HAPPY READING!
ENAM tahun telah berlalu dengan begitu pantas. Semuanya masih terlihat sama. Mereka yang telah pergi tetap menjadi kenangan dan tidak akan pernah kembali walau dengan cara apa sekalipun. Tahun demi tahun berlalu dan Ben masih mencintai dan merindui orang yang sama. Pusara Nadia tetap kelihatan teraawat dan bersih kerana Ben masih kerap berkunjung ke sana. Terkadang dia terlelap di sana setelah mengadukan segala kerinduannya. Bagaimanakah cara untuk mengurangkan rasa rindu itu? Semakin hari, rindu itu semakin membengkak dan tidak pernah pudar.
Andai masa dapat diputar kembali, sudah lama Ben lakukan itu namun sayangnya tidak dapat. Disana dia akan tetap meratapi kepergian Nadia sehingga hujung nafasnya. Kira-kira, bagaimanakah kehidupan Ben sekarang?
Kini Ben telah memutuskan untuk memberi 100% tumpuan kepada kerjanya. Ketika matahari terlihat di dada langit, dia akan berkutat dengan fail-fail dan kertas yang perlu segera ditandatangan. Manakala, pada malamnya dia akan keluar bersama Khai dan Zack melepaskan gian untuk melakukan jenayah. Lihat, tidak ada yang menjadi baik. Yang bertambah baik cumalah cara Ben mengendalikan segala kerjanya. Sikapnya yang bertambah kejam semakin menumpahkan banyak darah. Ben tidak ingin perkara lama menjadi lagi. Sekarang tidak ada lagi wanita yang mampu mendekati lelaki itu. Lelaki atau perempuan yang melewati batasnya dengan Ben akan berakhir mati.
Seperti yang terjadi dengan gadis malang di depan Ben sekarang. Gadis ataupun perempuan gatal itu sedang sedaya upaya mendekati Ben dengan Kedua tangan kanannya. Siapa tidak tertarik dengan pesona Ben?
"Boleh I teman you alls malam ni?" tanya gadis itu dengan tanpa rasa ragu mendekatkan dirinya dengan Ben. " Can I?"
"Berambus," kata Khai dingin. Dia menatap gadis itu dengan tatapan tajam.
"Alah, janganlah macam tu. I tak ada partner malam ni. I-"
BANG!
Satu das tembakan dilepaskan begitu sahaja di tengah kelab malam itu.
"ARGH!!!" orang awam mulai panik mendengar bunyi tembakan itu. Lebih-lebih lagi melihat sekujur mayat yang sudah terbaring di atas lantai.Ben dengan rasa tidak bersalahnya menyimpan semula pistolnya ke dalam jaket kulitnya. Dia memang tidak ada masa untuk melayan orang-orang sebegitu sekarang.
Tidak lama selepas itu keadaan kembali seperti semula. Mayat gadis itu sudah diurus oleh pegawai yang bertugas di kelab malam itu. "Mana Kaven ni?" rungut Zack. Dia melihat sekeliling, mencari keberadaan klien mereka yang bernama Kaven.
"Good night buddy. Maaf untuk keterlembatan kami. So, should we start our discussion now?"
Ben sekadar menangguk tanda bersetuju.
***
Khai melangkah masuk ke dalam apartment mewahnya dengan lesu. Apartment mewah yang baru sahaja dibelinya tahun lalu ini terlihat sunyi dan tidak berpenghuni. Kawasan ini selalu sunyi kerana Khai jarang balik ke sini. Kerjanya yang tidak menentu membuat apartment ini hanya didiami pada hujung hari atau pada malam hari.
Khai melihat tarikh pada skrin telefonnya.
05/5/20**
![](https://img.wattpad.com/cover/255057524-288-k156254.jpg)
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
किशोर उपन्यास| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...