CHAPTER 22

4.1K 157 2
                                    

HAPPY READING!

   NADIA menatap Ben dengan tajam. "Terus balik. Jangan singgah mana-mana."

   "Iya," balas Ben malas. Nadia kelihatan masih risau dengan keadaan dirinya. "Pandailah aku balik nanti. Aku ni lelaki bukan perempuan."

   "But awak tengah sakit. Yang awak berkeras nak hantar saya kenapa? Kan Khai dan Zack boleh hantar."

   "Aku dah sihatlah. Tak payah nak over sangat."

   "Awak ni kan...keras kepala!"

   Ben tersenyum nipis. Comelnya budak ni. Nak gigit boleh? "Aku dah sihat. Serious. Tak payah risau sangat."

   "Iyalah."

   "Good girl." Ben mengusap rambut Nadia perlahan. "Jangan lupa apa yang aku cakap dengan kau."

   "Yang mana ni? Banyak sangat pesanan awak dekat saya, sampai saya tak tahu mana satu yang awak maksudkan," kata Nadia dengan dahi berkerut.

   Plakk

   "Auch!" Nadia mengusap dahinya yang mendapat jentikan maut Ben. "Sakitlah."

   "Do I care?" Ben sengaja menunjukkan muka tidak bersalahnya. "Nadia."

  "Apa?"

  "Jangan dekat dengan Hakim lagi. Ingat!" kata Ben dengan wajah yang serius.

   "Iya awak, saya tahu."

  "Hmm." Ben menjeling jam tangannya.

   3:53 p.m.

   Rasanya sudah 15 minit mereka berdua duduk di dalam kereta Ben selepas Ben menghentikan keretanya di depan rumah Nadia. Lama ya?

   "Okaylah awak. Saya keluar dulu. Thanks sebab hantar saya."

   "Okay."

   "Hati-hati..." ucap Nadia sebelum membuka pintu kereta Ben.

   "Iya."

***

   Tangan Nadia lincah mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kering apabila telefonnya tiba-tiba.
berdering dengan kuat.

   "Siapa pula call ni?" soal Nadia berbisik. Tuala miliknya disidai pada hanger sebelum Nadia mengambil telefonnya.

Sarah

   "Hello Sarah!" sapa Nadia.

   "Hai, sibuk ke?" soal Sarah.

   "Taklah. Baru habis mandi ni. Sarah
tengah buat apa?"

   "Sarah dekat sekolah lagi. Tapi
sekarang tak ada nak buat so Sarah calllah Nadia."

   "Ouh..."

   "Nadia macam mana? Sekolah baru macam mana? Ceritalah lagi. "

   Nadia diam seketika. "Okay je. Sampai sekarang semua masih okay. Everything fine."

   "Nadia sure okay sekolah sana? Nadia dah betul-betul okay?" soal Sarah serius.

   "Don't worry Sarah. Nadia okay. Kawan-kawan Nadia sini pun semua baik. Environment pun okay," kata Nadia menyakinkan kakaknya yang
kini berada beratus batu jauh darinya.

   "Syukurlah."

   "Nadia banyak kawan tau sekarang, ada Ben, Zack, Khai, Farhanie dan Aizzul."

  "Baguslah Nadia ada banyak kawan baru," ujar Sarah lega. "Hmm, Sarah nak minta maaf sebab Sarah tak ada dengan Nadia masa tu. Kalau Sarah
dekat sana mesti Nadia tak jadi
macam tu."

   Nadia terdiam mendengar kata-kata Sarah. Imbasan kejadian hari itu muncul semula dalam ingatannya. "It's okay Sarah. Bukan salah Sarah. Nadia yang lemah sangat masa tu. Tapi kalau benda tu tak jadi mesti Nadia tak sehappy sekarang."

    "Sarah still rasa bersalah."

   "Sarah janganlah cakap pasal benda tu lagi. Benda dah jadi. Tak payah nak ingat lagi. Baik kita cakap pasal keadaan Sarah dekat sana."

   "Sarah okaylah kat sini. Eh, Nadia dah tahu Abang Zam nak balik Malaysia minggu depan?"

   "Dah, daddy dah bagi tahu. Sarah pula memang tak dapat balik Malaysia?"

   "Sarah tak dapatlah. Sarah busy sikit minggu depan dan minggu kedepannya."

   "Oh. Tak apalah. Nanti-"

   Tok!Tok!Tok!

   "Adik, makanan dah siap," kata Puan Nazirina di luar bilik Nadia, "mari makan."

   "Sarah, mummy panggil Nadia makan. Nanti kita chat lagi. Bye..."

   "Okay, kirim salam dekat mummy and daddy."

   "Okay!"

***

   Ben menatap Khai dengan hairan. Sejak dia sampai tadi Khai sibuk dengan telefonnya. Paling pelik
Khai tiba-tiba boleh tersengih sendiri.

   "Kau kenapa?" soal Ben. Dia cuba mengintip skrin telefon Khai.

   "Tak ada. Aku tengok video lawak ni," balas Khai lalu menyembunyikan telefonnya ke dalam jaket.

   "Hmm?"

   "Bos!" panggil Zack lalu masuk ke dalam ruangan peribadi Ben.

    "Ada apa?"

   "Uncle Hamzah nak jumpa kau. Ada benda nak cakap katanya."

   "Panggil dia masuk. Kau dua keluar," kata Ben mengusir kedua sahabatnya keluar.

   "Siap bos!"

   Tidak lama kemudian Hamzah pun masuk ke dalam ruangan peribadi Ben. "Tuan muda macam mana?"

    "Sihat. Zack cakap uncle ada nak cakap sesuatu. Apa dia?" Ben menyandarkan dirinya pada kerusi besar miliknya.

   "Tuan muda bila nak ambil alih tugas ni? Saya tak boleh terus jadi ketua kumpulan ni sebab tuan muda adalah pewaris yang sah. Tuan Zameer dah tetapkan sebelum dia meninggal. Dan rasanya tuan muda pun tahu hal tu."

    Ben diam seketika. "Aku tahu. Tapi aku belum siap lagi."

   "Tapi tuan muda dah 18 tahun. Menurut wasiat Tuan Zameer, saya cuma perlu menggantikan tuan muda sehingga tuan muda genap 18 tahun."

   "Okay-okay. Tapi aku nak uncle tetap tolong uruskan kumpulan ni sampai aku betul-betul yakin untuk berdiri sendiri. Aku nak uncle tetap jadi orang penting dalam kumpulan ni sama macam masa arwah Uncle Zameer masih ada."

   "Baik tuan muda. Saya sedia berkhidmat dengan tuan muda."

   "Bagus..."

   "Saya akan bagitahu hal ini
secepatnya pada semua anak buah kita."

   "Hmm..." Hamzah meminta diri untuk keluar dari ruangan peribadi Ben.

   Nampaknya sekarang Ben memang rasmi menjadi ketua kumpulan kepada kumpulan yang sepatutnya dia tidak tahu. Sepatutnya di umur dia yang sekarang Ben sedang menghabiskan masa-masa remajanya bersama kawan-kawan.  Bukan aktiviti-aktiviti gelap seperti ini.

   Keadaan bertambah sukar apabila kedua orang tuanya sama sekali tidak mengetahui hal ini. Walaupun sebelum ini kumpulan ini dikendalikan oleh Uncle Zameer, abang kandung papanya sendiri.

.
Bersambung...

JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now