BAB 33

9.3K 293 6
                                    

Lana POV

Aku dibawa oleh Dave untuk dibawa ke rumahnya. Ya, aku dan Dave sudah pun diijabkabul dari beberapa minggu yang lepas. Ini semua disebabkan desakan Dave yang semakin menjadi-jadi untuk mempercepatkan perkahwinan kami.

Bella pula? Aku jarang bertemu dengannya sejak kejadian yang lepas. Kadang-kala ada juga dia membuat panggilan kepadaku untuk meminta maaf berkali-kali tapi aku buat tidak endah aje sebab sakit itu masih berbekas di hati.

Josh pula aku tidak tahu entah kemana perginya sejak aku halaunya dari kedai kek aku. Merajuk kali? Lantaklah janji hidup aku aman...

Aku memandang ke arah luar tingkap kereta manakala Dave pula sedang ralit memandu kereta. Hanya alunan muzik sahaja menemani kesenyapan antara kami.

Aku mengerut dahi apabila memandang susuk di sebalik pokok itu. Susuk itu sangat kukenali dan orang itu adalah....

Budak lelaki yang pernah membantu aku untuk bebas dari neraka jahanam Dave. Matanya sangat menakutkan dan renungannya sangat tajam ke arahku. Aku memandangnya tidak berkelip dan mengapa mesti renungan sebegitu dia berikan pada aku? Adakah aku membuat sesuatu kesilapan padanya?

"Sayang....." Sapa Dave perlahan

Aku lantas menoleh ke arahnya

"Tengok apa tu?" Tambahnya lagi

"Takda tengok pokok je.." Kataku

"Daripada tengok pokok baik tengok abang yang hensem lagikan macho ni.." Katanya

"Perasaan...." Kataku degan nada meluat

Aku tertanya-tanya apakah motif budak lelaki itu muncul semula ke arahku? Adakah dia ingin menyampaikan sesuatu mesej kepadaku?

*****

Aku melihat rumah mansion Dave yang sangat besar dan mewah. Aku ingatkan dia nak bawa aku kat rumah bawah tanahnya sewaktu aku diculik dahulu. Tapi, kenapa semuanya nampak mewah semacam ya. Tiba-tiba ada seseorang entah dari mana tiba-tiba menyapa kami sewaktu kami tiba dihadapan rumah.

"Selamat datang tuan.." katanya sambil menundukkan kepala.

Tuan? Jadi siapakah gerangan jejaka di sebelahku yang baru sahaja bergelar suami kepadaku? Ada udang di sebalik batukah?

Dave melihatku dengan senyuman sinis.

"Kenapa? Ada sesuatu yang bermain di kepala kau ke wahai adinda ku?" Katanya

"Awak siapa sebenarnya?" Soalku

"Nanti aku cerita kat kau..." Katanya lalu mengulurkan beg bagasi aku dan dia kepada pembantunya untuk dibawa ke atas.

Tiba-tiba ada seseorang wanita menghampiri kami dan kelihatan berpakaian seperti jururawat. Aku cukup kenal dengan gerangan wajah itu dan orang itu adalah....

Bella Claudia

"Selamat datang tuan begitu juga dengan awak Lana" Katanya

Aku diam membatu sambil melihatnya. Dan dia pula menyimpulkan senyuman ke arahku.

"Haram kejadah apa kau buat kat sini?" Soalku

Dave mengerutkan dahi apabila aku bertanya soalan kepada Bella.

"Kalau kau nak tahu, inilah majikan aku sebenarnya dan aku ditugaskan untuk memantau kesihatannya.." Katanya

Ohh..baru aku faham kenapa dia sanggup melakukan kerja pembunuhan. Rupanya hasil pembunuhan tu dia jadikan sebagai lauk kepada Dave. Patutlah haritu tiba-tiba je sebut nama Dave. Rupanya dah kenal lama.

"Okeh...aku dah faham dah" Kataku

aku dah faham dah" Kataku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)Where stories live. Discover now