HAPPY READING!
BEN membuka matanya perlahan-lahan apabila mendengar perbualan di samping katilnya. Pandangannya sedikit kabur ditambah biji matanya seperti berpasir dan panas.
"Auntie, Ben dah bangun."
Tengku Erdayana melekapkan belakang tangannya pada dahi Ben. "Alhamdulillah, dah kurang panas Ben."
Ben menutup matanya semula. Tak kisahlah siapa yang datang melawat. Paling pun kawan mamanya sahaja.
"Ben, takkan nak tidur lagi? Ada Nadia ni," kata Tengku Erdayana lembut.
"Hmm?" Ben membuka matanya semula dan menatap insan yang masih duduk di hujung katilnya.
"Hai awak," sapa Nadia. Dia tersenyum manis lalu menghampiri Ben. "Sakit lagi?"
"Pening sikit," balas Ben lemah.
"Mama keluar dulu. Kamu berdua berbuallah kejap," ujar Tengku Erdayana sebelum meninggalkan Ben dan Nadia sendiri. Pintu bilik Ben dibuka seluas-luasnya.
Nadia memberanikan diri menyentuh dahi Ben. "Panas lagi. Tapi auntie cakap dah makin baik."
Ben mengerutkan dahinya. Kepalanya berdenyut-denyut sakit. Rasanya last dia sakit macam ni awal tahun lalu. Dah lama.
"Pening..." kata Ben lirih.
"Dah makan ubat?"
Spontan Ben menggelengkan kepalanya.
"Kenapa belum makan lagi? Hmm?" Tangan Nadia naik mengurut kepala Ben perlahan. Nasib baik dia tahu
mengurut walau baru level beginner. Bolehlah daripada langsung tak tahu."Aku tak suka makan ubat. Pahit."
"Mana ada ubat sedap awak. Nanti awak makan ubat supaya awak cepat sembuh."
"Tak nak!" Ben menarik selimutnya sehingga menutup kepala. Terlepas tangan Nadia akibat sentakan yang terjadi. "Aku tak nak makan ubat."
Nadia menggeleng kecil. "Cakap jelah awak takut nak makan ubat."
"Aku tak takutlah!"
"Kalau macam tu makan ubat." Senyap.
"Ben..."
"Nadia, Ben kenapa?" tanya
Tengku Erdayana. Dia sendiri terkejut melihat Ben bersembunyi dibalik selimut tebal."Dia tak nak makan ubat auntie. Nadia paksa dia makan ubat tapi macam ni pula jadi." Tengku Erdayana ketawa kecil mendengar cerita Nadia.
Satu tray yang berisi segelas air putih dan ubat-ubatan diletakkan diatas meja. "Ben memang macam ni sejak kecil. Entah apa sangat yang dia takut nak makan ubat."
"Ben tak takutlah!" jerit Ben dari dalam selimut. Pasang telinga rupanya budak tu.
"Kalau macam tu buktikan dengan mama dan Nadia yang Ben tak takut dengan ubat," ujar Tengku Erdayana memperdaya Ben.
Selimut tebal ditolak menjauh dari kepalanya. "Okay, Ben buktikan."
Tengku Erdayana tersenyum sinis. Satu biji ubat dan segelas air putih diserahkan kepada Ben. Dengan lengan yang terketar-ketar, Ben mengambil 'barang-barang' pemberian mamanya.
"Ben! Ben! Ben!" sorak Nadia sambil bertepuk tangan. Ben meneguk air liurnya. Mampukah dia menelan benda pahit ini?
Ben memejamkan matanya sebelum memasukkan sebiji ubat ke dalam mulutnya, digigit dan dikunyah dengan laju sebelum dia meneguk segelas air putih.

YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen FictionCERITA INI AKAN DIPADAM (UNPUBLISH) PADA 1 APRIL 2025 | 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaa...