CHAPTER 10

5.1K 211 13
                                    

HAPPY READING

   NADIA berjalan bersendirian menuju ke kelasnya. Hari ini merupakan hari kedua Nadia bersekolah di sini dan dia belum ada kawan baru selain Ben dan Aizzul.  Rasa sunyi pula. Kalau di sekolah lama mesti dia akan berangkat ke sekolah bersama Ain dan Lynda. Kalau masa homeschooling pula Nadia tak jalan pergi mana-mana, cikgu yang datang rumah.

   "Morning Nadia," sapa seseorang dari samping Nadia. Nadia mengangkat kepalanya merenung si empunya suara.

   "Mor...morning Aizzul."

   "Kenapa awak macam takut-takut ni? Tak selesa dengan saya? "

   Nadia menggelengkan kepalanya menidakkan kata-kata Aizzul. "Mana ada. "

   "Syukurlah kalau macam tu. Sebab mula dari sekarang saya akan jadi kawan awak. Awak tak keberatan kan? "

   "Saya okay je," balas Nadia.

   "Awak nak ke kelas ke sekarang?" tanya Aizul. Nadia menganggukkan kepalanya perlahan. Gadis itu masih agak malu bila terlalu berdekatan dengan lelaki tampan di sampingnya.

   "Kalau macam tu kita jalan sama-samalah, boleh?"

   "Boleh..," jawap Nadia lembut.

   "Hari ni awak cantiklah."

   "Hah? " tanya Nadia lagi. Telinga dia macam terdengar kata-kata pujian. Itu betul atau hanya fantasi semata-mata?

  "Saya cakap awak cantik."

  "Oh. Hmm, terima kasih. Awak..awak pun handsome."

   "Saya pun rasa macam tu. Hahaha. Taklah gurau je. Thank you. "Aizzul ketawa lagi tanpa menyedari Nadia mengumpat dalam diam. Nak dikeluarkan takut pula.

   Aizul diam seketika. "Awak, saya nak tanya sesuatu, boleh?"

   "Boleh,tanyalah..."Sesekali mereka berdua menunduk sambil mengucapkan salam bila bertembung dengan guru.

   "Macam mana keadaan awak bila duduk dengan Ben? Okay? Kalau tak saya tolong cakap dengan cikgu. "

   "Okay. Everything okay. Tak ada masalah. Sebab dia pun jenis yang tak kacau orang. Kenapa?"

   "Yalah, Ben tu mana nak bergaul dengan pelajar lain. Nakal pula tu. Kan saya dah cakap masa tu. Takut-takut awak tak selesa pula duduk dengan dia. Tak fokus awak belajar nanti."

   "Taklah. Saya okay je. Walaupun Ben nampak agak nakal tapi saya still selesa duduk dengan dia. Time belajar pun saya dapat fokus. Tak payahlah awak fikir sangat," kata Nadia sopan.  Tidak terasa mereka berdua telah sampai ke kelas Lima Dynamic. Bercerita punya pasal sampai kelas pun tak sedar.

***

   Ben memarkirkan motor berkuasa tingginya di tempat parking yang telah dikhususkan untuk para pelajar. Helmetnya dibuka dan diletakkan di atas motor.

   Kawalan keselamatan di Caden Highscool memang tidak dapat dinafikan lagi. Jadi para pelajar yang membawa motor tidak risau akan kehilangan helmet apatah lagi motor mereka. Lagi pula para pelajar yang bersekolah di sana boleh dikatakan hampir semuanya berasal dari keluarga berada. Cuma ada beberapa pelajar yang berasal dari keluarga yang kurang mampu dan mereka menerima biasiswa atas kebijaksanaan mereka.

   Ben memakai begnya dan berjalan ke arah kelas. Namun langkah kakinya terhenti apabila melihat Nadia dan seorang lelaki sedang ketawa bahagia.

    Ada rasa tidak suka muncul bila melihat Nadia rapat dengan lelaki lain selain dirinya. Rahangnya diketap. Apa masalah dia sebenarnya? Penyakit hatikah itu?

   Dia berpusing dan berjalan menuju ke cafe sekolah untuk membeli makanan dan menenangkan dirinya yang tiba-tiba rasa terbakar.

***

   Nadia tersentak apabila kerusi di sampingnya ditarik dengan kasar. Kepalanya dikalihkan ke kanan.

