HAPPY READING!
MOOD Nadia pada pagi kali ini kelihatan begitu baik, ditambah awal pagi lagi Ben sudah memberinya satu plastik yang penuh dengan makanan dan minuman."Thank you," ucap Nadia ikhlas.
"Okay," jawap Ben ringkas. Dia memandu kereta dengab tenang sambil sesekali melirik ke arah Nadia yang duduk di sampingnya.
"Petang nanti jadikan pergi bookstore?"
Ben menganggukkan kepala. Dia melihat ke cermin samping sebelum keretanya masuk ke simpang masuk sekolah.
"Yes!" Nadia tersenyum lebar. Bagi ulat buku seperti dia, membeli buku merupakan aktiviti yang paling mengujakan di dunia. "Tak sabar nak beli novel baru."
"Jangan gerak," ucap Ben sambil membukakan tali pinggang keselamatan yang melinggari tubuh Nadia. "Bawa makanan tu sama. Makan dalam kelas."
"Okay," jawap Nadia. Ben tersenyum kecil lalu mengusap rambut Nadia.
***
Pernah overthingking? Itu yang dialami Zack sekarang. Sejak semalam, dia tidak habis fikir dengan Hakim atau musuh besar bosnya. Di mana Hakim menghilang setelah salah satu orangnya berjaya dibunuh? Mustahil jika Hakim sudah berputus asa.Sejak dahulu lagi Hakim memang akan membuat apa sahaja untuk menghancurkan Ben. Bukan Hakim sahaja tetapi kumpulan-kumpulan yang lain juga. Namun setakat ini hanya Hakim yang paling bersemangat untuk menjatuhkan Ben.
Tidak hairan sebenarnya, sebelum ini ayah Hakim dan juga arwah pak cik Ben memang musuh ketat. Apa yang menjadi masalah pun Zack tidak tahu. Sehinggalah 'takhta' diturunkan ke generasi seterusnya, permusuhan itu masih berlanjutan.
Dalam fikiran Zack, Hakim mesti sudah merancang sesuatu. Zack yakin dengan hal itu. Dan apa yang dia boleh lakukan sekarang ialah bersiap sedia. Mana tahu rancangan busuk Hakim sudah berjalan tanpa diketahui.
Dan seperti biasa pagi ini Zack datang sendiri ke sekolah dengan menaiki motorsikal. Walaupun Zack dan Khai tinggal di bawah satu atap yang sama tetapi sejak kebelakangan ini Khai dan dia selalu jalan terpisah. Kenapa? Biasalah....Ambil girlfriend.
Zack tidak cemburu, sebab buat apa cemburu? Dia bukannya suka dengan Khai. Kannn?Zack meletakkan motornya di tempat parking motor pelajar. Keadaan di kawasan parking mula senyap kerana kelas akan bermula sebentar lagi jadi sudah tentu pelajar sudah berada di kelas masing-masing.
Kaki Zack melangkah laju menuju ke arah tangga ke rooftop. Baginya masuk kelas sekarang memang tidak ada gunanya,buang masa.
Dan ketika Zack sampai di rooftop, kelibat Ben dan Khai sudah ada disana. "Awal sampai."
Ben menganggkat kedua bahunya. Zack tanpa sengaja melihat tampalan-tampalan pada leher Ben. Seingat dia, Ben tidak memiliki sebarang kecederaan. Apa fungsi benda tu?
"Bos, leher kenapa?" tanya Zack. Khai langsung melirik leher Ben. Dia sendiri tidak menyedari leher Ben sehinggalah Zack menegurnya.
"Tak ada," balas Ben singkat.
Zack memandang Khai meminta penjelasan tetapi Khai juga sepertinya tidak tahu apa-apa. Hm, pelik bin Ajaib. Tak akan tatu baru.
***
"Bos, leher kenapa?" tanya Zack.
"Tak ada," balas Ben singkat. Tangan dia naik mengusap bahagian lehernya yang sengaja ditambal plaster. Hickey bukan boleh hilang dalam masa sehari sayang oi.
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...