Lana POV
Aku sedang melayan beberapa pelanggan di hadapan aku. Ramai orang yang ingin membuat pesanan makanan. So hari ni hari minggu dan aku mengambil kerja sambilan bekerja di tempat makan KFC dimana tempat ini menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli makanan. Selepas aku habis bekerja disebabkan kepenatan dengan begitu ramai sekali pelanggan yang hendak dilayan. Aku duduk sebentar dekat kerusi kosong sementara yang lain ganti tempat aku. Aku sebenarnya ada kawan yang sama bekerja dengan aku tapi masalahnya tulah dia mintak cuti sakit dari manager kami dan dia sekarang ni tengah berehat kat rumah dia. Jadi aku buat bodoh je duduk sini sambil tengok orang yang tengah selera menikmati makanannya.
Aku sebenarnya seorang yang pendiam dan aku hanya memiliki seorang kawan sahaja iaitu Bella, yang aku cakap dia ambil cuti sakit tu. Dia je yang sudi nak kawan dengan aku walaupun aku ni bukanlah orang yang suka banyak bercakap. Ramai pekerja lain kat sini tapi tulah mereka macam nak taknak jak tegur aku. Tau taulah aku ni pendiam orangnya. Takpalah yang penting hidup aku happy.
Aku ni pun sebenarnya berasal dari keluarga yang miskin. Tapi tulah aku ni nak cari kerja tetap iaitu kerja yang boleh beri gaji yang lumayan sikit. Umur aku pun dah 18 tahun kenalah cari kerja. Aku ni taklah berapa pandai sangat SPM pun dapat 5A je. Sebenarnya aku dah boleh sambung tingkatan 6 tapi mak aku cakap berhenti sajalah sebab dia tak mampu nak biaya kos pembelajaran aku dan aku ok je. Mampu ke aku cari kerja hanya dengan sijil SPM sahaja. Maklumlah zaman sekarang kalau nak cari kerja mesti dapat degree ke ijazah ke. Orang kaya senanglah cerita.
Lepas aku habis kerja. Aku terus minta kebenaran untuk balik dan aku keluar untuk mencari teksi pada pukul 9 PM.
So aku singgahlah kat tempat perhentian perhentian bas. Sambil memanggil Grabcar untuk ambil.
Bila aku berjaya menempah sebuah grabcar, aku duduk lalu menunggu kereta untuk datang ambil. Tak sampai 25 minit je dia terus datang. Dan dia membuka tingkap untuk memanggil aku masuk. So aku masuklah buat apa nak tunggu lama lama.
Aku duduklah kat belakang kereta Alza tu. Tapi dari segi pakaiannya pelik dengan berpakaian semua warna hitam. Dia memakai hoodie berwarna hitam dengan menyembunyikan wajahnya di sebalik hoodie tersebut. Bukan tu aje dengan penutup hidung berwarna hitam dan sarung tangan hitam. So wajah dia memang tak nampaklah. Ni nak jadi pemandu Grabcar ke nak jadi pembunuh bersiri. Tapi aku biarkan sahaja asalkan dapat balik rumah sebab dah mengantuk sangat ni!
Tapi semasa dia tengah memandu tu, dia diam membisu je langsung taknak bercakap. Introvet agaknya macam aku introvet jugak. Kalau dah dua dua introvet memang diam seribu bahasalah macam ni. Biasanya pemandu grabcar ni mestilah kena banyakkan bercakap biar penumpang tak rasa bosan dalam kereta macam aku naik kereta grabcar yang lain. Diorang bercakap pun aku diam jak.
Sewaktu dalam perjalanan tu aku pelik kenapa jalan yang dia lalu macam bukan ke arah jalan rumah aku. Tapi aku tak nampak pun sebarang peta jalan pada telefonnya yang diletakkan di hadapan kereta.
Malahan telefon dia mati begitu sahaja. Banyak-banyak kereta, kereta inilah yang paling aneh yang tak pernah aku lalui.
Tiba-tiba dia memberhentikan keretanya di tepi jalan yang sunyi dan menoleh ke arah aku kebisuan. Aku hanya mampu melihat matanya sahaja. Aku dengan beraninya berkata..
"Encik,kenapa ni?" Aku berkata dengan gagap
Dia hanya memandang tanpa memberi sebarang respon. Tiba-tiba,dia mengambil sesuatu dari laci keretanya dan sejurus itu,dia menyemburkan dengan semburan yang asing. Aku pada mulanya terkejut dan selepas itu mata aku terlelap dan tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
HorrorKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...