   "Ben! Terkejut saya tau," ujar Nadia mengelus dadanya. Dia melirik ke arah Ben yang masih berdiam diri. Aura dingin dan seram menguar dan mengelilingi Nadia. Rasa seram sejuk. "A-awak kenapa? "

   Ben meletakkan satu plastik di atas mejanya lalu dia pun duduk di atas kerusi di samping Nadia. "Bukan main lagi kau dengan jantan tu kan?"

   "Jantan?" Nadia terdiam. "Jantan apa? Jantan mana? "

   "Kau ingat aku tak nampak? Tadi bukan main happy kau berbual dengan dia,"ujar Ben sinis. Jangan tanya kenapa Ben berperangai begini. Dia sendiri tidak tahu. Tindakan refleks katanya.

   "Aw...awak cuba awak cakap betul-betul. Saya tak faham."

   Ben tidak menghiraukan Nadia yang asyik merengek padanya. Sebungkus sandwich dan sekotak susu coklat dikeluarkan dari plastik.

    Plastik yang sama yang masih berisi sandwich dan minuman kotak juga berperisa coklat ditolak ke arah Nadia."Makan."

   Nadia lantas menggelengkan kepalanya. "Tak nak. Awak masih marah saya. Selagi awak tak cakap apa yang awak cakap pasal jantan-jantan tu saya tak akan makan. "Nadia mencebikkan bibirnya tanpa sedar.

    Ben melepaskan keluhan berat. Boleh tahan keras kepala budak ni. "Kau ni kan" Ben mencubit kedua-dua belah pipi Nadia sehingga Nadia meringis kesakitan. Namun aktiviti itu tidak disedari oleh para pelajar lain kerana mereka berdua berada di bahagian belakang kelas.

   Ben menolehkan kepala Nadia ke arah Aizzul yang sibuk berbual-bual dengan sahabatnya. "Kau jalan dengan  dia kan tadi?"

   Nadia mengangguk mengiakan. "Kenapa?"

   "Lepas ni jangan jalan dengan lelaki tu. Aku tak suka."

  "Tapi Aizzul kawan saya."

  "Kalau macam tu pergi tempat dia. Jangan cakap dengan aku lagi. Kalau ada jadi apa-apa jangan cari aku."

   "Awak ni... Yalah-yalah. Saya try ikut cakap awak. "

   "Good girl. Now makan sandwich tu cepat. Lepas ni ada perhimpunan harian. Nanti aku hantar kau atau kau nak ikut aku ponteng? "

   "Saya pergi perhimpunan jelah," balas Nadia. Dia mengambil sandwich yang diberikan oleh Ben lantas dimakan. Berbeza dengan Ben, Ben mengasingkan salad dan tomato yang terdapat dalam sandwichnya sebelum dimakan.

   "Awak tak makan sayur?"soal Nadia hairan.

   "Tak. Kenapa?"

   "Tak ada. Saya tanya, je."

   Ben mengambil telefonnya di dalam beg. Nombor telefon Khai didail. "Hello..." ujar Khai sebaik sahaja panggilan bersambung.

   "Kau dekat mana?"

   "Rooftop. Macam biasa. Bos tak fly hari ni?"

   "Nanti aku pergi sana." Ben mematikan panggilan sebaik sahaja Ben menghabiskan kata-katanya.

   "Awak nak pergi mana?"

   "Ponteng. Kau nak ikut?"

    "Tak nak..."Nadia menggelengkan kepalanya. "Awak..."

   "Hmm?" Ben tidak mengalihkan matanya dari Nadia.

   "Tengok saya pakai kasut yang awak beli. Cantik, tak?" Nadia berdiri dan menunjukkan kasutnya. Untung hitam jadi boleh pakai pergi sekolah.

   "Cantik. Suka?"

   "Suka sangat!" Nadia duduk semula. "Kenapa awak tak pakai yang awak punya? "

   "Lupa. Nantilah aku pakai," balas Ben. Ben tersenyum kecil dan mengusap rambut Nadia lembut. Nadia hanya membiarkan rambutnya diusap sayang.

   "Jomlah aku hantar kau pergi dewan.Dah habis makan kan? "

   "Dah, jom!"

Bersambung...

Haloo! Jangan lupa vote dan komen.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now