CHAPTER 3

5.8K 246 5
                                    

🚫AMARAN🚫
MEMBACA KARYA INI MUNGKIN BOLEH MENYEBABKAN MUAL ATAU LEBIH TERUKNYA MUNTAH-MUNTAH. TERLALU BANYAK BABAK CRINGE DAN CLICHE BERLAKU DAN BOLEH MENGAKIBATKAN SAKIT KEPALA DAN TIDAK BERMAYA. TIDAK DIANJURKAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERMINAT DENGAN BABAK-BABAK SEDEMIKIAN RUPA. JIKA MASIH BERMINAT SAYA ALU-ALUKAN UNTUK MEMBACA. SEKIAN TERIMA KASIH.

•••

HAPPY READING!


     "MACAM tak pernah pergi sekolah..." ucap Ben menanggapi kata-kata Nadia. "Belok kanan. Kiri tu pergi tandas."

     "Memang pun dah lama saya tak pergi sekolah. Selama ni saya homescholing je."

     "Kenapa?"

      Nadia tersenyum kekok, "hmm,nantilah saya cerita dekat awak."

     "Suka hati kaulah. Cepat sikit jalan tu," bebel Ben. Sesekali dia menatap tajam para pelajar yang memerhati mereka berdua. Macam tak ada kerja lain.

     "Itu kelas kita, kan?" tanya Nadia. Jarinya menunding ke arah kelas yang dicat dengan warna putih dan biru. "kan?"

     "Hmm... Dah jelas-jelas ada tulis 5 Dynamic kan?"

     Nadia hanya tersenyum malu mendengar kata-kata Ben. Cukup pedas untuk membakar dirinya. Kelas yang tadinya riuh dengan bunyi bisikan pelajar langsung senyap sebaik sahaja Nadia dan Ben melangkah masuk. Suasana kelas menjadi sunyi seketika sebelum mereka melanjutkan kembali kerja mereka masing-masing.

     Nadia ingin menyapa rakan sekelasnya yang baru namun keberaniannya belum muncul lagi. Dia menatap Ben dengan harapan Ben mengenalkannya pada seisi kelas namun Ben hanya melenggang kangkung pergi ke bahagian belakang kelas meninggalkan Nadia yang masih berdiri kaku di depan kelas.

     "Eh, awak!" tegur salah seorang pelajar lelaki yang juga berada di depan Nadia.

      Nadia langsung menatap orang yang baru sahaja memanggilnya. Sepertinya itu lelaki yang baru dijumpanya pagi tadi, "Awak orang yang tolong saya pagi tadi, kan?"

     "Ya. Sayalah tu," ujar lelaki itu bangga. Dia tersenyum manis sehingga menampakkan sisi manis lelaki itu, "Tak sangka pulak kita sekelas."

     "Itulah. Tak sangka juga. By the way, Saya Nadia. Nama awak siapa?"

     "Ya tak ya juga, borak-borak tapi tak tahu nama.Hahaha," Lelaki itu ketawa perlahan ,"saya Aizzul. Suka hati awaklah nak panggil saya apa."

     "Saya panggil awak Aizzul jelah.Senang. Hmm, saya nak duduk dulu. Nanti ada cikgu susah pulak," ujar Nadia. Matanya melilau mencari tempat kosong namun semuanya sudah terisi kecuali meja di sebelah lelaki yang baru sahaja meninggalkannya.

     "Awak nak duduk mana? Semua dah penuh."

    "Meja sebelah lelaki tu ada orang ke?" tanya Nadia dengan suara yang sengaja diperlahankan. Dia melirik sekilas ke arah Ben yang sedang sibuk dengan telefon pintarnya.

     "Ben? Meja sebelah Ben?"

    "Siapa? Ben? Nama lelaki tu Ben ke?"

    Aizzul menganggukkan kepalanya, "meja tu kosong tapi...awak tungulah dulu, nanti bila cikgu masuk dia tolonglah awak cari seat. Saya tak recommmend awak duduk dengan budak tu. Dia tu nakal," kata Aizzul lalu memperlahankan suaranya dihujung-hujung ayat.

    "Yakah?" Nadia terdiam sejenak memikirkan nasibnya, "tak apalah, saya duduk dengan dia je. Lagipun bukan permanent. Nanti cikgu masuk kena tukar juga."

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now