HAPPY READING!
"BABE, jom pergi dewan sekarang. Kejap lagi assembly nak start. Ugh, I hate Monday! Kenapa cepat sangat masa berlalu?" bebel Farhanie di pagi hari yang begitu 'indah'. "I though sekarang still hari Ahad."
"Lawaklah awak ni. Kenapa nak benci hari Isnin? Perhimpunan je pun," balas Nadia sambil tersenyum nakal. Tidak dinafikan banyak pelajar yang tidak gemar dengan hari Isnin, lebih-lebih lagi jika ada perhimpunan rasmi di sekolah.
"Perhimpunan je you cakap? You know what? I malas bila nak dengar laporan entah-entah dia orang tu or masalah disiplin yang semua orang pun dah tahu."
"Kalau kau malas, joinlah kita orang fly," sampuk Khai tiba-tiba. Khai, Ben dan Zack melangkah masuk ke dalam kelas dengan wajah tidak berdosa.
"You ingat I kaki ponteng macam tu? Hello! Eh, kejap." Farhanie mendekati Khai. "You pakai perfume yang I belilah."
"Kau...kau yang paksa akukan," balas Khai terbata-bata. Dia malu nak mengaku dia menyukai aroma perfume yang diberikan oleh Farhanie. Haruman perfume pemberian Farhanie sangat sesuai dengan dirinya.
"Yang penting you pakai. Argh, I rasa nak makan, nak gigit, nak peluk you."
"Gila kau ni. Tak tahu malu!" marah Khai sambil menolak Farhanie yang cuba memeluknya. Khai menolak kepala Farhanie dengan menggunakan tangan kanannya.
"Gaduhlah sampai besok sekali pun, aku tak kisah. Tapi sekarang dah 6.57 a.m." pintas Ben, jam tangan di pergelangan tangan kirinya dijeling sekilas.
"Awak nak ikut perhimpunan hari ni?" tanya Nadia kepada Ben.
"Tak. Aku tak akan sesekali ikut aktiviti tak bermanfaat macam tu," balas Ben pantas tanpa menyedari aktiviti-aktiviti yang dia lakukan selama ini lebih tidak berfaedah.
"Oh," balas Nadia. Dia tidak berani mengatakan apa-apa pada Ben tidak seperti Farhanie yang selalu beradu mulut dengan Khai. Cakap takut tapi...hmm.
"Babe, jomlah jalan!" kata Farhanie lalu menarik lengan Farhanie menjauhi tiga makhluk serupa tiang yang masih berdiri kaku di dalam kelas.
"Pelan-pelanlah sikit."
"Tak boleh. Kita dah lambat. I tak nak kena denda dengan pengawas acah-acah cool tu. Hilang maruah I kalau crush I nampak nanti."
"Yalah..."
"Lari laju lagi!"
***
"Untunglah awek belikan perfume. Aku tak perasan pula 'wangi' kau lain hari ni," sindir Zack lalu menghidu aroma badan Khai.
"Sial kau! Jauh-jauh dari aku. Jijik pula aku bila kau buat macam tu," tolak Khai kasar. "Lagi pun aku pakai perfume yang minah tu bagi sebab dia paksa. Kalau aku tak pakai membebel dia nanti."
"Banyak alasan pula kau ni. Kalau suka cakaplah suka. Aku kenal kaulah, setakat orang paksa, kau tak akan ubah fikiran kau kalau kau memang tak suka. Kau guna perfume ni sebab kau sukakan?"
"Sejak bila kau sibuk nak urus hidup aku ni?" tanya Khai geram. Banyak pula teori mamat ni buat, dahlah semua betul. Eh?
"Dah dahlah memekak tu! Bising!" marah Ben. Tadi Khai dengan Farhanie beradu mulut sekarang sambung dengan Zack.
"Sorry boss," kata Khai dan Zack serentak.
"Malam ni kita kumpul dekat markas. Ada benda penting nak kena bincang.""Pasal apa bos?" soal Zack.
