HAPPY READING!
"INI borang untuk awak. Cikgu bagi tadi masa awak tak ada dekat kelas," ujar Nadia sambil menghulurkan sekeping borang kepada Ben. Ben mengambil borang penyertaan itu dengan wajah bingung.
"Untuk apa?"
"Aktiviti perkemahan untuk batch kita, wajib join. Perkemahan ni akan berlangsung minggu depan."
"Kau ikut?"
Nadia menganggukkan kepalanya. "Mestilah, kan dah kena cakap wajib. Awak pun ikut tau."
"Siapa nak jaga kau kalau aku tak ikut?" Ben mengusap rambut Nadia. Nadia tersipu malu mendapat layanan manis dari Ben, "kenapa tak pergi cafe? Nanti kau gastrik macam mana?"
Jika ada yang tertanya-tanya, sekarang merupakan masa rehat bagi para pelajar namun Nadia dan Ben masih berada di kelas bersama beberapa pelajar lainnya, atau lebih tepatnya Ben baru sahaja masuk ke kelas selepas menghilang sejak pagi.
"Saya tak lapar. Lagi pun saya ada bawa roti coklat," jawap Nadia, "awak nak?"
"It's okay. Aku tak lapar. Kau makanlah," kata Ben lalu meletakkan kepalanya di atas meja dengan menjadikan lengannya sebagai bantal. Matanya tertuju pada Nadia yang kelihatan tidak keruan akibat terlalu diperhatikan.
***
Nadia serba tidak kena apabila Ben sejak tadi memerhatikan wajahnya. Jantung Nadia yang berdegup kencang membuat dia semakin tidak nyaman.
Please, dia gadis biasa yang mudah 'perasan' dengan orang yang ambil perhatian atas dirinya. Sikap Ben yang sangat prihatin dan ambil berat membuat Nadia mula berharap lebih.
Ingin diluahkan tetapi malu, dipendam buat dia semakin pening. Lagi pula Ben ada rasa suka dengan dia ke? Entah-entah dia cuma perasan lebih. Dahlah hari tu Ben cakap dia anggap Nadia adik. Siblingzone nyah!
Tapi adakah yang dia rasakan cinta atau perasaan biasa semata-mata? Dia perlu bertanya dengan Farhanie selepas ini. Jangan lupa ingatkan Nadia.
"Mengelamun," kata Ben perlahan apabila melihat Nadia terdiam dengan muka berkerut, "fikir apa?"
"Hah?" tanya Nadia semula.
"Aku tanya kau fikir apa? Serious betul. Fikirkan akulah tu," usik Ben.
"Ja-jangan nak perasan. Saya cuma loading maklumat tadi, ha'ah... loading maklumat."
"Loading maklumat? Apa benda kau merepek ni?"
"Nothing. Tak payah cakap pasal nilah. Saya pula yang pening," balas Nadia dan dibalas gelengan oleh Ben. Seriously, muka bingung Nadia sangat lawak plus sangat comel di mata Ben, macam nak gigit-gigit. Aums!
***
"Nak makan apa?"
Farhanie mengabaikan soalan Khai. Dia berpeluk tubuh lalu memalingkan pandangannya ke arah lain.
"Kenapa ni? Hmm? Marah?" tanya Khai. Tidak pernah lagi Farhanie buang tebiat sejak mereka bersama, ini kali pertama. Rasanyalah...Kalau sebelum couple jangan cakap, hari-hari.
"I nak sandwich tuna dengan mineral water," kata Farhanie tanpa membalas pertanyaan Khai sebentar tadi.
"Makan nasilah. Tadi pagi pun dah makan sandwich. Tak lapar ke?" kata Khai lembut. Jika mood begini mesti Farhanie tengah marah, tapi marah apa? Tak akan marahkan Khai pula? Apa salah dia?
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...