HAPPY READING!
"MACAM mana nak buat ni? Sikit pun aku tak tahu," ujar Khai. Nadia mengambil helaian kertas yang telah diberikan oleh Cikgu Ridhwan dan dibaca dengan teliti.
"Awak tak payahlah risau. Semua soalan ni berdasarkan buku teks. So, awak just baca buku teks atau buku rujukan untuk cari jawapan dia," jawap Nadia lembut.
"Oh..."
"Oleh sebab ada enam soalan, apa kata kita bahagi sama rata soalan ni. Awak buat tiga, saya buat tiga."
"Ikut suka hati kaulah. Tapi kalau jawapan aku salah jangan salahkan aku pula," balas Khai sambil melipat lengan ke dada.
"It's okay. Kalau macam tu, awak buat soalan satu, tiga and lima. Saya buat soalan dua, empat dan enam."
"Okay." Mereka berdua pun membuat tugasan masing-masing. Rasanya inilah kali pertama Khai buat kerja yang diberikan oleh cikgu. Selalunya dia abaikan sahaja atau pun dia langsung tak masuk kelas. Hahaha!
Macam mana pula dengan Zack?Manusia satu ini telah hilang ditelan bumi. Kesian partner dia buat kerja sendiri. Hei...
Setelah 20 minit berlalu, Khai masih belum menyelesaikan soalannya. Sedangkan Nadia sudah berada di soalan yang terakhir.
Khai melepaskan keluhan berat. "Apa benda semua ni?" rungutnya perlahan.
"Babe, you dah siap? Temankan I pergi washroom, please." Khai menoleh ke arah kiri, tepatnya ke arah Farhanie.
"Kau tak boleh pergi sendiri ke?" tanya Khai.
"You diam. I tak tanya you. Baik you siapkan kerja you yang belum siap tu," balas Farhanie dengan berani. Entah dari mana keberanian dia datang. Sebelum ni bukan main takut lagi dia dengan Khai and the gangs.
"Aku tengah buatlah ni," kata Khai malas. "Menyibuk je."
"Awak tunggu kejap. Sikit lagi saya nak siap," ujar Nadia. Farhanie spontan menganggukkan kepalanya. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang terletak diantara Khai dan Nadia.
"Apa benda ni?" rungut Khai. Dia meraup rambutnya ke belakang. Rasanya belajar memang bukan kepakarannya. Terutama subjek sejarah.
"I tak tahulah you ni apa, soalan tanya terangkan hierarki pemerintahan mengikut Adat Perpatih. Kenapa you jawap lain," bebel Farhanie. Buku kerja Khai ditarik dan dibaca dengan laju.
"Manalah aku tahu..." balas Khai. Farhanie menjeling Khai tajam sebelum mengambil buku teks milik Khai dan membantu Khai mencari semua jawapan yang Khai inginkan.
"Nah, I dah tolong you garis jawapan. You tinggal salin je. Kalau itu pun you salah, I pun tak tahulah."
"Baik juga rupanya kau ni kan?"
"Mestilah! I memang baik plus cantik!"
"Hek, eleh... Aku cakap baik je bukan cantik."
"Alah, mengaku jelah, you nak cakap I cantik. I tahu...Tak payah nak malu."
"Buta agaknya yang nampak kau cantik," balas Khai santai.
"Na,na,na...I tak dengar. Babe, jom! I tahu you dah siap."
***
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...