HAPPY READING!
"BESOK dah masuk sekolahkan?" soal Ben. Dirinya bersandar tenang pada sofa mewah yang terletak di ruang tamu rumah Nadia.
Jika ditanya sejak bila dia berada di sini, pastinya selepas sahaja loceng tamat waktu persekolahan berbunyi terus dia memandu motosikal berkuasa tingginya menuju ke sini.
Khai yang tertidur nyenyak di depannya ditinggalkan begitu sahaja kerana ingin cepat ke rumah Nadia.
"Ya," balas Nadia, "minum dulu. Puding ni pun ada. "Dia menghidangkan segelas jus orange dan juga puding strawberi kepada Ben.
"Mana parents kau? Abang kau?Kakak kau? Senyap je rumah ni," tanya Ben menyedari keadaan rumah Nadia yang agak sunyi dari biasanya,yang kelihatan cumalah pembantu rumah Nadia yang sibuk di bahagian dapur.
"Daddy dan Kak Nadhirah kerja. Mommy, Kak Azie and Putri jalan tak tahu pergi mana. Abang Zam pergi jumpa kawan dia, sebab esok dia orang dah nak balik."
"Balik oversea?"
"Aah..."
'Ting tong!'
'Ting tong!'
"Saya buka pintu kejap," ujar Nadia lalu berlalu ke pintu utama. Mungkin pembantu rumah Nadia tidak dengar loceng berbunyi kerana terlalu sibuk di dapur.
Ben menghirup jus orange yang tersedia di atas meja lalu mengambil telefonnya. Beberapa mesej daripada Zack dan juga Hamzah dibiarkan tanpa ada niat membacanya.
Buat masa ini dia lebih berminat untuk bermain game mobile legends yang sudah agak lama dia tinggalkan. Biarlah Nadia mengurus tetamunya sendiri.
***
Nadia membuka pintu dengan perlahan untuk melihat siapa tetamu yang datang.
"Siapa?" soal Nadia lembut.
"Babe! How are you? I miss you," jerit Farhanie lantang sebelum memberikan pelukan hangat kepada Nadia yang masih terkejut dengan jeritan Farhanie, "kata sakit kenapa tak rehat?"
"Hehehe," Nadia tersenyum comel, "saya dah sihatlah. Awak janganlah risau. Esok saya dah pergi sekolah."
"Kalau I yang sakit, seminggu I terbaring atas katil. I hairan tengok you dah boleh senyum-senyum macam ni. Tapi tak apa, yang penting you dah sihat."
"Thank you," kata Nadia.
"Tak akan sampai ke petang nak berdiri dekat sini. Tak nak suruh masuk?" celah Khai dibelakang Farhanie. Sejak tadi dia hanya diam menyaksikan drama akasia diantara Farhanie dan Nadia, namun jika dibiarkan lebih lama boleh patah tangan dia dengan plastik penuh buah tangan dan makanan ringan Farhanie. Untung sayang.
"Eh, Khai! Tak perasan pula ada awak," kata Nadia malu. Jujur dia tidak perasan kewujudan Khai diantara mereka, "awak berdua masuklah. Buat macam rumah sendiri."
"You bagi buah tu," ujar Farhanie kepada Khai. Dengan cepat Khai menghulurkan satu plastik penuh buah kepada Farhanie, "thank you. Babe, nah! I dengan Khai bawa satu plastik buah untuk you. Jangan lupa makan tau, Khai belanja. Hehehe."
"Terima kasih. Susah-susah je. Jemputlah masuk," kata Nadia lalu mempersilakan Farhanie dan Khai masuk ke dalam rumahnya. Dari pintu utama kelihatan Ben begitu santai bermain telefon di ruang tamu milik keluarga Nadia, "saya pergi dapur dulu. Awak duduklah dekat ruang tamu. Ben pun ada."
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...