CHAPTER 7

4.9K 229 8
                                    

HAPPY READING


   "KAK, adik kena duduk mana? Tak akan adik nak duduk satu meja dengan akak," bisik Nadia perlahan di telinga kakak perempuannya.

   "Adik duduk jelah kat mana-mana."

   "Tapi adik takut. Adik tak biasa makan sorang-sorang."

   "Kalau macam tu joinlah duduk dengan akak," kata Nadhirah memberi idea yang cukup bernas, menurut isi kepalanya.

  "Tak naklah. Malulah adik."

   "Entahlah kau dik.  Akak pun tak tahu. Adik berdiri dekat tepi akaklah. Tak duduk semeja kan?" Nadia langsung menghadiahkan cubitan pada pinggang Nadhirah kerana terlalu geram dengan jawapan selamba Nadhirah.

  "ADOI!" jerit Nadhirah tanpa menyedari suaranya terlebih kuat sehingga menarik perhatian para pengunjung cafe'. "Sakitlah dik."

   Nadia tersentak. Tidak menyangka Nadhirah akan menjerit sekuat itu.

   "Nadia!"

***

   "ADOI!"

   Ben menoleh ke belakang apabila seseorang menjerit dan mengganggu aktiviti makannya. Beberapa pengunjung turut memandang ke arah yang sama. mungkin terganggu dengan suara lantang itu.

    'Pendek?' guman Ben bila mengenali sosok gadis yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Kelihatan Nadia memakai gaun selutut berwarna kuning dengan beg tangan kecil senada gaunnya. Muka Nadia kelihatan agak merah mungkin malu menjadi pusat perhatian ramai. Wanita di sampingnya pula cuma tersenyum malu sambil bergumam meminta maaf.

   "Nadia!" laung Ben lantang. Tidak kalah kuat dengan jeritan wanita tadi.

   Nadia dan perempuan di samping Nadia langsung menoleh ke arah Ben. Nadia tersenyum kekok lalu berjalan ke arah Ben dan meninggalkan perempuan itu sendiri.

   "Malunya saya," kata Nadia sebaik sahaja dia duduk di samping Ben. Lengan Ben menjadi sasaran pukulannya untuk melepaskan geram.

   Ben sekadar tersengih nakal melihat telatah malu-malu Nadia. "Tak payah nak malu sangatlah." Spontan Nadia menggelengkan kepala.

   "Adik... " Nadia mengangkat kepalanya apabila mendengar namanya dipanggil. "Siapa ni? Adik kenal? "

   "Kak,  ini kawan adik, Ben," kata Nadia memperkenalkan Ben kepada Nadhirah.

   "Hai Ben. I Nadhirah, Nadia's sister. Nice to meet you."

   "Ben," balas Ben acuh tak acuh.

   "Kalau macam tu adik duduk dengan kawan adiklah. Akak nak cari tempat duduk dulu. Nanti apa-apa call akak, tau."

   "Okay kak, "balas Nadia perlahan.

   "Ben, I minta tolong jaga adik I kejap."

   "Okay," jawap Ben santai. Sebaik sahaja Nadhirah meninggalkan mereka berdua Ben langsung memulakan perbualan. "Kau buat apa dekat sini dengan kakak kau? "

   "Saya temankan kakak saya jumpa boyfriend dia."

   "Aik, jumpa boyfriend pun nak minta kawan?" Nadia mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak ada jawapan bagi soalan Ben.

   "Ini dah makan ke belum?"

   "Belum," balas Nadia sambil tersengih. Ben menjeling Nadia tajam sebelum memanggil pelayan untuk mengambil pesanan Nadia.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now