HAPPY READING!
FARHANIE melepaskan keluhan berat kerana kelibat daddynya masih belum kelihatan walaupun sudah 30 minit dia menunggu. Langit yang perlahan-lahan bertukar gelap menambah rasa takut Farhanie.
"Mana daddy ni?" rungutnya perlahan. Jika saja telefonnya tidak membuat hal, sudah lama dia memesan grab.
Salah Farhanie juga sebab keluar ke minimarket waktu-waktu begini hanya untuk membeli makanan ringan.
Farhanie mengambil sekotak minuman kotak berperisa coklat dari plastik perbelanjaannya.
"Hanie?"
Farhanie spontan membesarkan mata apabila orang yang baru menegurnya ialah Raziq, bekas kekasihnya. Apa sial sangat nasib dia hari ni.
"Eh, you... Hahaha," kata Farhanie lalu ketawa kekok di hujungnya, "buat apa dekat sini?"
"I baru beli barang. You pula?"
"Samalah. Sekarang ni I tengah tunggu orang."
"Oh, kalau you nak I boleh hantar you balik."
"It's okay. No need. Tak payah susah-susah," balas Farhanie lancar. Rasanya dia tidak ingin memanjangkan perbualannya dengan Raziq tapi Raziq seolah-olah semakin ingin membuka perbualan.
"Kalau macam tu I teman you tunggulah."
'Shit!' Dalam diam Farhanie mengeluarkan sekarung makian kepada lelaki itu.
"Farhanie?"
"Khai!" pekik Farhanie riang apabila melihat Khai berdiri tidak jauh darinya. Nampaknya untuk ke sekian kali Khai berjaya menjadi penyelamatnya. Thanks god.
Farhanie langsung menghampiri Khai lalu berbisik perlahan. "Help me, please."
Khai yang faham dengan situasi yang dihadapi Farhanir langsung memulakan lakonan alah-alah Zul Ariffin.
"Jom, aku hantar kau balik. Bro, aku bawa awek aku dulu." Khai menatap Raziq dengan tajam.
"Oh, okey." balas Raziq. Raziq sebenarnya ingin memaksa Farhanie ikut bersama tapi muncul pula si Khai dengan wajah bengis. Siapa berani cari pasal? Dekat sekolah lainlah ada yang akan tolong dia, boleh juga dia acah-acah berani. Tapi sekarang ni siapa nak tolong dia? Baik tutup mulut.
***
"Macam mana you boleh nampak I? You cari I eh?" ujar Farhanie nakal setelah mereka berdua masuk ke dalam kereta yang dibawa Khai.
"Buat apa aku cari kau? Tolong sikit, aku nak pergi beli rokok tapi aku nampak pula muka kau yang dah macam nak nangis dekat situ, aku tegurlah. Ingat sikit aku selamatkan kau," kata Khai dengan bangganya.
"Thank you. Itu pun nak bising," ujar Farhanie menekan perkataan thank you.
"Pasal kau tak pasal-pasal aku tak jadi beli rokok. Yang kau ni merayau malam-malam kenapa? Ingat sikit kau tu perempuan."
"Alah..." Farhanie memainkan jari-jemarinya untuk menghilangkan gugup, "I keluar beli makanan ringan je. Stok makanan I habis."
"Jadi sekarang ni kau nak tunggu siapa? Aku malas nak join kau menunggu dekat sini. Eh, mamat tu dah jalan, pergi tunggu sana balik," ujar Khai apabila menyedari Raziq sudah meninggalkan tempat Farhanie menunggu tadi.
YOU ARE READING
MY SWEETY GANGSTER | END
Teen Fiction| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yang cukup sederhana di mata orang lain. Pekerjaannya yang boleh dikira agak berbahaya tidak membuat Be...