HAPPY READING!
"MENYAMPAH I dengan dua perempuan tu. You kenal diaorang ke babe?" tanya Farhanie. Nak cakap dua perempuan tu cuma acah-acah kenal, tapi tadi diaorang panggil Nadia.
"Ke... Kenal," jawap Nadia. Sudah berbulan-bulan lamanya kes itu berlaku namun kenapa sekarang Nadia masih takut bila melihat wajah itu? Tidak berjayakah usaha Nadia untuk berubah walau sedikit?
"I'm sorry to say but I rasa macam tangan I gatal nak pukul orang. Kalau cantik tak apalah."
Khai menarik Farhanie mendekatinya. "Duduk dulu."
"Cakap dengan I, siapa yang cantik? I atau perempuan tu? Kalau you cakap perempuan tu cantik I tak nak tengok muka you lagi."
"Tak payah bandingkan diri kau dengan perempuan tu. Jauh beza," jawap Khai menenangkan Farhanie. Zack membuat muka bosan melihat Khai dan Farhanie yang sedang dilamun cinta. Sopankah begitu di depan orang yang bersandar pada dinding dan bukannya pada bahu orang yang dicintai?
"I jauh lagi cantikkan?" Khai mengangguk laju. Jika dahulu dia menafikan sekarang dia merupakan orang pertama yang mengucapkan kata cantik pada Farhanie setiap hari. Gitew~
Ben memerhati Nadia dalam diam. Sedari tadi dia melihat raut wajah tidak selesa dan takut pada Nadia. Adakah itu manusia-manusia yang diceritakan Abang Zam?
"Ikut aku kejap." Ben menarik Nadia menjauhi Khai, Zack dan Farhanie. Jari jemari Nadia terasa dingin dan sedikit bergetar digenggam erat.
"Nak pergi mana?"
"Ikut je."
Tidak menunggu lama akhirnya mereka sampai di sebuah pondok kecil yang terletak jauh dari tempat berehat para pelajar. Ben menarik Nadia duduk di atas bangku yang tersedia di sana.
"Kau kenapa? Kenapa kau macam takut ni?"
Nadia mengangkat kepala, memerhati wajah Ben sebentar sebelum menggelengkan kepala.
"Jangan tipu. Aku tahu."
"Sa-saya okay."
"Cakap dengan aku sebelum aku sendiri cari perempuan tu," ugut Ben. Aura gelap Ben membuat Nadia semakin takut. "Kau takut perempuan tu ke?"
"Iya," jawap Nadia pantas.
"Kenapa?" Walaupun Ben tahu kejadian itu dari cerita Abang Zam tapi dia masih mahu dengar cerita yang keluar dari mulut Nadia.
"Tak ada.... Cuma takut." Ben melepaskan keluhan berat. Sepertinya Nadia tidak ingin menjawap pertanyaannya. Biarlah dia sendiri yang ambil tahu. Jika perempuan itu cuba berbuat sesuatu Ben tidak akan segan membalasnya.
"Kau memang tak ada niat nak beritahu akukan? Tak apa, nanti aku cari sendiri."
***
Seperti kem dan aktiviti camping pada lazimnya, banyak aktiviti dan acara yang telah dilaksanakan seperti mana yang telah dirancang. Para pelajar yang tadinya tidak mengenali antara satu sama lain mulai akrab dan tertawa bersama.
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...