"Tunggu jelah malam nanti. Aku malas nak cakap dua kali," kata Ben lalu menyimpan vapenya ke dalam poket seluar. Sebenarnya ini adalah vape yang ke 78 milik Ben. Selama ini vapenya selalu hilang atau akan dirampas oleh pihak sekolah. Tapi untungnya Ben tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin yang serius kerana keluarga Ben memiliki dana yang besar di sekolah itu. Cliche? Itulah hakikatnya.
"Aku masuk kelas lepas ni."
"Aik, tiba-tiba bos? Kenapa bos tiba-tiba jadi rajin ni? Tak akan dah insaf? Aduh!" Zack mengaduh kesakitan apabila kepalanya dipukul menggunakan kasut Ben. "Apa ni bos?Kotor rambut aku."
"Lepas ni mulut kau pula aku sumbat dengan kasut, kalau boleh dengan kaki-kaki aku sekali,"kata Ben geram.
"Tanya pun marah."
"Bukan urusan kaukan? Tak payahlah sibuk sangat," tambah Khai lalu meluku kepala Zack.
"Sial, sakitlah!"
***
Berbunyi sahaja loceng tanda waktu berehat para pelajar segera beredar ke cafe mahu pun koperasi untuk membeli makanan mereka. Begitu juga dengan Ben, Nadia, Khai, Zack dan Farhanie.
"Kau pekak ke apa?" marah Khai apabila Farhanie asyik menempel pada dirinya sejak pagi tadi. Tak akan sedap sangat wangi Khai sampai Farhanie jadi tergila-gilakan Khai. "Jangan rapat dengan akulah!"
"Kejaplah. I suka dengan wangi you. Tak sangka I hebat pilih perfume," ujar Farhanie berbangga dengan dirinya sendiri.
"Aku kena cari perempuan untuk jadi makwe aku. Boleh mati jelous aku hari-hari macam ni," batin Zack melihat pasangan-pasangan di depannya, Ben dengan Nadia, Khai dengan Farhanie. Zack? Hmm...
"Hari ni, pulang dengan aku. Aku hantar," kata Ben kepada Nadia.
"Hm?"
"Aku cakap aku hantar kau balik, tak payah minta jemput dengan abang kau. Nanti cakap dengan abang kau."
"Okay. Lepas ni saya bagi tahu Abang Zam."
"Sekaranglah. Nanti kau lupa pula," kata Ben sambil menolak rambut depan Nadia ke belakang telinga. "Nak makan apa?"
"Soto ayam. Saya nak yang pedas," ujar Nadia bersemangat. "Kalau boleh nak yang extra spicy, ada?"
"Soto ayam. Pedas biasa. Jangan makan pedas sangat. Perut tu jaga."
"Alah, bukan selalu pun. Kali ni je."
Ben melepaskan keluhan berat. "Yalah, tapi kalau kau sakit perut jangan salahkan aku pula."
"Alright. Don't worry!"
"Tunggu sini. Jaga meja," pesan Ben sebelum meninggalkan Nadia bersama tiga orang yang masih berada dalam dunia masing-masing.
"Bos, tunggulah!" kata Zack apabila menyedari Ben sudah tidak berada di sampingnya. Kaki panjangnya berlari menuju ke arah Ben yang sedang membuat pesanan.
"Susah nak bercakap dengan kau ni. Baik aku beli makanan. Kenyang juga," bebel Khai lalu menyusul Ben dan Zack.
"Belikan untuk I sekali. Belanja tau!" jerit Farhanie kuat tanpa rasa malu. Sesekali makan makanan free pun seronok juga. Hahaha.
"Awak suka sangat sakat Khai, kan?"
Farhanie menganggukkan kepalanya. "Sekali-sekala. Lagi pun selama ni dia yang selalu cari pasal dengan I."
"Nanti lama-lama awak dengan Khai mesti jatuh cinta. Auwh, sweetnya."
"Hello, I still nak Abang Arman, okey. He is the best! Tapi kalau dengan Khai pun okay juga. Khai banyak duit."
"Pasal banyak duit je?"
"Plus handsome."
Bersambung...
JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...