CHAPTER 60

2.9K 118 39
                                    

HAPPY READING!


   "AWAK tak nak makan?" soal Nadia. Sejak tadi lelaki di depannya itu hanya memandang kosong ke arahnya. Dia menghulurkan sudu makan yang penuh dengan nasi dan lauk namun lelaki itu hanya menggeleng tanda menolak suapan Nadia. "Awak kenapa? Tadi okay je"

    "Tak ada selera," jawap Ben. Dia mengambil gelas yang masih penuh dengan air tembikai dan diteguk rakus. 

   "Okay..." balas Nadia ragu. Dia menyambung semula menghabisakan makanannya.

  "Aku pergi tandas dulu," kata Ben lalu meninggalkan Nadia sendiri. Telefon Ben sengaja dibiarkan di atas meja bersama Nadia.

   "Kenapa mood Ben tiba-tiba berubah," gumam Nadia tidak habis fikir. Dia mengambil telefon Ben dan melihat apa yang pelik. Eh, tapi tidak ada yang pelik. Semua nampak biasa sahaja. "Jadi kenapa Ben macam tu?Hmm, nanti baik sendiri tu."

   Nadia meletakkan semula telefon Ben dan menganggap tidak ada yang berlaku.

***

   Ben membasahkan mukanya menggunakan air bersih. Entah kenapa dia tiba-tiba terfikir Camelia yang masih di apartmentnya. Memikirkan itu membuat moodnya menjadi kurang baik.

   'Aku kena halau juga perempuan tu kalau dia masih berdegil nak tinggal sama,' batin Ben. Jika dibiarkan, satu hari nanti Nadia akan tahu kewujudan perempuan itu. Mungkin hubungannya bersama Nadia akan menjadi taruhan. Dia pun sama kenapa tiba-tiba berbaik hati tumpangkan Camelia. Tak akan sebab muka Camelia sama dengan Nadia sahaja dia langsung benarkan.

   Rasa bersalah muncul di dalam hati Ben memikirkan sikapnya terhadap Nadia sebentar tadi. Semoga sahaja Nadia tidak naik angin. Dia melepaskan keluhan berat sebelum kembali ke tempat Nadia semula. 

   "Sayang...Kenapa ni?" tanya Ben cemas melihat wajah pucat Nadia.

  "Tak ada apa-apa," ujar Nadia takut. Dia memandang sekeliling sebelum mencengkam lengan Ben. "Hantar saya balik."

   Ben mengerutkan dahinya. "Kenapa tiba-tiba nak balik. Makanan kau belum habis."

   "Saya nak balik."

  "Okay-okay," putus Ben. Mesti ada yang telah terjadi dengan Nadia sebentar tadi. Tapi apa?

***

    Bulu roma Nadia meremang mengingat pandangan Hakim sebentar tadi. Ya, dia melihat kelibat Hakim dan beberapa orang yang tidak dikenali memerhatikannya dari luar cafe sebentar tadi. Sudah lama dia tidak nampak kelibat lelaki itu di sekolah dan hari ini dia melihat lagi Hakim di sini. 

   Dia ingin memberitahu Ben namun dia tidak ingin memperkeruh keadaan. Bukannya apa, dia tahu Ben memang tidak sekepala dengan Hakim. Jadi biarlah dia diamkan dahulu.

   "Betul ni tak nak singgah mana-mana lagi?" tanya Ben.

  "Terus balik rumah."

   "Kenapa kau nampak macam takut ni?" Nadia menggeleng lagi. "Kalau ada apa-apa terus cakap dengan aku."

  "Okay. Awak janganlah risau." Nadia tersenyum nipis. Ben mengambil tangan Nadia dan digenggam erat.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now