CHAPTER 64

2.5K 117 33
                                    

HAPPY READING!

       
     CAMELIA menarik rambutnya dengan kasar. Sudah lama dia bertahan, dan sekarang dia tidak tahan lagi. Tangannya gatal ingin mengerat leher Ben sehingga mati.

    Entah apa lagi yang Hakim inginkan sampai menyuruhnya bertahan sehingga selama ini. Sudah banyak info dan maklumat yang disalurkannya. Masih kurangkah?

    Setelah tinggal beberapa lama di apartment Ben, apa yang dia dapat hanyalah perlakuan kasar. Dan dia menggunakan Camelia bagai barang buruk. Untung sahaja Ben memberinya ubat untuk menghalang kehamilan. Camelia tidak sanggup membawa janin dari lelaki seperti Ben. Jika ada pun Camelia yakin Ben pasti akan menyuruhnya untuk menggugurkan janin itu.

    "Sabar dulu," kata Hakim.

    "Sabar bila lagi bos?"

    "Beberapa hari lagi kau boleh bunuh dia tapi lepas tarik perhatian dia. Aku masih ada rancangan lain. Kau faham tak?"

    "Faham bos."

    "Bagus. Lepas ni semua hutang abang kau aku kira lunas." Camelia melepaskan helaan nafas. Hmm, nasib dapat juga dia bayar hutang abang dia eh arwah abang. Ingat Salman? Dia adalah abang kandung kepada Camelia. Walaupun mereka berdua tidaklah terlalu dekat tetapi Camelia terpaksa juga membayar semua hutang abang laknatnya. Mereka berdua memang berkerja untuk Hakim, bezanya Salman sudah lama sedangkan Camelia baru menyertai Hakim beberapa bulan yang lalu.

      "Kejap lagi kau akan mati Ben."

***

      Nadia menutup kertas peperiksaan  dengan tenang. Akhirnya, semua sudah selesai. Segala penat lelanya berakhir. Dapatlah dia menggangtikan semua tidurnya yang tertunggak selepas ini. Usai kertas peperiksaan dipungut oleh beberapa orang yang bertugas, para pelajar pun dibenarkan untuk keluar.

    "Congratulation babe. Yeah, finally we did it," ujar Farhanie gembira. Kedua gadis itu berpelukkan menyalurkan rasa gembira.

    "Congrats too. Lepas ni dah boleh hang out."

    "Yeah! Tak sabarnya cuti."

    "sayang."

    "Khai! Oh my god. Lepas ni you kena belanja I as a gift sebab dah habis paper."

    "Okay," jawap Khai santai. Khai datang bersama Ben dan Zack. Mereka berlima masih berdiri luar kawasan peperiksaan.

     "Okay?" tanya Ben singkat pada Nadia sambil mengelus rambut gadis itu.

    "Hmm!" Nadia mengangguk laju. Nadia tersenyum lebar. Dia rindu sangat dengan Ben. Selepas ini bolehlah dia kembali dengan Ben macam sebelum ini. Bebas ketawa bersama dan selalu bersama ke mana-mana.Etching! "Rindulah..."

    "Betul ke?" tanya Ben dengan nada bergurau.

    "Iyalah... Macam cepat je masa berlalu. Macam baru semalam kita first day exam, tahu-tahu dah habis."

    "Memanglah. Lepas exam ni bolehlah kau enjoy sikit," balas Ben.

    "Guys, jom pergi cafe dulu. Semua classmate kita dekat sana. Nak ambil gambar katanya, entah bila kita dapat jumpa lagi," kata Farhanie.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now