HAPPY READING!
BEN melangkah ke dalam mansion keluarganya dengan langkah yang lemah. Mansion tiga tingkat itu hanya didiami oleh lima orang sahaja iaitu Tengku Ilhan Amir dan Tengku Erdayana, dua pembantu rumah dan juga Ben. Itu pun cuma sekali sekala Ben singgah di sini kerana dia lebih memilih tinggal sendiri di apartmentnya. Sekarang ni pun Ben cuma singgah sekejap. Malam nanti dia ke apartmentnya semula."Aik, Ben. Kenapa ni? Lesu semacam je," tegur Mak Senah, pembantu di rumah Ben. Wanita yang berumur 60
ini sudah berkhidmat dengan keluarga Ben semenjak Ben belum lahir lagi."Penat Mak Senah," jawap Ben perlahan lalu berbaring di atas sofa mewah yang dibeli oleh mamanya.
"Kenapa pula penat? Kamu dari mana? Dah makan?" soal Mak Senah sambil mengelap meja kopi di hadapan Ben.
"Ben hantar kawan Ben balik rumah dia tadi tapi hujan pulak. So, Ben tumpanglah berteduh. Mandi. Mak Senah jangan risau Ben dah minum petang tadi dekat rumah dia."
Mak Senah mengerutkan dahinya. Tidak pernah dia mendengar Ben menghantar kawannya balik. Biasanya Ben yang kena hantar balik, "Hantar kawan? Khai atau Zack?"
"Bukan budak dua tu Mak Senah. Lain. Nama dia Nadia," jawap Ben dengan mata yang tertutup. Kepalanya tidak berhenti berdenyut-denyut sejak tadi.
"Kawan baru atau buah hati?" kata Mak Senah mengusik Ben. Kawan?Rasanya tidak...
"Kawan."
"Kenapa pula Mak Senah macam tak percaya ni. Dari kecil Mak Senah dengan kamu, tak pernah Mak Senah nampak kamu ada kawan dengan perempuan."
"Betul Mak Senah, Nadia cuma kawan Ben. Tak lebih..." ucap Ben meyakinkan Mak Senah.
"Cakaplah Nadia tu kawan kamu. Melepaslah kamu kalau ada yang cuba pikat dia, nanti baru kamu jadi kawan dia yang sesungguhnya."
"Siapa Mak Senah?" tanya Ben laju.
"Manalah Mak Senah tahu. Mak Senah cakap je."
Ben terdiam seketika. Macam mana kalau ada lelaki cuba dekat-dekat dengan Nadia. Baru budak Aizzul seekor itu pun dia dah panas semacam.
"Tak tahulah mak Senah." Ben mengurut dahinya yang masih berdenyut- denyut perlahan. "Ni mama dan papa mana?"
"Tuan belum balik dari kerja. Mama kamu pula keluar, jumpa kawan katanya. Hari ni Ben tidur sini ke?"
"Tak. Singgah je ni. Nanti Ben keluar lagi terus tidur apartment."
"Iyalah. Kamu naiklah dulu. Rehat."
***
"Sampai pun," sapa Zack ketika melihat Ben melangkah masuk ke dalam gudang besar, tempat mereka berkumpul bersama ahli-ahli yang lain.
"Semua macam mana?" tanya Ben dengan wajah yang serius. Wajahnya yang agak bengis dan tanpa senyuman itu membuat semua anak buahnya sedikit gerun dengan Ben.
"Semua beres bos," kata Khai sambil mengelap pedang samurai miliknya. Rokok jenama Dunhill masih terletak elok diantara dua bibir merahnya.
"Bagus. Uncle Hamzah mana?"
"Belakang. Dia uruskan hal kawasan B3 tadi." Zack mengambil sebilah parang panjang dan diasah sehingga tajam.
"Felix panggil Uncle Hamzah," arah Ben kepada anak buahnya yang bernama Felix.
"Okay bos!" Dengan pantas Felix berlari memanggil Uncle Hamzah. Setelah beberapa minit. barulah bayang Uncle Hamzah kelihatan.
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Genç Kurgu| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...