HAPPY READING!
"KAU yang nak jumpa aku?"
Fatin menggangguk laju. Jantung dia berdegup kencang bila dia semakin hampir dengan Ben, lelaki yang mencuri tumpuannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jika sahaja dia memilik keberanian sudah lama dia menghampiri lelaki ini tapi dia sedar diri. Dia tahu Ben langsung tidak tahu kewujudannya. Namun dia tetap ingin mengutarakan apa yang dia pendam selama ini. Biar dia keluarkan semua yang dia simpan selama ini. Biarkan dia merasa tenang selepas ini setelah meluahkan semua yang tersimpan di hatinya.
"Sorry sebab ambil masa awak. Sa-saya ada benda nak cakap dengan awak," kata Fatin. Dia memandang Ben sebelum mengambil nafas panjang.
"Apa dia? Cepat sikit."
"Sa-saya suka awak."
Senyap. Ben terdiam. Dia tidak sangka gadis di depannya ini berani meluahkan perasaannya.
"Sorry. Tap-"
"Kejap. Boleh saya habis cakap dulu?" Fatin memberanikan dirinya. Jika bukan hari ini bila lagi? Dia sudah meminta bantuan dari Nadia, gadis yang Fatin tahu juga memiliki rasa yang sama terhadap Ben. Biarlah hari ni dia luahkan semuanya.
Ben menutup mulut. Ben tidak mengenali gadis ini tapi dia masih ingat gadis inilah yang memberitahu keadaan Nadia pada malam itu. Gadis ini yang telah membantu Nadia ketika Nadia terjatuh.
"Saya faham. Saya tahu awak tak kenal saya. Saya tahu awak tak pernah sedar kewujudan saya. Tapi saya nak cakap, dari dulu saya perhatikan awak. Saya dah lama suka awak. Mungkin awak rasa saya pelik tapi saya pun tak tahu kenapa saya suka awak. Saya ingat perasaan ni cuma sementara tapi makin lama, saya sedar saya betul-betul sukakan awak. Dan makin lama saya tak dapat pendam perasan saya."
Tanpa sedar dia mengusap rambut gadis itu. Itu tindakan spontan yang Ben sendiri tidak sedar. Selama ini orang di sekelilingnya hanya menatapnya dengan pandangan memuja ataupun ketakutan. Tidak pernah ada lagi yang berani meluahkan perasaan mereka, gadis ini yang pertama.
"Aku-"
"Awak tak perlu jawap apa-apa. Saya tahu awak tak pernah kenal saya apalagi cintakan saya. Saya tahu. Saya sedar diri. Saya tak pernah berharap awak balas perasaan saya. Kalau awak balas pun itu mungkin cuma dalam mimpi saya. Saya-saya cuma nak luahkan perasaan saya. Orang cakap kalau saya luahkan apa yang saya rasa, saya akan rasa lebih lega."
Ben menggangguk.
"Saya perasan sejak Nadia pindah sini, awak dengan dia makin rapat. Selama ni saya tak pernah nampak awak rapat dengan mana-mana perempuan. Mulanya saya cemburu tapi makin lama saya sedar kalau awak bahagia mungkin itu yang terbaik untuk awak. Saya cintakan awak, saya sukakan awak tapi cinta tak semestinya memilikikan? Mungkin awak geli bila dengar tapi saya bahagia bila nampak awak senyum, ketawa."
"Jadi kenapa kau masih nak luahkan perasaan dekat aku?"
"Sebab saya nak luahkan apa yang saya simpan selama ni, dengan harapan saya akan lega dan mungkin perlahan-lahan lupakan awak. Perhaps?"
Ben tersenyum nipis. Cukup nipis sehingga Fatin tidak menyedarinya. Pernah dengar orang cakap, kalau stress atau tekanan cari orang untuk mendengar luahan anda. Kalau rasa sakit dan sedih, menangislah untuk mengurangkan rasa sakit dan sedih. Begitu juga dengan Fatin, dia cuma meluahkan apa yang dia rasa, apa yang dipendamnya selama ini supaya bebanan di hatinya berkurang.
"Cari lelaki lain. Aku tak layak untuk kau."
"Haraplah saya jumpa lelaki yang boleh hilangkan rasa suka saya pada awak," Fatin tersenyum perit. Mereka berdua senyap untuk beberapa ketika.
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...