setengah mati.
  
    "Tenanglah," bisik Zack di telinga lelaki itu. Di dalam bilik yang serba gelap itu cuma ada 5 orang lelaki sahaja iaitu Ben, Zack, Khai, Hamzah dan juga lelaki itu.
 
    "Lepaskan aku, sial! Kenapa aku dekat sini!" ujar lelaki itu tanpa rasa bersalah. Kemungkinan dia belum tahu rahsianya sudah terbongkar. "Bodoh. Lepaslah! "

   "Diamlah Salman!" bentak Zack lalu menampar pipi lelaki bernama Salman itu dengan kuat. "Kau tak payah nak berlakon sangat. Rahsia kau dah terbongkarlah sial."

    Salman berhenti memberontak. Jantungnya berdegup kencang. Dia tidak menyangka rahsianya terungkap secepat ini. Jika begini memang kematian di depan mata.

    "Buka penutup mata tu," ujar Ben perlahan. Dia bersandar pada meja yang mana berdepan dengan lelaki bernama Salman diikat. Matanya tajam memerhati riak wajah Salman.

    "Bos..."

    "Tak payah panggil aku bos kalau aku bukan bos kau,"ujar Ben tenang. Dia berjalan menghampiri Salman dengan langkah perlahan. Rambut Salman dicengkam kuat. "Kau ingat kau siapa nak tikam aku? "

    Lelaki itu mendiamkan diri. Ada rasa sedikit takut di dalam diri Salman.

   Salman memandang sekeliling. Setiap sudut ruangan itu kelihatan gelap, kelihatan seperti tiada jalan keluar. Di satu sudut ruangan, Khai yang memakai apron berwarna hitam sibuk mengasah pisau pemotong daging.

   "Kau dengar tak sial?" bentak Ben.

   "Argh!"ringis Salman. Cengkaman pada rambutnya bukan main-main. Terasa kulit kepalanya ingin ikut tercabut.

    "Le-lepaslah sial."

    "Apa tujuan kau khianat aku?"

    Salman tersenyum sinis dalam kesakitan. "Aku tak suka kau. Bos aku cuma Hakim bukan kau."

    Ben dan Zack saling berpandangan lalu ketawa besar.

    "HAHAHA," Ben maraup rambutnya ke belakang. Dia menepuk pipi Salman beberapa kali. "Kau rasa aku kisah kalau kau tak anggap aku bos?  Kau ingat kumpulan aku cuma kau? Hah? Kau ni cuma anjing aku tahu tak."

    Salman dengan berani meludah ke wajah Ben. "Ya... Aku memang anjing. Tapi anjing ni dah berjaya hancurkan markas besar kau. Macam mana anjing macam aku ni berjaya tipu orang macam kau?"

    Ben diam. Dia berjalan ke arah meja dan mengambil sebotol air mineral, dibuka dan disiram ke wajahnya yang diludah Salman.

   Selepas itu, dia mengambil sebilah pisau dan menghampiri Salman semula. Pipi Salman dicengkam kuat dengan tangan kiri. "Keluarkan lidah kau."

   "Ap-"

   "Keluarkan lidah anjing!" Ben menarik paksa lidah Salman dengan tangan kanan. Zack sudah mengambil alih mencengkam pipi Salman. Ben dengan cepat memotong lidah Salman  dengan pisau yang dipengangnya. Walaupun tidak sampai separuh bahagian lidah Salman yang dipotong namun darah tetap mengalir dengan banyak.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now