CHAPTER 57

2.6K 114 24
                                    

HAPPY READING!


     BEN menatap tajam gadis yang masih berdiri tegak di depannya. Boleh sahaja dia menghalau gadis itu tetapi sejak tadi gadis itu tidak henti-henti merayu untuk tetap berada di sini. Ada orang jahat kejarlah, tak ada tempat tinggallah...Macam-macam alasan gadis itu sehingga Ben naik bosan.

   " Esok pagi berambus dari sini," ujar Ben malas. 

   "Ta-tapi saya nak pergi mana nanti?"

   "Suka hati kaulah. Aku kisah apa?"

   "Sa-saya nak tumpang sini. Na-nanti saya jadi pembantu awak. Sa-saya boleh masak. Sa-saya boleh me-."

   " Kau tak dengar ke aku cakap apa?"

   "Ta-tapi..."

   "Kau pekak ke sial?" jerit Ben dengan kuat. Gadis yang tidak dikenali itu menangis perlahan. Ben tidak pasti sama ada gadis itu takut atau apa.

   "Sa-saya merayu dengan awak. Ada orang jahat kejar saya."

   "Pergi balai polislah. Muka aku nampak macam polis ke?"

    "Saya tak berani. Saya merayu dengan awak. Bila semua dah okay saya akan keluar dari sini."

   Ben melepaskan keluhan berat. Pangkal hidungnya diurut perlahan. Dia ingin menarik gadis itu ke luar dan langsung menghalaunya namun sedikit sebanyak gadis itu mengingatkannya pada Nadia. "Apa nama kau?"

   "Camelia."

    "Aku benarkan kau tinggal sini sampai masalah kau selesai. Lepas tu aku nak kau blah dari sini."

   Camelia tersenyum lebar, "Terima kasih-"

   "Tapi ingat siapa kau dekat rumah aku. Kau cuma menumpang. Jangan acah-acah jadi tuan rumah."

   "Sa-saya faham," balas Camelia.

***

     Nadia menatap Nadhirah dengan mata terbeliak.  Banyak betul kakak dia ni order. Macam satu keluarga yang makan. "Kak banyaknya. Siapa nak habiskan."

   "Alah, bukannya selalu. Kalau banyak tinggal kita bawa balik. Itu pun kalau ada yang tinggal."

  "Apalah kakak ni. Tambah berat badan baru tahu."

  "Akak tak kisah kalau tambah berat badan," jawap Nadhirah dengan kening yang diangkat-angkat.

   "Tapi bila berat badan naik, bising juga."

   " Makan jelah adik oi." Nadhirah mencucuk bahu Nadia menggunakan jari telunjuknya. "Entah-entah adik yang nak tambah makanan nanti."

    Perdebatan diantara adik beradik itu tidaklah mengambil masa yang lama. Kerana perut kedua-dua mereka sudah bernyanyi ria, menandakan masa untuk makan sudah tiba. 

   "Bismillah."

   Keadaan di cafe cukup tenang. Kedua gadis itu pun tidak membuka suara kerana sibuk dengan makanan masing-masing. Memang tidak hairan kenapa cafe ini menjadi bualan orang ramai di media sosial. Servis cukup pantas, makanan juga sedap dan menarik, suasana cafe juga begitu menenangkan.

   "Bila IGCSE adik?" tanya Nadhirah. Kakak kepada Nadia itu mengelap bibirnya menggunakan tisu yang telah disediakan. Sesekali dia tersenyum pada pelayan cafe yang berjalan ke sana sini.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now