CHAPTER 34

3.3K 151 1
                                    

HAPPY READING!

   "APA maksud kau Cheng hantar orang nak bunuh aku?" tanya Ben serius. Selepas sahaja menghantar Nadia balik tadi dia langsung berpatah balik ke markasnya untuk membincangkan hal penting bersama beberapa anak buahnya.

   "Cheng hantar orang nak bunuh tuan muda. Dia tak nak bayar hutang dia dekat kita," balas Hamzah santai, "tapi tuan muda jangan risau semua dah selesai."

   "Maksud?"

   "Selepas urus anjing-anjing yang kejar kau dua tu kami terus pergi ke tempat Cheng. Buat 'rundingan' dengan dia."

   "So?" Ben menghisap dalam vapenya lalu dihembus keluar. Diulang beberapa kali sehingga Ben merasa puas, "apa kau buat? Tak akan kau biarkan Cheng lepas macam tu je?"

    Hamzah terkekeh perlahan lalu melihat tuan mudanya,Ben. "Saya dah paksa dia pindahkan semua harta dia dekat tuan muda. And bodohnya apek tu cuma ikut. Hahaha!"

   "Lepas dia dah urus pemindahan harta aku terus tembak kepala dia sampai mati. Heh...Kesian," kata Khai sinis. Parang yang masih berlumuran darah diatas meja diambil lalu dilap menggunakan sehelai kain berwarna hitam.

    "Nice work. Mana Zack? Tak nampak pun? Aku call-call tadi tak dapat. Sial betul!"

   "Zack dekat markas U5. Saya suruh dia jaga sana untuk keselamatan. Pasal phone dia tu saya tak tahu pula, sampai-sampai je saya nampak dia maki-maki tak tentu sebab phone dia dah rosak teruk," balas Hamzah.

    "Patutlah aku pun call tapi tak kena angkat, cepat pula makhluk tu balik," kata Khai pula.

    "Sekarang bubar. Aku nak sendiri," usir Ben. Khai dan anak buahnya yang lain langsung keluar dari ruangan Ben seperti yang Ben inginkan.

***

  
    8:08 a.m.

   "Mana Nadia ni? Tak akan tak masuk?" bebel Ben apabila menyedari Nadia tidak kunjung-kunjung tiba walaupun jam sudah menunjukkan jam 8 pagi.

   "Bos, kita ponteng jelah. Aku rasa budak tu tak akan masuk," kata Zack memberi cadangan paling bernas dan berguna.

   "Aku pun rasa macam tu juga. Mungkin dia masih blur dengan apa yang dah jadi."

   "Kita balik. Aku tak ada mood pula," balas Ben lalu mengambil begnya yang tidak berisikan sebarang buku.

   "Nice! Jom." Zack menghampiri Ben dengan bersemangat dan meninggalkan Khai sendiri di mejanya.

   "Sial betul kena tinggal sendiri," kata Khai sebelum mengikuti Ben dan Zack dari belakang. Guru yang sepatutnya mengajar belum masuk ke dalam ke kelas dan itu memudahkan kerja mereka untuk ponteng sekolah hari ini.

   Mereka bertiga menuju ke belakang sekolah dan menyusup masuk ke dalam sebuah lubang yang mereka buat untuk keluar dari sekolah. Boleh dikatakan itu adalah lubang rahsia yang tidak diketahui oleh pelajar lain dan lebih-lebih lagi para guru. Itu bukan lubang biasa tapi pintu yang sudah dipasangkan keamanan dan cuma orang tertentu yang boleh melaluinya.

    "Call Cemito sekarang. Suruh ambil kita dekat sini.Pastikan cepat," perintah Ben setelah mereka berjaya keluar dari kawasan sekolah.

   "Alright bosku!" Tidak lama, akhirnya mereka meninggalkan sekolah tanpa mengambil kereta dan motor mereka yang berparking di kawasan parking pelajar.

***

   Nadia membuka matanya perlahan-lahan apabila tirai yang menghalang sinar matahari daripada masuk ke bilik diselak oleh sang ibu.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now