HAPPY READING LOVE!
TUNGGANG- terbalik kerja Nadia bila Ben tidak melepaskan pandang dari wajahnya. Dia meraup mukanya berkali-kali, mana tahu ada yang melekat atau ganjil pada mukanya namun tiada yang berbeza atau pelik, semuanya masih sama. Nadia langsung tidak dapat menumpukan perhatiannya pada Cikgu Mahani yang asyik mengajar subjek mata pelajaran Bahasa Melayu. Satu benda pun tidak masuk ke dalam otaknya.
"Awak kenapa pandang saya macam tu? Ada yang pelik ke dengan muka saya?" soal Nadia perlahan. Dia menatap wajah Ben takut-takut.
"Salah ke aku tengok kau?" tanya Ben semula. Dia menatap muka Nadia yang kini betul-betul berdepan dengannya, "cantik."
"A-apa yang cantik?"
"Kaulah. Siapa lagi?"
Nadia spontan menutup mukanya dengan buku teks di atas meja. Dia betul-betul malu sekarang ni. Pipi miliknya yang berbentuk seperti pau turut menjadi kemerah-merahan. Kata-kata Ben yang begitu simple dapat membuatnya terkena penyakit jantung,dup dap dup dap. "Janganlah cakap macam tu."
Ben terkekeh perlahan melihat reaksi malu-malu Nadia. Dia menarik buku teks yang menutupi muka Nadia dan meletakkannya kembali ke atas meja. Dia mengusap lembut rambut Nadia menjadikan pipi Nadia semakin merah. "Tak payah malulah."
"Stop it! Ba-baik awak fokus. Cikgu marah nanti,habis awak kena denda" ugut Nadia. Tanpa mengetahui Ben sama sekali tidak pernah didenda oleh mana-mana guru walaupun dia acap kali melakukan kesalahan. Bak kata orang Indonesia 'Orang kaya mah bebas'.
"Really?" kata Ben dengan nada mengejek.
"Awak ni kan." Nadia tidak dapat menahannya lagi. Segera tangan kanan Ben dicubit-cubit pelan. 'Kerasnya tangan Ben' bisik Nadia bila merasakan tangan Ben yang cukup tegap dan keras. Dia menyentuh pula telapak tangan dan jari jemari Ben yang cukup kasar tidak seperti tangannya yang halus.
"Seronok sentuh-sentuh aku? Pelecehan ni."
"Tiber." Nadia langsung menghempaskan tangan Ben dan menghadap ke depan lagi tanpa menghiraukan Ben yang semakin galak mengusiknya.
"Kalau suka cakap je," bisik Ben sebelum berdiri ke luar kelas tanpa memberitahu kepada cikgu yang masih memberikan penerangan di depan kelas. Berada di dalam kelas dalam masa panjang bukanlah gayanya.
Nadia menggeleng melihat kelakuan Ben yang cukup kurang ajar. Guru yang mengajar turut tidak memberi sebarang respon terhadap perlakuan Ben. Sekolah apa ni?
***
'KRINGGG!!!'
Nadia segera mengemaskan buku-bukunya dan meletakkannya di dalam laci. Begitu juga buku tulis dan sebatang pen bilik Ben yang berada di atas meja lelaki itu. Dia melihat para pelajar mulai keluar dari kelas meninggalkan kelas. Beberapa pelajar yang lainnya memilih untuk tetap berada di kelas. Ben pula belum masuk ke kelas sejak keluar kelas tadi. Entah ke mana lelaki itu pergi.
Nadia mengambil dompetnya dan berjalan keluar. Tujuan Nadia sekarang ialah cafe' sekolah. Perut dia sudah berdangdut ria sejak tadi. Meraung-raung cacing di perutnya inginkan makanan.
"Nadia! Tunggu kejap!" jerit Aizzul menghentikan langkah Nadia. "wait!"
"Aizzul? Kenapa?" soal Nadia.
"Awak nak ke cafe' ke ni?" Nadia menganggukan kepalanya, "kita jalan sama-sama nak?"
"Boleh juga. Lagi pun saya tak tahu cafe' dekat mana," balas Nadia ceria. Daripada sendiri lebih baik bawa kawan,kan? Tidaklah dia kekok sangat nanti bila dekat cafe'.
