HAPPY READING!
.
"JAKET dah bawa? Toiletries? Power bank? Snacks?"
"Semua dah bawa mommy. Don't worry," kata Nadia sambil tersenyum manis.
Puan Nazirina memeluk erat tubuh Nadia. Berat rasanya ingin melepaskan Nadia pergi. Lebih-lebih lagi selama ini Nadia tidak pernah mengikuti aktiviti-aktiviti sebegini.
"Dahlah tu. Adik pergi kejapkan? Bukan sampai sebulan, setahun. Dua malam satu hari je pun," kata Encik Zulkiflie menenangkan isterinya. Bukan dia tidak risau dengan anaknya tapi dia tahu Ben ada disana untuk menjaga Nadia.
"Mommy, daddy... adik nak pergi dah ni. Ben dah lama tunggu kesian pula dekat dia," ujar Nadia. Tangan Encik Zulkiflie dan Puan Nazirina disalam dan dicium dengan lembut.
"Hati-hati sayang. Kalau ada apa-apa call mommy atau daddy, okay?"
"Okay mommy," balas Nadia dengan sengihannya.
***
"Kenapa lambat sangat? Penat aku angkat barang kau," bebel Ben sebaik sahaja Nadia masuk ke dalam keretanya.
"Sorry awak. Mommy saya bagi 'taklimat pagi' tadi, tu yang jadi lambat," ujar Nadia.
"Nyehnyenyeh," balas Ben dengan muka sengaja diburuk-burukkan, "pakai seltbelt cepat. Nak gerak dah ni."
"Okey dokey," ujar Nadia sambil tangannya sibuk memasang seatbelt.
***
"Okay, people. Listen carefully. Miss tak nak ulang dua kali apa yang miss cakap ni. So, siapa yang tak dengar jangan tanya miss lagi. Go and ask your friends." Kedengaran beberapa pelajar merungut sebal bila mendapati Miss Ericka yang bertugas memberi taklimat awal pagi. Sudahlah mulut pedas, pemarah pula tu.
"Okay first, bas yang kita gunakan ada dua. So 2 kelas akan berkongsi 1 bas, understand? Nanti miss jelaskan siapa dengan siapa. Second, miss nak minta tolong sangat-sangat dengan you all to jaga your attitude. Miss tak nak nama sekolah kita buruk nanti, sebab macam yang kamu tahu nanti ada sekolah lain juga dekat sana. And the last one, miss nak all of you baris mengikut kelas masing-masing. Don't forget to bring your barang-barang penting."
"Damn panjang sangat tu," bebel Zack sebaik sahaja Miss Ericka menghabiskan ucapannya. "Apa barang join aktiviti macam ni. Buang masa."
"Kau boleh diam tak? Angkat barang kau cepat. Pergi sana," usir Khai dengan tidak rasa bersalah, siap dengan tolakan yang lumayan kuat pada bahu Zack.
"Sialah kau ni!"
"You, phone I mana?" tanya Farhanie, "tadi you ambilkan dari beg I."
"Nanti aku bagi. Aku ada benda nak buat."
"Kalau you nak check phone I, baik tak payah. I nak selfie dengan Nadia ni, urgent! cepat sikit." Farhanie menghulurkan tangannya.
"Nah," Bukan telefon Farhanie tapi telefon Khai yang diberikan, "guna phone aku dulu. Nanti aku siap baru aku bagi balik."
"Ish, suka hati youlah. Jangan marah kalau I ambil gambar banyak sangat guna phone you. Jangan delete even satu pun."
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...