BAB 43

7.9K 241 4
                                    

Lana POV

Aku minum pagi bersama Nenek Narsisa. Dan ya aku sekarang berada di rumahnya. Mana lagi aku ingin mencari tempat menumpang kalau bukan rumah Nenek Narsisa yang satu-satunya tempat tinggal yang ada di tengah hutan. Segala berkenaan mayat budak lelaki itu telah kami uruskan dan kebumikan di tempat yang tenang.

Apabila aku menceritakan perkara sebenar tentang kisah kematian budak lelaki itu kepada Nenek Narsisa,hatinya sangat remuk dan berhasrat untuk membalas dendam terhadap Dave untuk membela kematian cucunya. Tapi hakikatnya,aku tidak memberitahu perkara sebenar bahawa dia adalah suamiku. Lantaklah,lagipun memang aku berhasrat untuk menuntut penceraian darinya setelah delema dengan perkara yang telah berlaku terhadapku.

Nenek Narsisa tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih padaku atas jasaku menemukan dia dengan mayat cucunya.

"Nenek nak tanya,macamana cucu tahu tentang keberadaan empunya mayat cucu nenek?" Soalnya

Soalannya aku teragak-agak untuk memikirkan jawapannya.

"Ermmm...cucu terjumpa lokasi rumah dia lepastu geledah satu rumah dia untuk mencari mayat budak itu. Bila cucu ternampak mayat tu,terus saja cucu bawa lari mayat itu macam acah-acah James Bond."  Hambar semacam jak cerita aku tu. Lantaklah main kelentong jaklah dan aku rasa berdosa pula menipu seseorang insan di hadapanku. Yang penting aku dah tolong dia dah dikira bersyukur apa.

Kemudian Nenek Narsisa mengangguk faham.

****

Dave POV

3 hari yang berlalu...

Segala orang suruhanku telah aku kerahkan untuk menjejak lokasi Lana. Tapi malangnya,tiada satupun berita yang menggembirakan sampai ke arahku. Otak aku memang buntu sejak memikirkan kehilangannya. Aku tidak mengerti mengapa Lana harus bertindak sedemikian terhadapku. Apa kurangnya aku dihadapannya.

Penampilanku tidak terurus dan segala kerja mesyuarat apa endah telah aku abaikan dan menyuruh Sir Marcus untuk menggantikan tempatku. Emosiku semakin tidak stabil dan bila-bila masa sahaja penyakitku datang kembali.

 Emosiku semakin tidak stabil dan bila-bila masa sahaja penyakitku datang kembali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilikku diketuk dan kelihatan Bella membawa sedulang makanan dan minuman.

"Tuan,makan dulu ya sebab saya tengok sejak memenjak ni tuan langsung tak jamah makanan." Bella meletakkan makanan tersebut di atas meja bersebelahan dengan katilku.

"Aku taknaklah!! Kalau isteri aku belum jumpa kau ingat aku ni ada selera ke nak makan?!." Kataku

"Tapi tuan,kesihatan tu kadang-kadang kena ambil perhatian juga. Kalau tuan sakit macamana nanti?" Katanya

Aku dengan perasaan berang terus menghempaskan makanan dan minuman itu sehingga pecah berderai di atas lantai.

"Berapa kali aku nak cakap!!! Aku taknalah bodoh!!! Selagi Lana tak dijumpai selagi tu aku takkan makan!! Kau faham ke tak faham!!! Kau boleh blahlah!!!" Tengkingku ke arahnya.

Bella dengan perasaan kecewa terus sahaja mengumpulkan sisa kaca dan cebisan makanan di atas lantai dan berlalu pergi dari bilikku.

Arghhh mana kau Lana!!

*****

Dave POV

"Maaf tuan,kami belum dapat jejak lokasi dia lagi.."kata pengawalku

Buk!!!

Aku menumbuk meja di hadapanku sehingga tanganku cedera dan api kemarahanku semakin membuak-buak.

"Macamana korang buat kerja?bodoh!!! Takkanlah sampai ke harini masih takdapat nak cari dia!! Kenapa korang ni bengap sangat hah?!!!" Aku dengan fikiran serabut terus sahaja mencapai pistol dan menembak 2,3 orang dihadapanku. Pengawalku yang lain sudah dilanda ketakutan.

"Korang yang lain tunggul kat sini apahal?!! Nak aku tembak korang dulu baru korang nak pergi?!! Selagi korang tak jumpa dia,selagi tulah korang tak boleh balik dengan tangan kosong. Berambus!!!" Mereka berlalu pergi dengan segera setelah menerima arahan daripadaku.

Kau nak lari mana sayang? Selama-lamanya kau akan sentiasa berada dalam dunia aku..ha..ha..ha..

*****
Dave POV

Fikiranku semakin lama semakin tidak waras. Aku dah cuba banyak kali bahkan sihir pun sudah aku gunakan untuk jejak lokasinya. Aku sudah membuat upacara banyak kali untuk menjejak lokasinya tetapi satupun tidak berjaya. Bodoh betullah dunia ni!!

Tapi kenapa aku merasakan seolah-olah Lana telah dijampi terlebih awal. Kemungkinan besar ada orang membina pendinding pada tubuhnya. Aku harus membuat cara lain! Cara yang agak sukar untuk digunakan tapi apa boleh buat dan itu sahaja cara yang ada.

Aku berlalu ke arah keranda. Apabila aku membukanya,aku mendapati bahawa isinya kosong!

Sial!! Macamana boleh takde ni?!!! Mungkin Lana sudah mengambil mayat itu terlebih dahulu sebelum melarikan diri dari rumah ni. Arghh!!! Serabutnya!!! Sudahlah ini sahaja satu-satunya cara yang ada.

Tunggu kau Lana,kau betul-betul menguji kesabaranku. Kalau tak dapat pakai cara ni terpaksa pakai cara kasar. Iaitu cara yang sangat kejam dan sadis...

 Iaitu cara yang sangat kejam dan sadis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)Where stories live. Discover now