HAPPY READING!
"APA khabar?" Setelah setengah jam memandang nisan yang sama akhirnya itulah kalimat yang pertama keluar dari bibir Ben. Batu nisan yang bertulis nama gadis kesayangannya diusap sayu. Perasaannya tidak pernah berubah bila mengunjungi tempat persinggahan terakhir jasad Nadia. Masih sama. Sakitnya dan rindunya masih sama. Hampir dua tahun Ben tidak berkunjung di sini membuat rindu Ben semakin membesar dari hari ke hari.
Dua tahun kebelakangan ini dia mendapat rawatan di luar negara dek masalah mental yang dialami Ben. Menurut pakar, keadaan Ben sekarang kini semakin membaik dan terkawal namun begitu dia masih perlu mengambil ubat-ubatan tertentu secara teratur. Hari ini merupakan hari pertama Ben kembali ke Malaysia dan tempat ini merupakan tempat utama Ben setelah tiba di Malaysia.
Setelah hampir 2 tahun berlalu, masih ada rasa tidak percaya Nadia pergi meninggalkannya. Semuanya masih terasa bagai mimpi. Walau Ben sudah dikatakan semakin sembuh, nyatanya Ben masih sama. Namun bezanya dia semakin tahu cara menyembunyikan 'kelainannya'.
"Aku minta maaf. Lama aku tinggalkan kau. Lepas ni, aku akan selalu datang jumpa kau," ujar Ben lalu tersenyum manis sambil mengusap nisan itu. "Kau nak aku bawa bunga? Warna apa? Merah atau putih? Hmm? Merah? Nanti aku bawa."
Dua tahun kebelakangan ini telah banyak yang berubah. Ketika Ben dibawa ke luar negara, Hamzah mengambil semula tugas mengurus kumpulan. Dan setelah Ben kembali, barulah Hamzah akan berundur semula. Memikirkan kebodohan yang Ben lakukan di masa muda membuat Ben semakin tidak terkendali. Perangai dan perlakuan Ben semakin berubah. Ketika masih dirawat, Ben langsung tidak akan bercakap jika ia bukan benar-benar penting bahkan dia boleh sahaja memukul pesakit lain jika dia terganggu. Namun syukurlah dia telah dilepaskan dengan alasan hampir sihat.
"Sayang...sampai sekarang aku masih cintakan kau. Tak ada orang lain yang dapat gantikan tempat kau di hati aku. Perempuan lain semua jahat. Tak cantik macam kau," adu Ben bagai anak kecil. "Kau tak rindu aku ke? Nanti datanglah ke mimpi aku. Aku...Aku rindu."
"Lepas ni, aku akan ambil kumpulan tu lagi. Kau ingat lagikan? Aku janji dengan kau, aku akan jadi orang kuat lepas ni."
"Birthday nanti awak nak apa?"
Kata-kata itu muncul lagi. Pertanyaan Nadia pada Ben ketika gadis itu masih berdiri nyata di depannya. Namun sayang, mereka tidak sempat merayakannya bersama. "Dua tahun...dan kau masih tak pernah sambut hari lahir aku. Dua tahun...dan akan terus bertambah. Kau tinggalkan aku. Hiks..."
Ben mengesat air matanya laju lalu tersenyum, "Thank you pernah bagi aku hadiah. Sampai sekarang aku masih simpan. Dua tahun lepas, kembar kau bagi hadiah tu dekat aku. Cantik. Aku suka...sangat."
Ben menatap ke luar jendela. Kosong.
"Ben, makan sikit. Mama baru masakkan untuk Ben ni." Ben tidak merespon terhadap pernyataan Tengku Erdayana. Dia masih sibuk melayan perasaan diri. Perutnya tidak ingin menerima apa-apa jenis makanan sekarang. "Ben, makan ya? Sikit pun tak apa. Ben belum makan lagi."
"Mama, Nadia bila sampai?"
"Ben, Na-"
'TOK!TOK!TOK!'
"Assalamuaalaikum."
"Nadia?" ujar Ben teruja melihat seorang gadis persis seperti Nadia masuk ke dalam bilik jagaan Ben namun Ben kembali terdiam. Itu bukan Nadianya. Itu bukan Nadianya.
Ben menggeleng keras. "Kau bukan Nadia! Mana Nadia!"
"Sayang...tenang. Tenang." Tengku Erdayana berusaha sedaya upaya menahan Ben.
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...