CHAPTER 73

4.8K 162 62
                                    

HAPPY READING!


     'PRANG!'
 
     "Ben, keluar nak! Jangan macam ni. Jangan buat mama tambah risau." Tengku Erdayana mengetuk pintu bilik Ben berkali-kali namun Ben langsung membuka pintu itu.

     Sejak dipaksa pulan dari kubur pagi tadi, Ben langsung mengurungkan diri di dalam bilik sambil meracau dan melemparkan barang ke dinding.

     Tengku Erdayana dan Tengku Ilhan Amir memang tidak memiliki kunci cadangan untuk pintu bilik Ben kerana dari dahulu lagi Ben tidak suka biliknya diganggu.

     Tengku Ilhan Amir ingin merosakkan pintu itu namun Tengku Erdayana tidak membenarkannya. Bukan tidak ada duit membeli pintu baru namun dia takut Ben semakin marah jika Tengku Ilhan Amir melakukan itu.

     "Ben, keluar dulu. Makanlah sikit. Kamu belum makan sejak kelmarin. Makan sikit pun tak apa."

    'PRANG!'

     Satu lagi barang dilempar ke dinding. Tengku Erdayana dan Tengku Ilhan Amir saling bertatapan semula. "Iyalah, nanti kalau Ben lapar terus turun ya. Mama dah masakkan makanan kesukaan Ben."

    Senyap.

***

      Setelah merasakan tidak ada lagi kelibat orang tuanya di balik pintu barulah Ben berhenti melempar barang ke dinding. Keadaan biliknya sekarang tidak kurang seperti tempat pembuangan sampah. Barang-barang seperti pakaian dan serpihan-serpihan pasu kaca berselerakan di atas lantai, tirai dan lampu yang tidak dibuka. Bahkan sejak kelmarin Ben belum mengganti pakaiannya. Bau peluh dan tanah terasa begitu menyengat namun Ben teteplah Ben. Si keras kepala dan egois.

      Bukannya mendoakan ketenangan Nadia malah dia meratapi kepergian kekasihnya itu. Jiwanya memberontak ingin menemui Nadia. Hatinya menjerit kerinduan. Dia tersiksa kerana belum sempat memohon maaf pada Nadia. Tiada kata selamat tinggal diantara mereka. 

     "NADIA!!! Balik...hiks...tolonglah."

    'Kringg!'

    'Kringg!'

    'Kringg!'

    Telefon Ben berdering beberapa kali namun tidak dihiraukan sama sekali oleh Ben. Telefon yang sama sekali Ben tidak ketahui di mana letaknya tidak berhenti berdering sedari tadi. Dengan keadaan yang serabut Ben menendang-nendang kain dan sampah di atas lantai untuk mencari telefonnya. Kemungkinan besar telefonnya berada di bawah timbunan sampahnya itu.

     'Kringg!'

    "Sial!" maki Ben. Setelah menemui telefonnya yang sudah pecah seribu barulah Ben menekan butang merah yang ada pada skrin. Baru sahaja Ben ingin menekan butang mematikan telefon satu panggilan lagi masuk dan kali ini panggilan itu dari Zack.

    "APA KAU NAK?!"

    "Sabar bos. Kami nak tanya ni. Apa kita nak buat dengan Hakim. Dah lunyai si Hakim tu kena dengan budak-budak kita." 

      Ben seakan tersedar, Hakim si pelaku sebenar masih lagi hidup. Dan disebabkan Hakim, Nadia pergi meninggalkan Ben sendiri. Jantungnya kembali berdegup kencang. Dendamnya kembali membara. Hakim ialah dalang di setiap perkara yang berlaku. Hakim mesti dibunuh secepat mungkin. Ben langsung berdiri dan mengambil kunci motornya dan segera meninggalkan mansion Tengku Ilhan Amir. 

   "Bos?" tanya Zack bila tidak mendengar jawapan dari Ben. Dia menatap skrin telefonnya dan ia menunjukkan panggilan masih lagi bersambung. "Bos?"

     "Bos tak jawap," adu Zack pada Khai.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now