CHAPTER 62

2.7K 115 34
                                    

HAPPY READING!

  
       BIAR pecah di perut jangan pecah di mulut. Pernah dengar peribahasa ini? Maksud peribahasa ini ialah menyimpan rahsia hendaklah dengan sebaik-baiknya. Dan lelaki bernama Tengku Haikal Benjamin ini antara yang berjaya menjadi penyimpan rahsia paling hebat sejagat raya.

   Dua minggu telah berlalu dan Nadia serta yang lainnya masih belum mengetahui kewujudan Camelia di hidup Ben. Hebat tidak?

    Sekian lama dibohongi bagai orang gila, bagaimana perasaan Nadia bila tahu nanti? Ben yang tetap berkelakuan manis di depannya langsung tidak membuat Nadia berfikir yang bukan-bukan, semuanya berjalan seperti biasa.

    Namun tanpa sengaja Zack dan Khai mengetahui rahsia Ben. Pada mulanya memang Ben menafikan hal itu tetapi kemudian barulah dia mengaku.

   "Jangan bagitahu sesiapa pasal ni. Terutama Nadia." Begitulah amaran Ben kepada Zack dan Khai. Zack tidak hairan jika Ben tidur dengan perempuan tetapi dalam kes ini perempuan yang tidak diketahui asal usul itu boleh masuk ke dalam apartment Ben. Damn!

    Entah apa reaksi Nadia bila tahu Ben ada perempuan lain. Curang itu sudah biasa... Tapi kalau sampai jadi teman tidur? Meresahkan~

    Khai pula langsung tidak mengambil pusing tentang hal Ben dan Nadia. Dia sedar dia tidak layak untuk mempersoal tindakan Ben, kerana di sini Ben yang menjadi ketuanya.

    Biarlah waktu yang akan menetukan arah hubungan Nadia dan Ben selepas ini.

***

    "Babe you kenapa? Gelisah semacam je?" tanya Farhanie risau. Dia menepuk bahu Nadia lembut. Sejak tadi Nadia kelihatan risau dan tidak nyaman.

    "Tak ada apa-apa," jawap Nadia sambil tersenyum nipis. Nadia melirik telefonnya lagi. Masih belum ada balasan dari Ben.

    "Tak apa-apa macam mana? Dari tadi I tengok you lain macam? You fikir pasal exam atau benda lain?"

    "Huh." Satu helaan nafas dilepaskan. "Ben, dari semalam dia tak call saya. Chat pun tak balas. Bila jumpa nanti dia minta maaf and act macam biasa."

    "Jangan risaulah. Ben sibuk kut. Khai pun sibuk sikit kebelakangan ni, apa lagi Ben," pujuk Farhanie. Niat asal mereka lepak hari ini ingin menenangkan fikiran tapi nyatanya Nadia pula yang serabut.

    "Mungkin... Dah berapa hari dia macam ni, chat pun macam tak nak layan. Kadang-kadang call pun dia nak cepat-cepat end. Tapi bila kami sama-sama lain pula perangai dia."

    "Dia sibuklah tu kalau macam tu," jawap Farhanie. "Dah, tak payah sedih-sedih. Nanti bila kerja Ben dah siap, everything will be okay. Okay?"

    Nadia mengangguk paham. Selama ini Nadia baik-baik sahaja. Dia tidak kisah dengan Ben yang agak perlahan dalam komunikasi mereka. Dia faham jika Ben ada kerja. Dia faham. Sebab itulah kenapa dia tidak pernah bercakap dengan Ben tentang perkara itu.

    Namun sejak semalam Nadia mula merasa tidak sedap hati. Bukan masalah Ben sahaja tetapi dia rasakan dia semakin sering kali diekori bila sedang berjalan sendiri. Emosi Nadia juga sedikit sensitif kerana dia dalam fasa haid.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now