🚫AMARAN🚫
MEMBACA KARYA INI MUNGKIN BOLEH MENYEBABKAN MUAL ATAU LEBIH TERUKNYA MUNTAH-MUNTAH. TERLALU BANYAK BABAK CRINGE DAN CLICHE BERLAKU DAN BOLEH MENGAKIBATKAN SAKIT KEPALA DAN TIDAK BERMAYA. TIDAK DIANJURKAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERMINAT DENGAN BABAK-BABAK SEDEMIKIAN RUPA. JIKA MASIH BERMINAT SAYA ALU-ALUKAN UNTUK MEMBACA. SEKIAN TERIMA KASIH.•••
HAPPY READING!
TENGKU Haikal Benjamin meletakkan motor kesayangannya di kawasan parking pelajar yang begitu berdekatan dengan bangunan pelajar. Caden International School memang membenarkan para pelajarnya yang sudah cukup umur dan berlesen membawa kenderaan atau motorsikal masing- masing ke sekolah. Tidak cukup dengan itu pihak sekolah juga turut menyediakan tempat parking khas untuk para pelajar. Cukup mewah bukan?
Kaki panjang Ben melangkah yakin ke arah bangunan sekolah tanpa menghiraukan para pelajar lain yang memerhatikannya. Tidak sedikit orang yang menaruh hati pada lelaki bernama Ben ini, bagaimana tidak? Kacak, tinggi ditambah lagi dia merupakan anak tunggal kepada sepasang suami istri yang begitu berpengaruh dalam dunia perniagaan. Siapa tidak ingin? Sangat cliche' tapi itulah hakikatnya.
Namun siapa yang yang berani mendekati peti sejuk empat pintu itu? Mungkin orang gila sahaja. Beberapa pelajar cantik yang boleh dikatakan primadona sekolah pernah ditolak dengan begitu sadis oleh Ben. Haih,primadona yang begitu cantik pun ditolak apalagi manusia yang mempunyai tampilan biasa-biasa sahaja? Mungkin hanya dijeling sekilas, itu pun kalau beruntung. Itulah risiko menjadi kentang bergerak di dunia ini.
Dari kejauhan Ben ternampak seorang perempuan yang tidak pernah dilihatnya selama ini berdiri di depan sebuah locker sambil memasukkan beberapa buah buku. Gadis itu sedikit menarik perhatiannya.
'Siapa ni? Tak pernah nampak. Mungkin aku yang tak alert kot'batin Ben.
Satu idea nakal muncul di minda Ben. Dia memerhati gadis itu dengan tajam dan akhirnya terlepas kekehan dari bibirnya melihat gadis itu berlari mengejar kertasnya yang terbang dibawa angin."Cuai..."
Dia sengaja berjalan dari arah bertentangan dengan gadis itu. Gadis itu sepertinya belum menyedari kehadirannya yang muncul dari depan gadis itu sehinga,
'Buk!'
"Auch...mommy-" lirih gadis itu sambil mengusap punggungnya. Rasa puas dan bersalah muncul di hati Ben namun ditutup dengan wajah datarnya.
"Tak pandai guna mata ke?"
Gadis itu segera mengangkat kepala memerhatikan Ben. Mungkin terkejut mendengar suara dingin Ben. Perlahan-lahan gadis itu berdiri dan menundukkan kepalanya.
"So...sorry..." kata gadis itu dengan suara yang hampir tidak didengari. Ben mengamati wajah gadis itu dengan lebih dekat. Cantik dan manis pada masa yang sama. Rambut depan gadis itu menutupi separuh wajahnya yang manis.
"Aku tak pernah nampak muka kau dekat sini? Kau ni siapa?" soal Ben dengan matanya yang memerhati gadis itu dari bawah ke atas.
***
"Sa...saya murid baru dekat sekolah ni," ujar Nadia perlahan. Panas dingin dia rasakan bila lelaki di depannya asyik memerhatikannya dengan pandangan tidak bersahabat. Dengan tinggi badan yang sepertinya mencapai 180 cm, mata tajam siapa berani lawan? Nadia? Kencing dalam seluarlah jawapnya.
"Dah tu? Kenapa masih berdiri dekat sini lagi? Tak nak masuk kelas?"
"Hah?" Nadia mengerutkan dahinya.
"Haish! Kau tak nak masuk kelas?"
"Kelas? Eh, a'ahlah. Alamak, kertas saya...." ucap Nadia panik. Dia mengusap rambutnya dengan kesal." Macam mana saya nak cari kertas saya??" Nadia sekarang betul-betul panik dan cemas. Kelas dah nak start, lokasi kelas pun dia tak tahu. Takkan dia nak keliling sekolah ni cari kelas dia.
"Hoi, budak! Buat apa lagi tu?" soal lelaki yang 'dilanggar' oleh Nadia. Lelaki ini adalah pilihan terakhir Nadia.
"Awak...awak kena tolong saya..."kata Nadia tanpa menyedari dia sedikit merengek pada lelaki yang masih belum dikenalinya itu. Nanti bila sedar, bising sebab malu. Tangan Nadia memegang erat beg silang si lelaki.
"Kau ni...carilah sendiri," ucap lelaki itu tapi tidak menepis tangan Nadia yang masih memegang erat pada begnya." ada matakan?"
"Awak...please. Kelas dah nak start ni."rayu Nadia lagi.
"Cepatlah.Apa nama kelas kau," akhirnya lelaki itu mengalah dan ingin membantu Nadia. Mungkin rimas dengan rengekan Nadia yang begitu menyakitkan telinga.
"5 Dynamic."
"Hah?"
"5 Dynamic," ucap Nadia dengan suara yang dikuatkan sedikit.
"Kau 5 Dyanamic?" soal lelaki itu dengan muka tidak percaya, "kau tak salah tengok ke?"
"Tak, saya memang kelas 5 Dynamic. Kenapa?"
"Aku ingatkan kau baru 15 tahun. 17 rupanya. Kecik betul. Ke...tot."
"Ma...mana ada sa...saya ketot...Ini standard ketinggian perempuanlah!" ucap Nadia tidak puas hati namun masih ada tersekat- sekat di situ.
"Terima jelah takdir kau...." balas lelaki itu meremehkan Nadia. "Kau nak aku tunjukkan kelas kau ke tak nak?"
"Na...nak," ucap Nadia perlahan. 'Sabar Nadia. Awak kena sabar jangan nangis...'batin Nadia.
"Dah tu kenapa tak jalan lagi?"
"Nak jalan pergi mana?"
***
"Nak jalan pergi mana?"
Ben melepaskan keluhan berat. Macam mana dia boleh layan gadis ni? Banyak sangat cakap nasib baik kau cantik.Eh?!
"Kelaslah. Kau ni..."
"Oh...Nak jalan mana?"
"Jom. Kalau cakap kau tak faham" ujar Ben. Dia memegang beg sandang Nadia menggunakan tangan kanan lalu menolak perlahan tanpa menyuruh Nadia berjalan. Tangan kiri diseluk masuk ke dalam poket seluarnya.
"Wah, cantiklah sekolah ni!" kata Nadia kagum dengan dekorasi dan bangunan yang begitu mewah.
"Macam tak pernah pergi sekolah..."ucap Ben menanggapi kata-kata Nadia. "belok kanan. Kiri tu pergi tandas."
"Memang pun dah lama saya tak pergi sekolah. Selama ni saya homescholing je."
"Kenapa?"
To be continue...
JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN!
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...