"Nadia, kenapa awak cakap dengan cikgu yang awak tak nak pindah tempat duduk?"
"Tak payah pindah kot sebab Ben benarkan saya duduk sana. Dia cakap tak payah pindah. Dia suruh saya duduk sana je." Aizzul mengusap belakang tengkuknya mendengar jawapan Nadia.
"Awak yakin ke nak duduk dengan dia? Dia tu nakal sikit pastu dia selalu ponteng."
"Saya yakin je duduk dengan dia...kot," jawap Nadia lalu tersenyum. Sejujurnya dia pun tidak pasti dengan keputusannya untuk menjadi deskmate Ben tapi apa salahnya mencuba lagi pun Ben nampak okay juga kecuali sikapnya yang tiba-tiba pandai berubah.
"Kalau macam tu,okaylah. Tapi kalau awak tiba-tiba nak pindah tempat duduk cakap dengan saya. Nanti saya tolong awak cakap dengan cikgu."
"Wah, baiknya awak ni. Untung saya jumpa kawan macam awak."
Kembang-kempis lubang hidung Aizzul mendapat pujian dari Nadia, "awak ni, saya tolong jelah."
"Tapi saya tetap juga untung sebab jumpa awak," tegas Nadia. Aizzul melepaskan keluhan berat lalu ketawa perlahan.
"Betullah apa awak cakap tu. Dah, pergi cari tempat duduk untuk kita. Saya pergi beli makanan. Awak nak apa?"
Nadia memanjangkan leher memerhati menu-menu yang disediakan. Semua nampak menarik dan sedap. "Saya pun tak tahulah. Samakan order awak dengan saya jelah. Saya nak milo kotak juga."
"Siap laksanakan bos. Kejap tau." Tanpa membuang masa Aizzul segera ke kaunter dan memesan makanan mereka tidak lupa juga membeli minuman kotak pesanan Nadia. Nadia pula mencari meja yang masih kosong di dalam cafe'. Cafe' sekolah ni boleh dikatakan agak luas dan selasa, beberapa meja juga disediakan di kawasan luar cafe'. Para pelajar kelihatan bersantai dengan makanan masing -masing.
***
Ben melempar tin minuman yang sudah kosong ke dalam kotak sampah yang terletak di sudut ruangan dengan tangan kirinya. Manakala tangan kanannya digunakan untuk memegang telefon pintar miliknya.
"Bos, perempuan dekat kelas tu siapa? " tanya Zack. Sejak satu jam yang lalu mulutnya gatal ingin menanyakan soalan itu namun dia was-was dengan Ben. Mungkin sahaja kepala dia bocor jika menanyakan soalan itu tapi dia betul-betul ingin tahu. Bukan selalu Ben mengizinkan orang lain duduk di sebelah dia. Perempuan pula tu, "Awek bos ke?"
Ben terdiam sekejap lalu menatap Zack dengan tajam, "Kalau aku cakap awek aku kenapa?"
"Tak ada apa- apa bos. Saja tanya." Zack ketawa sumbang. Tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Bos," ujar Khai sebaik sahaja masuk ke dalam ruangan yang berisi Ben dan Zack. Di tangannya terdapat satu plastik yang berisikan minuman kotak berperisa coklat, coklat dan juga sepaket gula-gula.
"Lajunya," komen Zack. Rasanya baru sekejap tadi Ben menyuruh Khai pergi ke koperasi untuk membeli beberapa barangan. Tup tap dah depan mata balik.
"So?" balas Khai santai lalu menghulurkan plastik berisikan makanan itu kepada Ben.
"Aku ke kelas dulu. Nanti aku balik rumah papa aku, apa-apa jadi kau call aku," ujar Ben sebelum meninggalkan dua makhluk tiang yang sedang bertatap mata. Di tangannya dia sudah menjinjing beg plastik yang baru sahaja di berikan Khai. Ben akan merasuah Nadia menggunakan makanan ini supaya Nadia tidak pindah tempat duduk.Hahaha!
Bersambung...
Hi! Jangan lupa vote dan komen tauu!!TQ!!
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...