HAPPY READING!
"GOOD morning, guys. So, macam biasa sebelum kita start, kita buat pemanasan dulu," ujar Sir Audrey selaku guru pendidikan jasmani dan kesihatan.
Sir Audrey meminta semua pelajar 5 Dynamic untuk membentuk satu lingkaran.
"Awak..." bisik Nadia perlahan. Hujung T-shirt sukan Ben ditarik untuk menarik perhatian Ben.
"Apa kau nak?"
"Saya nak pergi tempat Farhanie."
Ben mengerutkan dahinya. "Farhanie? Siapa tu?"
"Kawan baru saya. Alah, pelajar perempuan yang awak suruh temankan saya tu."
Ben mengangguk dengan bibir tercebik. "Hmm, pergilah. Aku tak kisah."
"Orang cakap je." Nadia menjeling manja sebelum dia berlari anak ke arah Farhanie.
Mulut kata lain, hati kata lain. Begitulah Ben cakap tak kisah padahal matanya asyik memerhati tingkah laku Nadia. Menjaga dari jauh katanya.
"Hai awak," sapa Nadia. Dia memeluk erat lengan Farhanie.
"Hai. Eh, you kenapa? Ben tak marah you dekat dengan I?" Bola mata Farhanie bergerak ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Ben.
"Tenang. Ben cakap dia tak kisah. Lagi pun saya cuma nak berkawan dengan awak. Boleh kan?" Nadia mengedipkan matanya. Semoga Farhanie cair. Hahaha!
"Boleh...Yang penting Ben tak marah I."
"Thank you. Awak tak payah risaulah." Nadia mengeratkan pelukannya.
Bunyi whistle milik Sir Audrey memberhentikan perbualan mereka berdua. "Hurry up, guys. Siapa nak berdiri dekat tengah and mengetuai warming up kita pagi ni? Kalau tak ada saya yang panggil sendiri."
"Saya sir!" Aizzul mengangkat tangannya dengan penuh keyakinan. Para pelajar lelaki bersorak melihat keberanian Aizzul.
"Okay Aizzul, sila berdiri di tengah. Guys, ikut apa Aizul buat. Step by step."
"Okay sir!"
Nadia sudah tidak sedap hati. Malu pun ada. Kenapa dalam banyak-banyak 'arah' Aizul nak menghadap dia?
"I rasa Aizul suka dekat youlah," bisik Farhanie perlahan di telinga Nadia.
"Ish taklah," balas Nadia berbisik. Tanpa sengaja Nadia bertatapan mata dengan Ben yang berdiri jauh di depannya.
Nadia menelan air liur bila merasakan aura gelap Ben. Janganlah Ben marah-marah lagi.
***
Ben menahan dirinya daripada menarik Nadia dan meninju wajah Aizzul. Tangannya dikepal dan dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Kenapa bos?" tanya Khai bila menyedari raut wajah Ben berubah. Dia melirik ke arah Zack namun lelaki itu hanya mengangkat kedua bahunya.
Ben merenung Khai tajam. "Kau pergi ganti mangkuk tak guna tu. Aku tak nak nampak dia kat sana."
"Aku? Ganti budak tu? Aku mana biasa buat benda-benda macam tu. Bos biar betul," tolak Khai.
"Kau ni tak boleh haraplah," Ben mendengus kasar sebelum berjalan ke tengah bulatan. Bahu Aizul ditepuk dua kali.
"Hah?" Aizul menayangkan riak wajah kebingungan bila Ben tiba-tiba menyapanya.
"Aku ganti kau," ujar Ben dingin.
"Tapi...sir-"
"Jangan banyak tanya boleh tak? Kau nak sangat ke mati?" Wajah Aizul memucat sebaik sahaja mendengar ancaman Ben. Ben adalah orang yang akan tidak boleh dibawa main. Kalau nak mati awal cuba cabar Ben.
"Oh,okay..," ujar Aizul sebelum menghampiri rakan-rakannya.
Sir Audrey hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah anak muridnya. Darah mudalah katakan.
Ben berputar dan berdiri menghadap Nadia yang sedari tadi menundukkan kepalanya.
"Okay murid-murid. Ikut kawan kamu tu. Lepas tu baru sir benarkan kamu main permainan yang kamu suka. Special for this week, sir bebaskan kamu semua. Kamu mainlah suka hati kamu. Semua boleh main tapi jangan mainkan perasaan orang lain," laung Sir Audrey kuat dan disambut sorakan oleh pelajar 5 Dynamic.
***
"You nak main apa?" soal Farhanie. Farhanie menyeka peluh di dahinya.
"Tak tahulah. Saya tak suka sangat aktiviti macam ni. Erm, awak pula nak main apa?"
"Netball. You nak join I dengan yang lain main?" Nadia menjenguk ke arah gelanggang bola jaring. Beberapa murid perempuan berkejar-kejaran sementara menunggu Farhanie.
Nadia menoleh ke kiri dan ke kanan mencari keberadaan Ben. "Mana Ben ni?"
"Awak cari siapa?" Tersentak bahu Nadia bila Aizzul tiba-tiba muncul dari belakangnya.
"Sa..saya cari-"
"Jom main badminton dengan saya. Saya tak ada kawan nak main," pintas Aizzul cepat. Nadia mencebik dalam diam. 'Tadi dia tanya nak cari siapa, bila nak jawap dia tak nak dengar pula.'
"Boleh juga," jawap Nadia. Aizzul tersenyum lebar bila Nadia menerima ajakannya.
"NADIA!!!" jerit Ben dengan lantang dari gelanggang bola keranjang yang tidak jauh dari Nadia.
"Alamak!" rungut Nadia. Mesti Ben akan marah lagi. Dadanya berdegup kencang bila ternampak raut wajah Ben.
"Erk, awak saya minta maaf. Saya rasa saya tak dapat main dengan awak. Erm...bye! Kita main lain kali." Nadia berlari meninggalkan Aizzul sendiri yang masih kebingungan.
"Nakal lagi kan?" kata Ben sebaik sahaja Nadia tiba di tempatnya. Nadia menggelengkan kepalanya dengan laju.
"Awak...semput..." Nadia berusaha menstabilkan pernafasannya.
"Lari sikit semput. Lari sikit semput. Hah, itulah tak cergas," bebel Ben bagai mak-mak.
"Awak janganlah marah."
"Macam mana aku tak marah, dahlah tak cergas lepas tu kau tak ikut cakap aku lagi.Pagi tadi aku dah warningkan,jangan dekat dengan lelaki tu. Kenapa degil sangat ni?" Nadia hanya diam mendengar bebelan Ben. Takut pula nak menyampuk.
"Sorry..."
"Jangan buat lagi."
"Hmm..."Nadia menganggukan kepalanya.
"Pergi duduk dulu."
"Tapi..."
"Duduk!" ucap Ben tidak ingin dibantah.
"Iyalah... "
***
Ben mengesat peluh di dahinya. Zack dan Khai masih sibuk bersaing memasukkan bola ke dalam jaring.
Nadia yang duduk di atas kerusi tidak jauh darinya dijeling sekilas. "Pendek, sini kejap!"
"Apa?"
"Jom lawan dengan aku main basketball."
"Tapi saya tak pandai main basketball. Susahlah awak. Saya tak tinggi macam awak."
Ben mencubit pipi Nadia lalu ditarik geram. "Banyak alasan pula kau ni. Aku ajar. Ambil bola tu."
"Kejap-kejap."
Bersambung...
Jangan lupa vote dan komen.
![](https://img.wattpad.com/cover/255057524-288-k156254.jpg)
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...