BAB 42

8.1K 241 7
                                    

Aku melangkah ke arah luar rumah dan kadangkala aku mencari tempat untuk melindungkan diri kerana ada beberapa pengawal rumah yang sedang meronda di sekeliling luar rumah itu.

Macamana nak lepaskan diri dari diorang?
Kalau kantoi macamana? Aku berlalu ke arah belakang pagar rumah itu perlahan demi perlahan agar tidak terkantoi oleh pengawal rumahnya sambil menjinjing plastik hitam itu. Setibanya aku berada di taman bunga yang merupakan kawasan yang hampir dekat dengan pagar rumah itu.

Aku terdengar seseorang sedang berbual melalui panggilan telefon. Susuk tubuh tersebut sedang berbual di tepi kolam kecil jauh dari keberadaanku. Dan orang itu adalah Dave.

Aku mendengar setiap butir perbualannya terlebih dahulu sehingga tamat sebelum meneruskan niat untuk melarikan diri.

"Isteri aku dah tidur ke belum?" Katanya

Isteri? Isteri mana pulakni? Entah-entah tu adalah aku!

"Oh..dah tidur rupanya.." Katanya

Dah tidur? Dia berbual dengan sapa ni? Entah jujur ke tidak orang yang dia call tu sedangkan aku pun masih setia duduk kat sini.

"Jangan lupa bagi dia makan dengan anak aku sekali kat sana. Kalau aku dapat tahu apa-apa jadi kat diorang,siap aku kerjakan korang!!" Katanya yang kelihatan tegas.

Aku sedikit tersentak apabila mendengar kata-katanya. Isteri dan anak? Nak kata aku ni ada anak taklah juga. Oh..ok fine!! Rupanya aku ni adalah isteri kedua dia!! Kenapa kau tipu aku bodoh?!!! Kenapa kau tak kata yang kau ni sebenarnya dah ada isteri?!! Apa ke bebal sangat aku pergi rampas suami orang!!! Babi sial betullah dunia ni!! Kau adalah lelaki tak guna,babi,setan,bodoh dan tak berhati perut!! Aku menyesal kahwin dengan kaullah bodoh!! Patutlah senang sangat aku dapat lari dari tempat ini. Rupanya tuhan dah bagi petunjuk kat aku bahawa dia adalah jantan tak guna dan tak layak untuk jadi suami aku!!

Aku mengalirkan air mataku dan ingin menangis sekuat-kuat hati aku. Biar satu dunia ni tahu betapa kecewa dan malangnya nasib aku!! Aku melihat jantan tak guna tu berlalu pergi dari tempat itu dan aku segera berlari anak ke arah pagar itu dan memanjat ke atasnya.

Aku mengelak jeriji besi pagar itu dengan penuh berhati-hati dan aku bersyukur kerana selamat menjejaki tanah itu.

Aku tanpa mengelahkan lagi masa terus berlari keluar dari tempat jantan tak guna tu dan memaki seranah orang itu sambil melarikan diri. Aku tak kisah berlari dalam keadaan yang gelap yang penting aku bebas kat dunia ni!! Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa kecewanya hati aku.

Hanya perkataan bodoh,babi,sial sahaja yang sentiasa menjerit-jerit dalam hati aku.

*****

Dave POV

Aku menyiapkan sarapan untuk isteri tercintaku. Biarlah aku menyiapkan semua ini agar dia dapat merasai segala bukti cinta yang ingin aku serahkan padanya. Aku menuju ke arah biliknya sambil tersengih-sengih yang terlekang di wajahku.
Dia masih tidur ke? Kenapa aku merasai tak sedap hati semacam ni?

Aku dengan perasaan yang membuak-buak terus membuka pintu itu tetapi yang hairannya kenapa tak berkunci? Yang paling mengejutkan aku adalah dia tiada di dalam bilik ini!!

Aku tanpa menunggu panjang terus menghempaskan makanan tersebut ke arah lantai dan lantaklah asalkan aku dapat jumpa bini aku.

Aku cari dalam bilik air. Takde

Ruang tamu. Takde

Dapur. Takde

Aku mencarinya setiap sudut ruang di dalam bilik ini sambil menjerit namanya berulang kali. Aku kelihatan sudah seperti orang gila di dalam rumah ini. Fikiranku serabut seribu makna. Emosiku makin lama makin bercelaru.

Lana!! Mana kau sial!!!

Lana!! Mana kau sial!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)Where stories live. Discover now