Dave POV
Aku menunggu kepulangan isteriku. Di manakah dia pergi? Jam pun sudah menunjukkan pukul 7 Petang dan dia masih lagi belum pulang. Bayangkan dia keluar dari rumah start pukul 4 petang dan takkanlah sampai sekarang pun belum balik lagi. Aku cuba untuk menghubunginya tapi gagal untuk dihubungi. Argh!!! Mana dia pergi ni?!
Aku menyesal kerana membiarkannya pergi tanpa bodyguard. Aku bodoh! Sepatutnya aku tak perlu mendengar kata Lana yang berasa rimas terhadap bodyguardnya. Dan tengok sekarang apa dah terjadi dan perkara buruk inilah yang aku tidak mahu berlaku.
Aku cuba untuk mengesan GPS pada telefonnya malangnya tidak menunjukkan satu syarat pun.
Tak mungkin! Sepatutnya ada petunjuknya. Kenapa tiba-tiba hilang dari radar? Jangan-jangan ada sesuatu buruk yang terjadi padanya melainkan telefonnya musnah disebabkan seseorang.
Aku kena siasat ni!
****
Lana POV
Aku masih lagi duduk terdiam di dalam bilik. Tiba-tiba Josh masuk di dalam bilikku dengan membawa sebuah makanan. Dia duduk di sebelah katilku dan membelai rambutku dengan perlahan. Aku menggerakan kepalaku tanda tidak suka belaiannya.
"Sayang dah kenapa ni? Takkan masih belum terima abang lagi? Abang dah jadi lelaki sepenuhnya takkan tu pun masih lagi tak selesa dengan abang?" Soalnya
Abang? Euww..gelilah! Kau ingat aku ni nak anggap sangat ke yang kau tu abang aku? Langkah mayat aku dululah. Aku mula rasa meluat apabila bersamanya. Jijik tahu tak dahlah sama jantina. Jangan harap aku nak anggap kau ni lelaki. Sampai bila-bila pun kau tetap perempuan bagi aku sampai mati.
"Tepilah..rimas.." Kataku
"Aku nak layan kau baik-baik dan ini cara kau layan balik dekat aku?" Katanya
"Sudahlah Josh, berapa kali aku nak cakap yang kau tu tetap perempuan bagi aku. Aku tak lesbian ok? Kalau kau nak kahwin dengan aku memang calar habis maruah aku sebab aku taknak dianggap warga LGBT tau tak?" Kataku
Dia yang berasa geram itu menampar wajahku dengan kuat. Aku meringis kesakitan.
"Kau dah kenapa ni?! Memang tak habis-habis lagi ke?!" Gertakku dengan kuat
"Kau dengar sini! Nak taknak kau kena kahwin dengan aku! Aku nak kau minta cerai dengan suami jahanam engkau tu! Kau tu milik aku dan tak mungkin aku nak biarkan kau bahagia dengan orang lain! Kebahagian kau tu milik aku dan tiada siapa yang akan pisahkan kita! Ha!ha!ha" Katanya sambil ketawa seorang diri.
Gila..
"Kebahagiaan? Dengan betina macam engkau ni? Ehh..kau kena sedar yang kau tu perempuan sebenarnya. Untuk pengetahuan kau aku dah mula cintakan suami aku. Sampai bila-bila pun aku tetap takkan minta cerai dari suami aku walaupun perangai dia tu agak setan sikit. Lantaklah semua tu asalkan aku bahagia dengan dia. Kau siapa nak tentukan hidup aku ha betina!" Jeritku
Josh mencengkam wajahku dengan kuat.
"Kalau cara macamni aku tak dapat nak takluk kau mungkin aku boleh buat cara lain untuk fahamkan engkau. Kau dengar siin! Aku bukan betinalah bodoh! Aku ni jantan! Tak nampak ke rupa aku sekarang ni. Depan mata engkau sekarang ini adalah Zayyan dan bukannya Josh! Josh dah lama matilah!" Katanya
Dia menindih badanku dan cuba membuka pakaianku satu persatu. Aku menyepak badannya menggunakan kakiku tapi malangnya dia sempat menghalang. Dia juga turut membuka pakaiannya. Ya tuhanku lindungilah hambamu ini ya tuhanku. Aku taknak terlibat zina dengannya. Arghh..tolong aku Dave!
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
TerrorKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...