HAPPY READING!
"NADIA, I keluar dulu. Ben Dah tunggu you dekat luar. Cepat sikit tau nanti fasilitator bising pula."
"Okay awak," jawap Nadia. Nadia mengambil dompet dan telefonnya sebelum keluar menemui Ben. "Ben..."
Ben segera melihat ke arah Nadia. "Dah?"
Nadia mengangguk dengan bersemangat. Tanpa membuang masa berdua berjalan beriringan menuju ke tempat para pelajar berkumpul, tepatnya kumpulan mereka.
"Ben dan Nadia dah sampai. Finally, kumpulan kita dah cukup orang," ucap Aderald. Lelaki berkaca mata itu cukup hebat dalam mengingat. Bayangkan semua 26 orang pelajar dalam kumpulan dia kenal, ingat nama sekali. "Saya harap awak semua tenang, kejap lagi Kak Vion datang."
"Okay bos!" jawap Yasmin. Sesuai ucapan Aderald, selang beberapa minit Kak Viona datang dengan beberapa keping kertas di tangannya.
"Hello adik-adik. Macam mana? Dah makan? Dah rehat semua?" Kak Viona tersenyum lebar. Anak-anak wangi duit di depannya semua memberi kerjasama dengan baik.
"Dah kak!"
"Bersemangat betul! Hahaha! Tak apa ini yang kita nak. Aderald, nah. Awak tolong isi lepas tu nanti bagi akak balik."
"Okay Kak," balas Aderald. Dia memperbaiki kedudukan kaca matanya dengan tangan kiri manakala tangan kanan mengambil kertas dari tangan Kak Viona.
"Okay adik-adik, untuk aktiviti malam ni. Adik-adik kena buat satu persembahan pendek. Tak kisahlah menyanyi ke, berlakon ke, menari ke... Ikut suka. Yang penting ada pengajaran dan nilai murni. Aspek yang akan diambil kira ialah kreativiti, kerjasama dan juga kualiti. Masa persiapan tak panjang , cuma dua jam setengah. So, akak harap Aderald dapat urus semua tu," ucap Kak Viona panjang lebar.
"Kak mana sempat nak siap 2 jam," rungut seorang pelajar lelaki. Dia berpeluk tubuh sambil mencebikkan bibir tanda protes. "At least bagilah 4 jam ke."
"Kalau awak semua nak masa persiapan yang lama, masa aktiviti start akan menjadi lambat dan akan habis lambat. Awak nak ke tidur lambat?" Pelajar lelaki itu menggelengkan kepala. "Kalau tak nak bagi kerjasama."
"Siapa ada cadangan kita nak buat apa? Kalau ada idea terus cakap nanti kita bincang," ujar Aderald sebaik sahaja Kak Viona memberikan masa untuk mereka berbincang. Sebagai ketua yang baik Aderald perlu menjalankan tugasnya dengan baik walaupun dia tidak berapa yakin dengan diri sendiri.
"Apa kata kita menari? Kita guna lagu BTS yang Permission to dance?" usul seorang pelajar perempuan dan disokong oleh kawannya. "Gempak gila!"
"Tak nak. Better kita guna lagu NCT, Hot Sauce."
"Kami tak nak menari!" kata beberapa lelaki. Mereka menolak sekeras-kerasnya cadangan tadi kerana kedua-dua lagu yang dicadangkan tadi langsung mereka tidak ketahui.
"Tak apa. Tak apa. Kita simpan dulu cadangan tu," ujar Aderald. "Siapa ada cadangan lain? Kalau tak ada kita ikut cadangan Yasmin atau Doevera."
"Apa kata kita nyanyi? Kita buat choir. Hah... Macam mana?"
"Aku tak pandai nyanyi."
"Aku seganlah."
"Kami nak menari."
"Nak nyanyi lagu apa?"
Bermacam-macam respon yang Aderald dengar, ada yang nak, ada yang segan. Haih ini satu benda yang paling semua tak suka bila melibatkan aktiviti berkumpulan. Pening pasal pendapat satu sama lain.
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...